SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday 31 January 2019

PEKERJA SAMBILAN HARIAN




"Pekerja Sambilan Harian" bermaksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal).

Dasar Pengambilan Pekerja Sambilan
  1. Pekerja Sambilan Harian terdiri daripada warganegara Malaysia.
  2. PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pengkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa.
  3. PSH dibayar upah di bawah peruntukan Objek sebagai (OS) 29000
  4. Ketua Jabatan mempunyai kuasa dalam membuat pengambilan PSH dan boleh menggunakan kaedah pengiklanan yang bersesuaian dan menjimatkan kos.
  5. Tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.
  6. Calon yang hendak diambil sebagai PSH hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat SIjil Pelajaran Malaysia.
  7. Calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar.
  8. Pengambilan PSH hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upahan untuk kerja (rate for the job)
  • Waktu bekerja PSH adalah selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat
  • Sekiranya PSH diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat di dalam negeri, mereka layak menerima Elaun menjalankan Tugas Rasmi di dalam Negeri mengikut jenis tugas dan kelayakan akademik yang digunakan semasa menentukan kadar upah PSH. Elaun menjalankan Tugas Rasmi di dalam Negeri yang layak diterima oleh PSH adalah seperti berikut :
  • Elaun Perjalanan Kenderaan
  • Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing
  • Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam dan ;
  • Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih  
  • Kadar Elaun menjalankan Tugas Rasmi di dalam Negeri dinyatakan di Lampiran A
  • PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas
  • PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa
  • Ketua Jabatan dan PSH hendaklah mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut peraturan yang berkuat kuasa
  • Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH tidak menandatangani surat rasmi jabatan
  • PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan 
  • PSH tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang pencen yang berkuat kuasa 
  • Pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa; dan 
  • Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan seseorang PSH apabila perkhidmatannya tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat. 
Kadar Upah
  • Ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. 

  • Kadar upah adalah seperti berikut : 
  • Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian Kelayakan Akademik Upah (RM/Sehari)
  • Ijazah Sarjana Muda RM100.00
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma RM72.00 
  • Sijil Pelajaran Malaysia RM54.00 
Penamatan Perkhidmatan
  • Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan PSH dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) hari. PSH juga boleh berhenti daripada perkhidmatan dengan mengemukakan notis bertulis mengikut tempoh yang sama.
  • Walaubagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan PSH dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut :
  • Didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi.
  • Kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan Ketua Jabatan terlebih dahulu
  • Gagal mematuhi syarat dalam surat tawaran atau peraturan yang ditetapkan; dan
  • Terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej jabatan. 
Rujukan
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011


Wednesday 30 January 2019

BERSARA GANJARAN KONTRAK


"Ganjaran merupakan salah satu faedah tamat perkhidmatan yang dibayar kepada pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan dengan memuaskan"

Pegawai yang meletakkan jawatan atas apa sebab sekalipun tidak layak dibayar ganjaran kecuali perletakkan jawatan kerana mendapat tawaran perlantikan dalam sektor awam, termasuk pegawai yang diisyaratkan untuk mengikut kursus pra perkhidmatan dalam sektor awam, sebelum dilantik secara tetap.

Pegawai layak dibayar ganjaran jika perkhidmatannya ditamat atau dipendekkan oleh agensi sebelum cukup tempoh yang ditetapkan dan tidak layak dibayar apabila penamatan atau pemendekkan kontraknya dibuat atas sebab tatatertib atau kerja yang tidak memuaskan.

Takrifan

Pegawai Kontrak Seorang pegawai yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik (PBM) untuk berkhidmat dengan agensi awam yang di uruskan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 bagi tempoh tertentu berasaskan kepada syarat perkhidmatan seperti yang di persetujui dalam perjanjian kontark yang ditandatangani oleh calon atau pegawai dengan pihak berkuasa melantik. Tempoh kontrak sesuatu kontrak tidak melebihi 3 tahun.

Pengiraan Ganjaran Kontrak

Terdapat Tiga (3) cara pengiraan Ganjaran Kontrak :
  1. Pegawai yang mencarum KWSP
    (17.5% - Caruman majikan dalam KWSP) x (Gaji Akhir x Jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira) - ( Jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP).
    Jika jumlahnya negatif (-) pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut.

