"Cuti Sakit Lanjutan ini bagi membolehkan pulih atau sihat semula. Pegawai diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai tidak untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula bagi perkhidmatan selanjutnya."
Kadar Tempoh
- 90 hari (Cuti Separuh Gaji = separuh daripada gaji pokok, ITKA dan ITP).
- 90 hari berikutnya (Cuti Tanpa Gaji + Elaun Bantuan bersamaan Separuh Gaji Pokok sahaja).
- CSL boleh diulangi dalam tahun kedua.
- Belum sembuh, boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan (PP 10/1995)
Syarat-syarat
- Telah menghabiskan Cuti Sakit bergaji penuh selama 180 hari.
- Telah menghabiskan Cuti Rehat yang berkelayakan.
- Mengemukakan laporan dan perakuan Lembaga Perubatan.
Prosedur Pemberian Cuti Sakit dan Cuti Sakit Lanjutan
- Cuti Sakit (Bergaji Penuh) tempoh diberikan dalam 90 hari dan kuasa melulus adalah Ketua Jabatan.
- Cuti Sakit (Bergaji Penuh) tempoh diberikan dalam 90 hari dan kuasa melulus adalah Ketua Setiausaha (KSU) dan Lembaga Perubatan ditubuhkan.
- Cuti Rehat (Bergaji Penuh) tempoh diberikan adalah mengikut kelayakan dan kuasa melulus adalah Ketua Jabatan dan Lembaga Perubatan ditubuhkan.
- Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji) tempoh diberikan dalam 90 hari dan kuasa melulus adalah Ketua Setiausaha (KSU) dan ianya adalah dengan perakuan Lembaga Perubatan.
- Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji + Elaun Bantuan) tempoh diberikan dalam 90 hari dan kuasa melulus adalah Ketua Setiausaha (KSU) dan ianya adalah dengan perakuan Lembaga Perubatan.
* Perakuan Lembaga Perubatan yang berasingan yang menjelaskan pegawai ada harapan untuk sembuh. (JPA 43/9/27 Klt. 3 (2) bertarikh 20 Jun 2007)
- Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, anggota yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi Cuti Separuh Gaji sehingga 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan. Sementara menunggu Laporan Lembaga Perubatan, sijil sakit boleh diterima bagi tujuan Cuti Separuh Gaji tersebut. Anggota hendaklah diberi Cuti Tanpa Gaji jika tidak mengemukakan sijil sakit bagi tempoh menunggu Laporan Lembaga Perubatan berkenaan.
- Seseorang pegawai yang telah diluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji boleh diberi elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu.
- Jika anggota masih tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, anggota itu masih boleh diberi cuti sakit, iaitu secara Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji.
- Seseorang yang telah diberikan masa berehat akan dikehendaki mengemukakan dirinya untuk pemeriksaan Lembaga Perubatan sekali lagi di akhir masa berehat itu.
- Lembaga Perubatan boleh mngesyorkan pada pemeriksaan tersebut atau kemudiannya lagi sambungan masa berehat atau membuat perakuan mengesyorkan persaraan pegawai tersebut.
Rujukan
- Perintah Am (P.A) 22 Bab C
- JPA 43/9/27 Klt. 2 (42) bERTARIKH 15 September 2006
- Skide JPA Bab C (Cuti)
- http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/perintah/BabC/babCMs07.html
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995
- http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/perintah/BabF/babF.htm
No comments:
Post a Comment