SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Tuesday 17 March 2020

ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENUTUPAN PREMIS KERAJAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam no. rujukan JPA.SARAAN (S) 256/6/31 JLD. 6 (2) 17 Mac 2020 adalah berkaitan.

2.        Merujuk kepada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 mengenai COVID-19, semua pegawai adalah diarah untuk bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (essential services) di Kementerian/Jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bertugas di pejabat.

3.    Bagi pegawai yang di arahkan untuk bekerja dari rumah, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi :
a) sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat/bekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan;
b) sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain; dan
c) memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.
4.   Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di para 3 melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Pegawai adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U (A) 395/1993)
     

Monday 16 March 2020

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA





TAHNIAH & SELAMAT DATANG
MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
12 MAC 2020

Picture Credit to: Unit Komunikasi Startegik, Kementerian Pertahanan Malaysia
http://www.mod.gov.my/ms/