SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday 15 March 2018

KAJIAN INDEKS KETERLIBATAN PENJAWAT AWAM (IKPA) 2018




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar akan melaksanakan Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) bagi tahun 2018 di semua kementerian seluruh Malaysia. IKPA merupakan kajian yang dilakukan untuk mengukur tahap keterlibatan warga Kementerian / Jabatan dalam Perkhidmatan Awam di samping mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keterlibatan tersebut. Hal ini juga bertujuan untuk menjana usaha penambahbaikan strategik oleh pihak pengurusan atasan bagi faktor-faktor utama yang mampu mempengaruhi tahap keterlibatan pegawai dan kakitangan awam.

Oleh yang demikian, semua pegawai telah diarahkan untuk menjawab soal selidik secara atas talian bermula 15 Mac sehingga 14 April 2018 menerusi pautan :


Hasil kajian ini sebenarnya dapat membantu memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.​​

Friday 9 March 2018

PENDAFTARAN HAJI TAHUN 2018 BAGI PEGAWAI AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN

Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh YB MenHan pada 27 Februari 2018 yang lepas, kuota haji bagi pegawai awam telah ditambah kepada 200 memberi peluang kepada pegawai awam untuk menunaikan haji pada Tahun ini tanpa menunggu giliran yang diperuntukkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang telah diperuntukkan.



Borang permohonan boleh didapati di CKA, BPSM, Tingkat 2, Wisma Pertahanan atau muat turun :




Sebarang masalah / pertanyaan, boleh terus menghubungi Urus Setia di talian 5401/ 5867 atau emel kepada cka.bpsm@mod.gov.my.

Thursday 8 March 2018

TATACARA LEMBAGA PERUBATAN

Pengenalan


Lembaga Perubatan adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan dan dilantik oleh Pengarah Kesihatan Negeri/Pengarah Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan tertentu.

Semua permohonan penubuhan Lembaga Perubatan mestilah melalui Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital Kuala Lumpur. Permohonan untuk kemungkinan membersarakan pegawai kerajaan atas sebab-sebab kesihatan hendaklah menggunakan format Lampiran A di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1995 dan dihantar lengkap dengan salinan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki di dalam borang tersebut manakala permohonan untuk sebab-sebab lain hendaklah dibuat secara bertulis mengikut keperluan masing-masing.

Pesakit perlu hadir pada hari Lembaga Perubatan bersidang. Walaubagaimanapun bagi kes-kes tertentu, Lembaga boleh mengecualikan pesakit untuk hadir. Jika maklumat tambahan diperlukan, ahli Lembaga Perubatan boleh dapatkan daripada pegawai perubatan yang pernah merawat pesakit/majikan/ahli keluarga/pegawai perubatan swasta. Keputusan Lembaga Perubatan akan dikeluarkan dalam tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.

Tujuan Penubuhan Lembaga Perubatan
  1. Apabila seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya.
  2. Apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas.
  3. Apabila pada tiap-tiap tahun selama 3 tahun berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih.
  4. Apabila kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragui.
  5. Apabila pegawai telah tercedera/mengalami penyakit khidmat semasa bertugas (bagi tujuan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan Awam).
  6. Apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah.
  7. Apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan luar Negara kerana tiada rawatan sedemikian di negeri ini.
  8. Lain-lain keadaan seperti atas arahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh seperti urusan pembelian alat perubatan dan saraan ubat-ubatan.

Ahli Lembaga

Ahli-ahli Lembaga Perubatan hendaklah dianggotai tidak kurang daripada dua (2) orang pegawai perubatan yang mana salah seorang daripadanya merupakan pakar dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai yang diperiksa.

Pengerusi Lembaga Perubatan adalah Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah Hospital atau Ketua Jabatan. Lembaga Perubatan boleh bersidang sekiranya terdapat hanya Pengerusi dan seorang ahli yang menganggotai Lembaga Perubatan tersebut. Lembaga Perubatan yang ditubuhkan tidak boleh dianggotai oleh mana-mana pegawai perubatan yang pernah merawat pegawai yang akan diperiksa.

 
Bayaran Lembaga Perubatan

Jumlah bayaran Lembaga Perubatan adalah berdasarkan Akta Fi (Perubatan) (Pindaan) 2003 iaitu RM200.00. Bayaran bolehlah dibuat secara pos atau datang sendiri ke hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan. Bagi bayaran melalui pos bolehlah dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri atau Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan cek/wang pos/kiriman wang atas nama Pengarah Hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan.

Jika bayaran dibuat secara terus di hospital dimana Lembaga Perubatan ditubuhkan samada bayaran secara tunai/cek/wang pos/kiriman wang maka salinan resit hendaklah dikemukakan oleh pemohon ke Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital Kuala Lumpur sebagai bukti pembayaran.

Rujukan
  1. Akta pencen 1980 (Akta 227), Seksyen 10(5)(a) Persaraan Atas Sebab Kesihatan.
  2. Perintah Am Bab C
    • Cuti Sakit, Perenggan 18 – Cuti sakit melebihi 45 hari setahun.
    • Cuti Lanjutan, perenggan 22 (a) Masa Rehat tidak melebihi 3 bulan.
    • Cuti kecederaan, perenggan 28 Kuasa Tertentu meluluskan cuti kecederaan.
  3. Perintah Am Bab F (III) – Lembaga Perubatan.
  4. Perintah Am Bab F (I) – Rawatan Perubatan Untuk Pegawai-pegawai.
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10, Tahun 1995 – Prosedur Membersarakan Pegawai Atas Sebab Kesihatan.
  6. Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan Awam.
  7. Akta Fi 1951 – Perintah Fi (Perubatan)(pindaan) 2003.
  8. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2007 – Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam.
  9. Peraturan 49 – Peraturan-peraturan Pegawai Awam 2005 – Ditamatkan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam. 
Sumber :
http://www.myhealth.gov.my/tatacara-penubuhan-lembaga-perubatan-di-hospital-hospital-kkm/

Wednesday 7 March 2018

LAPOR DIRI : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19

Pada 5 Mac 2018, seramai 79 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 telah melapor diri ke Kementerian Pertahanan. Sesi lapor diri kali ini turut melibatkan seramai 10 orang pegawai dari Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai oleh Puan Hani Nazuha binti Kamaludin.

Ikrar 'Aku Janji'

semua lantikan baharu berjanji untuk taat dan setia

Amanat SUB BPSM pada 5 MAc 2018

Sepanjang urusan lapor diri berkenaan, beberapa siri taklimat telah diadakan termasuklah :
  1. Amanat SUB BPSM oleh Encik Mazlan bin Abd Mutalib;
  2. Taklimat ringkas oleh JPA disampaikan oleh Puan Hani Nazuha binti Kamaludin;
  3. Pengenalan Lapor Diri dan Urusan Cuti oleh Cik Siti Nazurah binti Sahadun; dan
  4. Taklimat eKemudahan, ePertukaran, Kemudahan Perubatan dan Pengurusan Buku Perkhidmatan oleh Puan Nor Siti Hawa binti Mohd Norsaii.
Sesi penyampaian Surat Arahan Penempatan telah disampaikan oleh Cik Siti Nazurah binti Sahadun, Penolong Setiausaha Sel KA2 dan diiringi oleh Encik Rizal Azwandy bin Hassan, Penolong Setiausaha Sel KA4 dan Puan Shamshida binti Sahedan, Penolong Setiausaha Sel KA5 pada 6 Mac 2018.





CKA mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pegawai-pegawai yang akan melapor diri ke Bahagian/ Jabatan/ Markas/ Briged dan Formasi di seluruh negara.