"Tujuan Cuti ini diberikan adalah disebabkan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak bagi pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin"
Kadar Tempoh Cuti
- Maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Kelayakan
- Pegawai yang anaknya telah diperaku oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau Swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai layak diberi kemudahan tersebut.
- Pegawai yang layak diberi kemudahan tersebut adalah ibu dan bapa yang sah.
- Anak adalah termasuk :
- Anak kandung;
- Anak tiri tanggungan;
- Anak angkat de facto;
- Anak angkat;dan
- Anak pelihara
Syarat-syarat Permohonan
- Umur anak yang dikuarantin :
- Kurang 18 tahun; atau
- Kurang 21 tahun (jika masih belajar); atau
2. Tiada had umur (bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan
yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat adalah cacat otak atau
hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum 21 tahun).
Senarai Penyakit Berjangkit
- Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HMFD)
- Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
- Campak (Measles)
- Chikenpox
- Difteria
- Malaria
*Jenis penyakit berjangkit seperti di atas ini adalah tertakluk dari pindaan semasa ke semasa
Rujukan
- Pekeliling Perkhidmatan 11/2016 - http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/pp112016.pdf
No comments:
Post a Comment