  2. Pegawai yang Tidak Mencarum KWSP
    (17.5% x Gaji akhir x Jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira)

  3. Ketua Perwakilan Di Seberang Laut - Pegawai yang Mencarum KWSP
    (18.5% - Caruman majikan dalam KWSP) x (Gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira) - (Jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP).
    Jika jumlahnya negatif ( - ) pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut.
Dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Permohonan Penyata KWSP 1036C atau Surat Pengesahan jika tidak mencarum
  • Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang (PEN 10)
  • Permohonan Surat Penyelesaian Cukai Pendapatan LHDN
  • Salinan Kad Pengenalan Penama
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Cuti yang telah dikemaskini (ikut tempoh kontrak)
  • Salinan Surat Pelepasan Cukai LHDN
  • Salinan Perjanjian Kontrak yang lengkap
  • Salinan Buku Akuan / Penyata Akaun
     
Rujukan



Friday 25 January 2019

PENCEN TERBITAN / KEMATIAN



Faedah persaraan terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di Malaysia. Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut : 

  • Ganjaran Terbitan diperuntukan dibawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

  • Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen  15 & 16 Akta Pencen pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

  • Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Sekseyn 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227 ) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

Layak Menerima Pencen
  • Balu atau duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan Anggota Badan-Badan Berkanun dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (BBKT) yang mati dalam perkhidmatan/ selepas bersara.
  • Duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan BBKT yang telah berkhidmat pada dan selepas 01.07.1980 dan mati dalam perkhidmatan/ selepas bersara.
  • Anak-anak gemulah yang masih dibawah umur 21 tahun dan belum berkahwin termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Anak-anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi bagi mendapat diploma / ijazah pertama; dan
  • Anak-anak cacat otak atau anggota secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung nafkah sendiri.
  • Permohonan Faedah Terbitan bagi Kematian Dalam Perkhidmatan (Anggota Parlimen/ Anggota Pentadbiran/ Setiausaha Politik)
Ganjaran Terbitan 
  • Ibu kepada anggota bujang atau bapa (jika ibu meninggal dunia)

  • Wakil yang sah di sisi undang-undang

Pencen Tanggungan 
  • Balu
  • Duda dalam tanggungan yang mengalami cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tiada upaya menanggung diri sendiri;
  • Anak, terhad kepada enam orang sahaja
  • Ibu atau bapa (jika tiada ibu) - Ibu atau bapa yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkah kepada gemulah.

Tafsiran Orang-orang Tanggungan

Balu / Duda

  • Mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980, balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
  • Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian 1976, menghendaki perkahwinan selepas 01.03.1982 di daftarkan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian Jabatan Pendaftaran Negara.
Anak

Anak ertinya anak seorang pegawai atau pesara yang mati dan berumur dibawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu :
  • Anak kandung
  • Anak tiri tanggungan
  • Anak tak sah taraf - anak yang lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah.
  • Anak angkat - anak yang di ambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu dibawah mana-mana undang-undangbertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
  • Anak cacat - iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau kehilangan upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

Tindakan yang Harus Dilakukan oleh Balu/ Duda / Waris

  • Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan 

  • Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut :
  • Salinan sijil kematian
  • Salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu/ Duda yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
  • Salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
  • Salinan surat pengambilan dan pengesahan anak anagkat, (jika berkenaan)
  • Dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan (Borang JPA.BP.UMUM.B04) dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan)
  • Sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan)
  • Surat Akuan Pengesahan Penjaga (Borang JPA.BP.SPT.B02) (Jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda ).

Dokumen yang Perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan

  • Permohonan Pencen Tanggungan akibat kemalangan dalam perjalanan dan bencana
  • Permohonan Pencen Terbitan dan / Ganjaran Terbitan - Borang JPA.BP.SPT.B01a
  • Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang - Borang JPA.BP.UMUM.B01
  • Gambar berukuran pasport, tandatangan serta cop jari kedua-dua ibu jari penerima pencen.
  • Maklumat mengenai alamat, cara pembayaran yang di kehendaki, anak di bawah umur 21 tahun, pengakuan serta tandatangan dan cop ibu jari pemohon.
  • Maklumat mengenai opsyen yang di buat di bawah Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencen 1980.
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti gemulah yang kemas kini.
  • Surat penyelesaian cukai pendapatan.
  • Laporan siasatan polis dan / keputusan "Inquest" oleh mahkamah bagi kes kemalangan maut.
  • Laporan sosio - ekonomi ibu/ bapa/ (jika tiada ibu) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Penyata KWSP 1036

