SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday 28 January 2016

SISTEM ePERTUKARAN

Sistem ePERTUKARAN ini di bangunkan setelah mendapat kerjasama antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh oleh pegawai awam Kementerian Pertahanan telah bermula pada awal tahun 2016.

Tujuan Sistem ePERTUKARAN

1. Memudahkan urusan permohonan
2. Meningkatkan kecekapan penyimpanan rekod
3. Mengoptimumkan penggunaan kertas selaras amalan GoGreen MinDef

Adalah diingatkan bahawa para pengguna digalakkan untuk mengimbas dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu :

1. Sijil Perakuan Perkahwinan
2. Sijil Pendaftaran Kelahiran Anak
3. Dokumen-dokumen Sokongan Lain
 
Makluman, sistem ini boleh dilayari dengan menggunakan paparan yang terbaik iaitu Mozilla Firefox

Bagi pengguna kali pertama menggunakan sistem ini, pengguna bolehlah rujuk panduan manual penggunaan sistem ePERTUKARAN seperti dibawah bagi melancarkan dan memahami penggunaannya dengan lebih teratur serta memudahkan urusan permohonan anda.


Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan pertukaran sila layari web site http://epertukaran.mod.gov.my  



Friday 15 January 2016

MISI TIGA (3) BULAN BERAKHIR

Tanggal 14 Januari 2016, jam 4.30 petang, adalah detik yang dinanti-nantikan oleh para peserta "The Biggest Loser Challenge" . Kini segalanya akan terjawab bagi soalan Siapakah Pemenang "The Biggest Loser Challenge" Cawangan Khidmat Awam? Di ruang legar Cawangan Khidmat Awam  (CKA) adalah dimana keputusan keseluruhan akan dipaparkan dan nama pemenang akan di umumkan oleh pengelola program ini iaitu Encik Mohamad Syaiful Naim bin Abd Sattar.

Menyingkap kembali tercetusnya idea bagi program ini sewaktu di panteri, dimana masing-masing menyatakan kebimbangan mengenai berat badan yang semakin meningkat.Di ketika itulah munculnya idea dan semangat yang membawa kepada Misi ini. Melalui pengelola dan kerjasama daripada warga CKA maka keputusan diambil untuk mangadakan pertandingan ini pada ketetapan yang telah dinyatakan dengan mengambil kira berat badan para peserta pada hari pertama program ini dilaksanakan sebelum berat akhir di ambil kira bagi proses penentuan pemenang.

Selama hampir tiga (3) bulan lebih para peserta mempamerkan semangat yang tinggi bagi  menjayakan dan mendapatkan berat badan yang ideal atau kata lainnya berat badan yang di idam-idamkan. Program ini juga menunjukkan kesungguhan para peserta dalam memberikan saingan sihat antara satu sama lain. Pelbagai cara dan diet sihat yang dilakukan bagi memastikan berat badan dapat diturunkan dan inilah semangat warga CKA yang telah ditunjukkan dan sekaligus program ini juga telah mempereratkan lagi silaturahim di antara rakan sekerja.

Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengelola serta para peserta yang turut serta dalam menjayakan program budaya hidup sihat di Cawangan Khidmat Awam ini. Segala kerjasama dan budibaik tuan/puan dalam melancarkan dan menjayakan program ini amatlah dihargai.Dan Sekalung Tahniah kepada Encik Zaiham bin Hassim kerana telah muncul sebagai pemenang program ini sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,050.00.


Para Peserta
 

  
 The Winner of Binggest Loser Challenge 

 
 

Pengelola Program

 

        Para Peserta                                Keputusan