SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Tuesday 8 January 2019

CUTI SEPARUH GAJI



Contoh

Cuti Separuh Gaji ini diberikan atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat.

Definisi atau takrif sanak saudara yang rapat mengikut :

  • Perintah Am 1 Bab C iaitu " adik beradik, ibu bapa, saudara mara lain yang rapat dengan pegawai."
  • Dan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan 5/1985, "ianya termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu dan bapa mentua, datuk dan nenek".

Kadar Cuti Separuh Gaji 

  • Ialah sebanyak 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan.
  • Dan had maksimum adalah sebanyak 180 hari. 

Syarat Cuti Separuh Gaji 

  • Adalah berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.
  • Diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tempoh yang tidak melebihi 14 hari dalam satu tahun  (P.A 13 (c) Bab C).
  • Diluluskan oleh Ketua Setiausaha (KSU) bagi tempoh yang selebihnya.

Tatacara Permohonan- SPP 5/1985

  • Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian boleh meluluskan CSG.
  • Surat Perakuan doktor Kerajaan/ Swasta memperakukan bahawa pegawai perlu menjaga si pesakit sanak saudara.
  • Pegawai yang memohon mesti mempunyai perkhidmatan yang melayakkan iaitu 1 tahun perkhidmatan melayaki 30 hari tempoh Cuti Separuh Gaji, maksimanya 180 hari bagi setiap permohonan bagi perkhidmatan yang melayakkan, tidak kurang dari 6 tahun.
  • Kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti pegawai perlu disertakan dengan permohonan.
  • Cuti rehat pegawai tidak perlu diambil sebelum permohonan kemudahan ini.

Rujukan

  1.  Perintah Am (P.A) 13 Bab C
  2.  Pekeliling Perkhidmatan 9/1991
  3.  Pekeliling Perkhidmatan 4/2009
  4.  Surat Pekeliling Perkhidmatan 5/1985


No comments:

Post a Comment