Borang dan Dokumen

  • Borang JPA.BP.SPT.B01a - Permohonan Faedah Terbitan bagi Kematian dalam Perkhidmatan
  • Borang JPA.BP.SPT.B01e - Maklumat Tanggungan
  • Borang JPA.BP.SPT.B03a - Pengesahan Anak Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (jika berkenaan)
  • Borang JPA.BP.SPT.B06 - Maklumat Akuan Bank Penerima Pencen
  • Borang JPA.BP.SPPP.B04 - Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan Pengiraan Faedah Persaraan (tidak perlu ditandatangani)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B01 - Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang
  • Borang JPA.BP.UMUM.B02 - Pengiraan Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan Di bawah Peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B03 - Maklumbalas Siasatan Polis bagi kes Kemalangan (jika berkenaan)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B04 - Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat / Cacat Anggota (jika berkenaan)
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Salinan Sijil Kematian
  • Surat Akuan balu / duda yang sah dan Salinan Sijil Nikah
  • Salinan Kad Pengenalan balu / duda / anak
  • Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat
  • Salinan surat pengesahan pengambilan anak angkat (jika berkenaan)
  • Salinan Kad Pengenalan ibu/ bapa/ wakil diri di sisi undang-undang (mana yang berkenaan)
  • Salinan Sijil Kelahiran pegawai / bukti pengesahan ibu / bapa.



PERSARAAN DI SEBABKAN PENSWASTAAN


"Persaraan kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Di bawah Seksyen 10(5) (b), 12 A/:227/239 - Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2000"

Dengan kelulusan Kerjaan, anggota berpencen boleh dibersarakan apabila sesebuah agensi awam atau sebahagian daripadanya diswastakan. Persaraanya adalah berdasarkan pilihan yang dibuat melalui opsyen ditawarkan, iaitu sama ada -

  • Bersara kerana jawatan yang dipegang dihapuskan di bawah Perenggan 10 (5) (b) Akta 227/239 sekiranya menolak tawaran berkhidmat dengan syarikat; atau
  • Bersara pilihan di bawah Seksyen 12 Akta 227/239 sekiranya memenuhi syarat seperti Perenggan 15 dan menerima untuk berkhidmat dengan syarikat; atau
  • Bersara setelah dilantik untuk berkidmat dengan syarikat di bawah Seksyen 12A Akta 227 atau Seksyen 13 Akta 239 sekiranya berumur kurang daripada 45 tahun bagi perempuan atau 50 tahun bagi lelaki pada tarikh kuat kuasa penswastaan dan menerima tawaran untuk berkhidmat dengan syarikat :
  • Dalam hal ini mereka juga diberi pilihan seterusnya sama ada memilih :
  • Skim A (Subseksyen 12 A (2) / 13 (2) Akta 227; atau
  • Skim B (Subseksyen 12 A (3) Akta 227 atau Seksyen 13 (3) Akta 239). 
Borang dan Dokumen yang diperlukan
  1. Borang JPA.BP.SPPP.B01a - Maklumat Pesara
  2. Borang JPA.BP.SPPP.S03 - Maklumat Tanggungan
  3. Borang JPA.BP.SPPP.B04 - Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan
  4. Borang JPA.BP.UMUM.B01 - Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang
  5. Borang JPA.BP.UMUM.B02 - Pengiraan Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan di bawah Peraturan-peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencem 1980 (jika berkenaan)
  6. Borang JPA.BP.UMUM.B04 - Laporan Pengesahan Pakar Perubatan mengenai anak Cacat Otak/ Cacat Anggota (jika berkenaan)
  7. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
  8. Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah
  9. Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami/ isteri
  10. Salinan Sijil Kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat
  11. Salinandokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun pencen
  12. Salinan Kertas Opsyen Penswastaan
  13. Dokumen sokongan jika memohon faedah persaraan di bawah SUbseksyen 12A (4) Akta 227 / Subseksyen 13(4) Akta 239 kerana Sakit : Laporan Lembaga Perubatan daripada Hospital Kerajaan dan Surat Tamat Perkhidmatan daripada agensi awam yang diswastakan.
  14. Pengurangan pekerja : Surat persetujuan Kerajaan mengurangkan pekerja dan Surat Tamat Perkhidmatan daripada agensi awam yang diswastakan.


Thursday 24 January 2019

PERSARAAN SEBAB KESIHATAN



Persaraan sebab kesihatan ini bagi pegawai tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit (Seksyen 10 (5) (a)

  • Pegawai /pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerjaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995. 

  • Faedah persaraan diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

Borang dan Dokumen Persaraan Sebab Kesihatan
  1. Borang JPA.BP.SPPP.B01a - Maklumat Pesara
  2. Borang JPA.BP.SPPP.B03 - Maklumat Tanggungan
  3. Borang JPA.BP.SPPP.B04 - Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerjaan Wang Simpanan Pekerja untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan
  4. Borang JPA.BP.UMUM.B01 - Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang
  5. Borang JPA.BP.UMUM.B02 - Pengiraan Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan di bawah Peraturan-peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan)
  6. Borang JPA.BP.UMUM.B04 - Laporan Pengesahan Pakar Perubatan mengenai anak cacat otak / cacat anggota (jika berkenaan)
  7. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
  8. Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada, surat Akuan Sumpah
  9. Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami / isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak dibawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat)
  10. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank.
  11. Laporan Lembaga Perubatan - Lampiran A kepada P.P 10/95
  12. Surat Persetujuan Pegawai - Lampiran " C-1" kepada P.P 10/95
  13. Perakuan persaraan atas sebab Kesihatan - Lampiran D kepada P.P 10/95
  14. Surat kelulusan persaraan atas sebab kesihatan (bagi pegawai awam Negeri sahaja).


