SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Sunday 24 May 2020

SELAMAT MENYAMBUT ADILFITRI


Bulan Ramadhan menyucikan jiwa,
Kini Syawal menjelma tiba,
Tangan dihulur mohon ampun jua,
Selamat Hari Raya yang Mulia.
                                             -Sy-Ck@-
                                                                  -Stay Healthy, Stay Safe, Against Covid-19-


Tuesday 19 May 2020

APLIKASI MY SEJAHTERA DIBANGUNKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA BAGI MEMBANTU PENULARAN WABAK COVID-19

 Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk :
  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19;
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti  COVID-19; dan
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.



Rujuk :



Friday 15 May 2020

SEND OFF MANTAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERKHIDMATAN) KEMENTERIAN PERTAHANAN


SELAMAT BERSARA 
YBRS. DR. KARMINDER SINGH DHILLON
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERKHIDMATAN)
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
APRIL 2020

YBrs. Dr. Karminder Singh Dhillon
Bersama
Setiausaha Pejabat
Puan Azanorehan binti Borhan



YBrs. Dr. Karminder Singh Dhillon
Bersama
Pegawai dari Cawangan Khidmat Awam
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
yang terdiri daripada

Puan Wan Nor Hazlina binti Wan Abdul Ghani
Timbalan Setiausaha Bahagian (Perkhidmatan)

Encik Mohd Hamidy Mohd Saleh
Ketua Penolong Setiausaha
Cawangan Khidmat Awam

dan Pegawai CKA yang lain.




Turut serta bergambar pada hari terakhir YBrs. Dr. Karminder Singh Dhillon adalah Pegawai-pegawai di Bahagian Kementerian Pertahanan Malaysia


Monday 4 May 2020

PERUTUSAN PERDANA MENTERI 01 MEI 2020 (PKPB) DAN SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI



Kini, kita telah bersedia untuk memulakan pendekatan ketiga, iaitu membuka semua aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati. Dengan ini, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan. Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi.




May 1,2020
  1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.
  2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.
  3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dan dalma persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang diluar kawalan.
  4. Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara.
  5. Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, sila rujuk kepada Senarai Aktiviti Yang Dilarang yang telah disediakan. Melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini. Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab, mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk memulakan semula operasi.
  6. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kejersama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasaan akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalma usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.
Dipetik daripada dokumen pengenalan "SOP Pembukaan Semula Ekonomi" yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)