SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Saturday 31 August 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 62 TAHUN






Ringkasan Sejarah

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 sehingga tahun 1957. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran.

Tarikh 31 Ogos 1957, jam 12 malam merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia dan adalah saat paling bersejarah kerana ianya menandakan berakhirnya zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya).


Tarikh keramat itu disambut dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada hari berkenaan beribu ribu rakyat telah berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dengan cahaya lampu yang berwarna-warni untuk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikan bendera Malaysia. Perayaan menyambut Kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11 hari mulai 29 Ogos hingga 07 September 1957.




Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad yang lahir pada 24 Ogos 1895 dan mangkat pada 01 April 1960 ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 01 April 1960.





Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah yang lahir pada 08 Februari 1903 dan mangkat pada 06 Disember 1990 merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955. Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga tahun 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali "Tunku", beliau juga dikenang sebagai " Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".






Senarai Tema Hari Kebangsaan Dari Tahun 1970 hingga 2019

TahunTema
1970Muhibah dan Perpaduan
1971Masyarakat Progresif
1972Masyarakat Adil
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975Masyarakat Berdikari
1976Ketahanan Rakyat
197720 Tahun Bersatu Maju
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
1979Bersatu Berdisiplin
1980Berdisiplin Berbakti
1981Berdisiplin Berharmoni
1982Berdisiplin Giat Maju
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1984Amanah Asas Kejayaan
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989Bersatu
1990Berjaya
1991Wawasan 2020
1992Wawasan Asas Kejayaan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1996Budaya Penentu Kecapaian
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006Keranamu Malaysia
2007Malaysiaku Gemilang
2008Perpaduan Teras Kejayaan
20091Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
20101Malaysia Menjana Tranformasi
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
20121Malaysia. Janji Ditepati
2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2014Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2015-2016Sehati Sejiwa
2017Negaraku Sehati Sejiwa
2018Sayangi Malaysiaku
2019Sayangi Malaysiaku,Malaysia Bersih

Sumber Rujukan
  1. Hari_Kebangsaan_Malaysia
  2. Latar Belakang Merdeka-1957
  3. Tuanku_Abdul_Rahman_ibni_al-Marhum_Tuanku_Muhammad
  4. Tunku_Abdul_Rahman
  5. Hari_Merdeka