PERSARAAN WAJIB / PAKSA


Persaraan Paksa dibawah Seksyen 10 Akta 227/239

  • Pegawai/pekerja berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam sekiranya mencapai umur 55 atau 56 tahun (Seksyen 10 (1).
  • Ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara.
  • Bagi mereka yang dilantik sebelum 01.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2001 untuk memilih bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun.
  • Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan pekhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.

Borang dan Dokumen Persaraan
  • Borang JPA.BP.SPPP.B01a - Maklumat Pesara
  • Borang JPA.BP.SPPP.B03 - Maklumat Tanggungan
  • Borang JPA.BP.UMUM.B01 - Sijil Akuan Berhutang/ Tidak Berhutang
  • Borang JPA.BP.UMUM.B02 - Pengiraan Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B04 - Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak/ Cacat Anggota (jika berkenaan)
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
  • Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah
  • Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami / isteri
  • Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat
  • Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank.



PERSARAAN PILIHAN



Persaraan Pilihan adalah di bawah Seksyen 12 Akta 227/239

Syarat-syarat

  • Telah disahkan dalam jawatan;
  • Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira.
  • Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan.
  • Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja).

Bayaran Faedah Persaraan

  • Sekiranya Lantikan sebelum 12 April 1991 :
  • Ganjaran akan dibuat pada tarikh persaraan
  • Wang Gantian Cuti Rehat juga akan dibuat pada tarikh persaraan
  • Pencen Bulanan akan dibuat apabila mencapai umur 45 tahun bagi semua pegawai perempuan dan bagi pegawai lelaki di jawatan :
  •  Pegawai perkhidmatan Bomba berpangkat rendah
  • Pegawai Polis berpangkat rendah
  •  Pegawai Penjara Berpangkat rendah
  • Jururawat lelaki di Hospital Mental
  • Apabila mencapai umur 50 tahun bagi pegawai lelaki selain yang dinyatakan di atas. 
  • Sekiranya Lantikan pada dan selepas 12 April 1991 :
  • Ganjaran akan dibuat pada tarikh persaraan
  • Wang Gantian Cuti Rehat juga akan dibuat pada tarikh persaraan
  • Pencen Bulanan akan dibuat apabila mencapai umur 55 tahun bagi semua pegawai perempuan dan pegawai lelaki.

Borang dan Dokumen Persaraan Pilihan

  • Borang JPA.BP.SPPP.B01a - Maklumat Pesara.
  • Borang JPA.BP.SPPP.B03 - Maklumat Tanggungan.
  • Borang JPA.BP.SPPP.B04 - NotisPelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan Pengiraan Faedah Persaraan.
  • Borang JPA.BP.UMUM.B01 - Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang.
  • Borang JPA.BP.UMUM.B02 - Pengiraan Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980 (bagi pegawai perkhidmatan awam sahaja).
  • Borang JPA.BP.UMUM.B04 - Laporan Pengesahan Pakar Perubatan mengeai anak Cacat Otak/ Cacat Anggota (jika berkenaan).
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah.
  • Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami/isteri.
  • Salinan Sijil Kelahiran anak-anak dibawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat.
  • Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank.
  • Surat permohonan persaraan pilihan oleh daripada pegawai anggota (bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan atau pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan sahaja).
  • Surat kelulusan persaraan pilihan (bagi pegawai perkhidmatan awam Negeri sahaja)

Rujukan



Wednesday 23 January 2019

CUTI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA / SUKAN



"Cuti ini diberikan kepada penjawat awam yang melibatkan diri dalam pertandingan sukan/ olahraga di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa"

Kadar Cuti

  • Pertandingan sukan perwakilan : tidak lebih 3 jenis acara bukan sukan sahaja dalam setahun.
  • Sukan peringkat kebangsaan/ antarabangsa : tempoh sebenar pertandingan temasuk latihan intensif.
  • Tidak lebih 30 hari setahun.
  • Cuti tambahan yang diperlukan : Kelulusan oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

Syarat-syarat

  • Mengambil bahagian dalam sukan perwakilan di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
  • Terpilih sebagai atlit, jurulatih, pegawai sukan atau ahli Majlis/ Jawatankuasa pertandingan.

