SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Monday 15 October 2018

SELAMAT DATANG TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (PERKHIDMATAN)

Kami mengucapkan selamat datang buat Puan Wan Nor Hazlina binti Wan Abdul Ghani ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.



Sudilah puan terima pantun kami:

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,
TERBANG SEIRING DITEPI KALI.
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
MOGA DIIRING RESTU ILAHI


Tuesday 2 October 2018

PERTUKARAN KELUAR TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (PERKHIDMATAN)

Sekalung tinggi terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Zulkeflee bin Haji Sulaiman atas perkhidmatan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada kami selama kami berkhidmat bersama tuan.

Kami mendoakan agar Tuan sentiasa berada di dalam keadaan sihat sentiasa disamping seisi keluarga.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

TERIMA KASIH TUAN!!!