SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Friday 24 April 2020

PENANGGUHAN PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA 2020 (DSA 2020) DAN NATIONAL SECURITY ASIA 2020 (NATSEC ASIA 2020)

PENANGGUHAN PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA 2020 (DSA 2020) 
DAN NATIONAL SECURITY ASIA (NATSEC ASIA 2020)

Dengan segala hormat dan takzimnya saya mendoakan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/  Puan dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

2.      Susulan kesan penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan, dukacita dimaklumkan bahawa Pameran DSA 2020 dan NATSEC ASIA 2020 yang dijadualkan pada April 2020 telah ditangguhkan. Keputusan penangguhan ini dibuat oleh Kementerian Pertahanan setelah mengambil kira kepentingan kesihatan dan keselamatan delegasi, pempamer serta semua jemputan.

3.      Justeru itu, saya mewakili pihak penganjur memohon maaf atas keputusan yang tidak dapat dielakkan ini. Segala kesulitan yang dihadapi akibat dari penangguhan ini adalah amat dikesali. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/  Puan atas sokongan yang diberikan terhadap Pameran DSA dan NATSEC ASIA selama ini.

Sekian.


-Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas-


No comments:

Post a Comment