Tatacara Permohonan
  1. Ketua Jabatan telah meluluskan Cuti Tanpa Rekod sebanyak 30 hari dalam setahun.
  2. Ketua Jabatan menyokong permohonan CTR tambahan.
  3. KSU menerima permohonan CTR tambahan untuk mengambil bahagian dalam sebarang Sukan Perwakilan.
  4. KSU menyemak permohonan untuk memastikan hanya permohonan CTR melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun itu dipertimbangkan.
  5. SPP 11/1980 dipakai sebagai garis panduan.

Penerangan

  • Istilah " sukan perwakilan" bermakna : 
  • Pertandingandi peringkat Kebangsaan; atau
  • Pertandingan sukan di peringkat Antarabangsa; atau
  • Pertandingan sukan diantara negeri-negeri atau negeri-negeri dengan sesebuah negara asing; atau
  • Pertandingan sukan diperingkat Wilayah (Regional level) yang diadakan dalam Malaysia ataupun di luar Malaysia. 
  • Diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan-perkhidmatan Awam termasuklah Perkhidmatan Perguruan dan Perkhidmatan Polis yang dipilih oleh sesebuah pertubuhan atau badan sukan bagi mewakilinya untuk bertanding dalam salah satu daripada pertandingan sukan yang dinyatakan di atas.
  • Pegawai-pegawai yang dipilih oleh sesebuah pertubuhan atau badan sukan untuk bertugas:
  • Sebagai pegawai sukan (official) untuk membantu mengelolakan sesuatu pertandingan sukan; atau
  • Sebagai jurulatih menyediakan pasukan.
  • Seseorang pegawai itu boleh mengambil bahagian dalam pertandingan perwakilan tidak lebih daripada tiga (3) jenis bukan acara sukan sahaja dalam setahun. Tujuannya ialah untuk membolehkan lebih ramai lagi pegawai-pegawai Kerajaan mendapat peluang menyertai pertandingan sukan perwakilan.
Rujukan
  1. Perintah Am (P.A) 46 (a) Bab C
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 1980


CUTI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA



"Cuti ini diberikan bagi menghadiri kursus, latihan, seminar atau mesyuarat syarikat kerjasama yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Koperasi"

Kadar Cuti

  • Tidak melebihi 2 bulan

Syarat-syarat

  • Menjadi ahli dalam syarikat kerjasama
  • Telah membuat akuan bertulis untuk memegang jawatan di dalam syarikat kerjasamanya bila-bila masa dalam 2 tahun selepas kursus.
  • Dijemput atau dilantik ke sebarang jawatan dalam syarikat kerjasama.
  • Kelulusan oleh Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Ketua Jabatan juga boleh, mengikut budi bicaranya meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana syarikat kerjasama untuk menghadiri sebarang kursus latihan, seminar atau mesyuarat syarikat kerjasama di dalam atau di luar Malaysia seperti yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama.

Rujukan
  • Perintah Am (P.A) 43 Bab C



CUTI MENGHADIRI LATIHAN/ KHEMAH TAHUNAN PERTUBUHAN/ PERSATUAN



"Cuti ini diberikan bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Luar Biasa, Khemah/ Latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan"


Syarat- Syarat

  • Menjadi ahli Pertubuhan / Persatuan yang diiktirafkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
  • Anjuran pertubuhan/ persatuan berkaitan di Malaysia sahaja.
  • Dipanjangkan: anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-jabatan Kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
  • Kelulusan Ketua Jabatan.

Kadar Cuti
  • 30 hari setahun.

  • Tambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ke tempat latihan.

Pertubuhan / Persatuan yang diiktirafkan oleh KPPA (sehingga 29 Ogos 2014)
  1. Kadet Laut
  2. Pasukan Kadet Persekutuan
  3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan
  4. Pasukan Pengakap
  5. Pertubuhan Pandu Puteri
  6. Bridget Budak Lelaki
  7. Bridget Budak Perempuan
  8. St. John Ambulan
  9. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  10. Persatuan Perancang Keluarga
  11. PEMADAM
  12. Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia
  13. Persatuan membantu orang-orang dalam penyeliaan Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Intergrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID)
  14. Pertubuhan orang-orang buta
  15. Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri
  16. Persatuan pengguna
  17. Persatuan bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia
  18. PUSPANITA
  19. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK), Unit Penyelarasan Perlaksanaan
  20. Pasukan Kadet Polis
  21. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)
  22. PERKIM
  23. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (N.W.O)
  24. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri
  25. Persatuan Stem Malaysia
  26. Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri
  27. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)
  28. Persatuan Kajiperasit dan Tropika Malaysia
  29. Majlis Belia Sabah (MBS)
  30. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK)
  31. Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (INSAF)
  32. Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)

