SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Tuesday 18 September 2018

PERTUKARAN ENCIK MUHAMMAD FAIZ BIN ZOLKIFLI KE LUBNAN

Kami warga CKA, BPSM mengucapkan ribuan terima kasih atas segala khidmat yang telah dicurahkan. Dan kami juga mengucapkan selamat menjalankan tugas pada negara serta mendoakan agar tuan selamat pergi dan pulang semula ke tanah air yang tercinta. Sama-sama kita mempertahankan kedaulatan negara.


"PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


Thursday 13 September 2018

KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MALAYSIA 2018 (PERINGKAT PERKHIDMATAN AWAM)

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menjalankan kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia 2018 (Peringkat Perkhidmatan Awam). Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesejahteraan psikologi penjawat awam secara keseluruhan.

3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menjawab kajian ini secara online melalui capaian https://goo.gl/forms/IzARCMW5acHmGmkD2​.




4.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini bermula pada 1 hingga 14 September 2018. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan kajian ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"