Cuti gantian seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am yang dipanggil bertugas lebih masa itu.
Kadar
- Masa sebenar bertugas lebih masa.
- 9 jam bertugas lebih masa = 1 hari (pp 13/2005)
Syarat-syarat Kerja Lebih Masa
- Kerja kecemasan
- Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguh
- Kerja yang perlu diselesaikan dalam masa terhad
- Kerja yang melebihi bidang tugas biasa pegawai
Syarat-syarat Cuti Gantian
- Diarahkan kerja lebih masa.
- Tidak layak Bayaran Lebih masa atau sebarang bayaran khas lain.
- Kelulusan Ketua Jabatan.
- Dalam tempoh 6 bulan daripada kelulusan / diarahkan kerja lebih masa.
Rujukan
- Perintah Am (P.A) Bab G
- Perintah Am (P.A) 40 Bab C
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1980
- Permohonan Cuti Gantian di dalam HRMIS
No comments:
Post a Comment