Rujukan




CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA



"Cuti ini diberikan bagi menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela"

Kadar Cuti

  • Tidak melebihi 30 hari dalam setahun.
  • Tambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ke tempat latihan

Syarat-syarat
  • Pasukan sukarela : 
  • Askar Wataniah;
  • Pasukan Simpanan Sukarela TLDM;
  • Pasukan Simpanan Sukarela TUDM;
  • Pasukan Sukarela Polis (PVR); dan
  • Pasukan Pertahanan Awam (APAM) 

  • Kemukakan surat daripada pemerintah pasukan sukarela yang memberitahu pegawai dikehendaki menghadiri latihan/ khemah tahunan.

Tatacara Permohonan
  • Semua Cuti rehat pegawai telah diambil baik sebelum kelulusan Cuti Tanpa Rekod Tambahan yang diperlukan.
  • Surat daripada pemerintah pasukan sukarela yang menghendaki pegawai menghadiri khemah/ latihan tahunan bagi sesuatu tempoh.
  • Ketua Jabatan mengesahkan bahawa Cuti Tanpa Rekod selama 32 hari telah diluluskan olehnya dan pegawai tidak mempunyai Cuti Rehat lagi.
  • Surat sokongan daripada Ketua Jabatan yang melepaskan pegawai untuk menghadiri latihan /khemah tersebut.
  • Ketua Setiausaha menerima permohonan dan menyemak sama ada permohonan menepati peraturan yang ditetapkan, iaitu Cuti Tanpa Rekod selama 32 hari setahun yang pertama telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Rujukan




Tuesday 22 January 2019

CUTI LAIN-LAIN KURSUS




Tujuan
  • Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
  • Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Kadar Cuti 
  • 14 hari setahun.

  • Tambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ke tempat latihan.

Syarat-syarat
  • Kelulusan oleh Ketua Jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

  • Dan kursus di luar negara hendaklah diluluskan oleh Ketua Perkhidmatan Pegawai Awam (KPPA).

Rujukan
  • Perintah Am (P.A) 42 (b) Bab C

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991




CUTI MENGHADIRI PERBICARAAN MAHKAMAH DI LUAR STESEN



"Cuti ini membolehkan pegawai hadir ke mahkamah sebagai saksi di pihak kerajaan atau pihak bukan kerajaan atau memberi keterangan pakar"

Kelayakan

  • Jika di sapina sebagai saksi bagi pihak Kerajaan atau memberi keterangan pakar maka seseorang pegawai layak dianggap sebagai Bertugas Rasmi.
  • Jika di sapina sebagai saksi bagi pihak Bukan Kerajaan, maka bagi :
  • Mahkamah Dalam Stesen pegawai layak mendapat peleasan meninggalkan pejabat bagi tempoh yang diperlukan.
  • Mahkamah Luar Stesen pegawai layak mendapat Cuti Tanpa Rekod bagi hari-hari yang diperlukan hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan selepas bagi maksud perjalanan. 
Rujukan
  1.  JPA(S) 223/8/3-3 SK.4/ (11) bertarikh 26 Julai 1994



CUTI MENDERMA ORGAN


"Cuti ini diberikan agar membolehkan pegawai yang menderma organ berehat di rumah dan menjalani proses pemulihan"

Kadar Cuti

  •   Mengikut tempoh yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Pakar atau tidak melebihi 42 
      hari, mengikut yang mana lebih rendah. 

  •   Bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah.       

Syarat-syarat

  • Diperuntukan kepada pegawai yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak (contract of service), sangkut dan guru sandaran.
  • Mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja.

Rujukan





CUTI MESYUARAT MBK / MBJ



"Tujuan Cuti ini diberikan adalah untuk pegawai menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK ) / Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ)"

Kadar Cuti

  • Diberikan pada tempoh sebenar mesyuarat.
Syarat-syarat
  • Pegawai dikehendaki untuk hadir ke mesyuarat berkenaan.
  • Kelulusan oleh Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Rujukan




CUTI TUGAS KHAS (PERUBATAN)



"Cuti ini membolehkan pegawai yang terlibat dalam persekitaran kerja yang merbahaya mendapat rehat yang mencukupi"

Kadar Cuti

  • Diberikan selama 14 hari setahun. 

Syarat-syarat

1. Menjalankan tugas sepenuh masa : 
  • Menjalankan tugas X-ray dan terdedah kepada pancaran X-Ray.
  • Tugas merbahaya atau tidak digemari.
          2. Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.

          3. Tidak boleh dikumpulkan ke tahun berikutnya.

          4. Bagi seseorang pegawai yang menjalankan tugas khas perubatan kurang daripada satu (1)
        tahun, kelayakkannya ialah setimpal dengan perkhidmatan yang melayakkan dalam menjalankan
        tugas khas itu.

Rujukan

  1. Perintah Am (P.A) Bab C



CUTI ROMBONGAN KEBUDAYAAN


"Cuti ini diberikan berdasarkan pegawai mengikuti Rombongan Kebudayaan"

Kadar Cuti  
  • Diberikan mengikut tempoh sebenar lawatan kebudayaan.

Syarat-Syarat

  • Rombongan adalah anjuran 
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Penerangan Komunikasi
  • Kementerian Kesenian dan Kebudayaan
  • Kelulusan oleh Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmtan.

Rujukan

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1964
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1966



CUTI MENGAMBIL PEPERIKSAAN



"Cuti ini bertujuan memberikan seseorang pegawai membaiki peluang hidup pegawai berkenaan"

Kadar Cuti
  • Cuti ini dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja. 

Syarat Cuti
  • Kelulusan oleh Ketua Jabatan atas budu bicaranya.

Rujukan



CUTI HARI GAWAI




"Cuti ini diberikan sebagai kemudahan kepada penjawat awam kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk menyambut perayaan ini"

Kadar Cuti
  • Sehari pada 01 Jun atau 02 Jun setiap tahun.

Syarat-syarat

  • Kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia.

Rujukan


CUTI PESTA KEAMATAN



"Cuti ini diberikan sebagai kemudahan kepada penjawat awam kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk menyambut perayaan ini"

Kadar Cuti
  • Sehari pada 30 Mei atau 31 Mei setiap tahun.

Syarat-syarat

  • Kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.

Rujukan



CUTI VAISAKHI



"Cuti ini diberikan sebagai kemudahan kepada penjawat awam penganut sikh untuk menunaikan tanggungjawab keagamaan."

Kadar Cuti
  • Sehari pada 14 April setiap tahun.

Syarat-syarat

  • Penganut Sikh sahaja

Rujukan



Friday 18 January 2019

CUTI UMRAH



" Cuti ini merupakan cuti tanpa rekod yang mana diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah" 
Kadar Tempoh
  • Maksimum Tujuh (7) hari; 
  • Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am;
  • Pengiraan bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah ditanah suci Mekah dan ziarah di Madinah;
  • Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, makna perkiraan tujuh (7) hari bermula pada hari bekerja berikutnya;
  • Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi dari tempoh maksimum yang diberikan atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon menggunakan :
  • Cuti Rehat
  • Cuti Rehat Khas
  • Cuti Tanpa Gaji  
  • Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti tidak boleh dibawa ke hadapan.

Syarat-syarat

  1. Menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah;
  2. Pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap;
  3. Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan;
  4. Permohonan Cuti umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan;
  5. Cuti Umrah hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan.

Rujukan
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017   

PEMAKLUMAN KEMUDAHAN PELINDUNGAN INSURANS BAGI TAHUN 2019





   Untuk makluman, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat edaran JPA(S) 187/20 Jld.18 (2) yang menyatakan bahawa kesinambungan kemudahan ini kepada pegawai Perkhidmatan Awam tidak terjejas semasa proses peralihan dan pelantikan syarikat penanggungan insurans yang baharu, mulai 1 Januari 2019 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak,Pegawai Perkhidmatan Awam yang akan keluar negara atas urusan persendirian boleh menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan mengikut peraturan-peraturan seperti berikut : 
  1. Secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) di mana pegawai hendaklah mendahulukan bayaran premium dan kemudian menuntut balik bayaran berkenaan daripada Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan resit berkaitan;
  2. Kadar premium yang ditetapkan adalah terhad kepada kadar premium mengikut negara dilawati seperti di Lampiran A; dan
  3. Pegawai yang membuat tuntutan bayaran balik premium dianggap telah menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara/ negara ketiga atas urusan persendirian bagi tahun 2019.
*Syarat-syarat pelaksanaan secara tuntutan bayaran balik masih lagi tertakluk seperti yang diperuntukkan dalam perenggan 4,5 dan 6  Pekeliling Perkhidmatan 6/2015 
   Sehubungan dengan itu, Kerajaan hanya menanggung kemudahan perlindungan insurans kesihatan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar. Bagi lawatan persendirian yang lain dalam tahun kalendar yang sama, perlindungan insurans kesihatan tidak ditanggung oleh Kerajaan. Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan pegawai Perkhidmatan Awam diwajibkan mengambil perlindungan insurans kesihatan atas tanggungan sendiri sebelum boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian.

 Sebagai langkah penambahbaikan, Jabatan/Bahagian/Unit/Markas/Briged/Pangkalan adalah dipohon untuk memenuhi keperluan perlindungan insurans tersebut sebelum memajukan permohonan keluar negara melalui sistem eKemudahan.mod.gov.my

   Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai perkara ini, boleh dikemukakan melalui email cka.bpsm@mod.gov.my atau terus berhubung dengan urusetia ekemudahan ditalian 03-2071 5401.


Rujukan





CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT




" Cuti ini diberikan bertujuan menziarahi dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluarga terdekat"

Syarat - syarat

  1. Ahli keluarga terdekat - suami/isteri, anak-anak termasuk anak angkat (de facto), anak pelihara, ibu dan bapa kandung, ibu bapa angkat serta ibu dan bapa mertua pegawai yang sah disisi undang-undang.
  2. Kemudahan diperuntukan untuk urusan kematian ibu mentua atau bapa mentua adalah terhad bagi seorag ibu mentua dan bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.
  3. Mengemukakan salinan pengesahan kematian kepada Ketua Jabatan.
  4. Bermula pada tarikh kematian, atau hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat.
  5. Hendaklah dicatatkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai. 

Kadar Tempoh
  • 3 hari termasuk hari Rehat Mingguan dan hari Kelepasan Am.

Rujukan
  1. Perintah Am Bab C (Cuti) Kemudahan Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 04 Tahun 2015


Thursday 17 January 2019

CUTI ISTERI BERSALIN




"Cuti ini bertujuan untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin" 


Kadar Cuti

  • 7 hari kali isteri bersalin, termasuk hari Rehat Mingguan dan hari Kelepasan Am.
  • 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Syarat-syarat

  • Mengemukakan salinan perakuan bersalin isteri kepada Ketua Jabatan.
  • Bermula pada tarikh isteri melahirkan anak, atau hari berikutnya jika kelahiran selepas waktu pejabat.

Rujukan





CUTI GANTIAN


Cuti gantian seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am yang dipanggil bertugas lebih masa itu.


Kadar
  • Masa sebenar bertugas lebih masa.
  • 9 jam bertugas lebih masa = 1 hari (pp 13/2005)

Syarat-syarat Kerja Lebih Masa
  • Kerja kecemasan
  • Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguh
  • Kerja yang perlu diselesaikan dalam masa terhad
  • Kerja yang melebihi bidang tugas biasa pegawai

Syarat-syarat Cuti Gantian
  • Diarahkan kerja lebih masa.
  • Tidak layak Bayaran Lebih masa atau sebarang bayaran khas lain.
  • Kelulusan Ketua Jabatan.
  • Dalam tempoh 6 bulan daripada kelulusan / diarahkan kerja lebih masa.

Rujukan






CUTI TIDAK HADIR BEKERJA ATAS SEBAB KECEMASAN AM



"Tujuan Cuti diberikan adalah untuk memberikan kebenaran pegawai untuk tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan am."
Kadar Cuti
  • Tempoh berlakunya kecemasan am : Jam / Hari

Syarat-syarat

  • Kecemasan am : Banjir, Tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, malapetaka-malapetaka lain, bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa.
  • Terhalang perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
  • Pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu oleh Pegawai Daerah atau Penghulu, Ketua Balai Polis, Pegawai Penerangan Daerah, Pegawai Kebajikan Daerah atau melalui siaran media massa.

Contoh Situasi Yang Membenarkan

"Contoh situasi terhalangnya perjalanan ke pejabat (banjir) mengikut lokasi sama ada banjir di rumah kediaman atau tempat lokasi sama ada banjir di rumah kediaman atau tempat pegawai berkhidmat"



  1. Sekiranya rumah kediaman dan juga tempat pegawai berkhidmat mengalami banjir pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
  2. Sekiranya rumah kediaman pegawai tidak mengalami banjir tetapi tempat pegawai berkhidmat mengalami banjir pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
  3. Sekiranya rumah kediaman pegawai banjir tetapi tempat pegawai berkhidmat tidak mengalami banjir pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
  4. Sekiranya rumah kediaman dan tempat pegawai berkhidmat tidak mengalami banjir (tetapi pegawai dalam tempoh cuti rehat di lokasi kawasan banjir) pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa bermula pada tarikh selepas tamatnya Cuti Rehat yang telah diluluskan.
  5. Sekiranya rumah kediaman dan tempat pegawai berkhidmat tidak mengalami banjir (Tetapi pegawai bertugas luar pejabat di lokasi banjir yang menyebabkan pegawai terus berada di tempat tersebut) pegawai tidak layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana pegawai dianggap seolah-olah masih menjalankan tugas rasmi.

Rujukan