SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Monday 16 September 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER






Ringkasan Sejarah

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembetukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Pemasyhuran Malaysia

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada 16 September 1963. Berikut ialah teks pemasyhuran yang di baca beliau:


Pemasyhuran Malaysia
Dengan nama AllahYang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktamad di dalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengisytihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.

Lagu Malaysia

Malaysia selamanya adalah lagu yang dikarang oleh Bobby Gimby untuk meraikan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bobby Gimby menerima nama panggilan "The Pied Piper of Canada" selepas Perdana Menteri menamakan Gimby sebagai "Pied Piper dari Kanada".

Lagu itu dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ia adalah lagu rakyat dengan panjang 2 minit dinyanyikan oleh Choir of Marymount Vocational School (Singapura).

Pada hari sebelum penggabungan itu, ia telah di ajar kepada kanak-kanak sekolah sebelum penggabungan dan manjadi lambakan segera apabila disiarkan melalui gelombang udara di seluruh bahagian Malaysia.


Sumber Rujukan
  1. Hari_Malaysia
  2. Tunku_Abdul_Rahman


Wednesday 11 September 2019

18 TAHUN "TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001"


Pada awal pagi selasa, 11 September 2001, hampir 3000 orang terkorban selepas 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil Amerika Syarikat dengan dua merempuh bangunan Pusat Dagangan Dunia (One World Trade Center). Dimana Pesawat Penerbangan 11 Amerika Syarikat merempuh ke dalam Menara Utara Pusat Dagangan Dunia pada jam 8.46 pagi dan disusuli Pesawat Penerbangan 175 United Airlines merempuh Menara Selatan pada 9.03 pagi.

Pesawat Penerbangan ketiga pula iaitu 77 Amerika Airlines, merempuh Pentagon pada jam 9.37 pagi yang menyebabkan 184 orang terkorban manakala Pesawat Penerbangan 93 United Airlines, terhempas di sebuah padang di Shanksville, Pennsylvanis, pada jam 10.03 pagi yang mengorbankan seramai 40 orang penumpang. Ianya terhempas setelah para penumpang bertarung dengan pihak perampas dan dijangka pesawat berkenaan menuju sasarannya ke bangunan Kapitol iaitu tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat atau Rumat Putih.

Berikut jumlah kematian tidak termasuk perampas yang berlaku di dalam serangan yang didakwa oleh Amerika dilakukan oleh Al Qaeda pimpinan Osama bin Laden:

Kematian (tidak termasuk perampas)
Bandar Raya
New York
World Trade Center2,606
American 1187
United 17560
ArlingtonPentagon125
American 7759
ShanksvilleUnited 9340
Jumlah2,977

CNN turut melaporkan mereka yang maut dalam serangan di WTC menyebabkan dua menara itu runtuh ialah seramai 343 orang anggota bomba New York, 23 anggota polis dan 37 kakitangan Pihak Berkuasa Pelabuhan. Yang mana mangsa berusia antara dua (2) hingga 85 tahun dengan 80% adalah lelaki dan sehingga Julai 2019, mayat 1,644 daripada 2,753 mangsa WTC sudah dikenal pasti. Selain mereka yang terkorban, ribuan lagi termasuk anggota penyelamat, pekerja pembinaan dan penduduk menghidap pelbagai penyakit akibat terhidu debu toksik yang menyelubungi Lower Manhattan.

Kesan dari tragedi ini telah mengubah politik dunia dan banyak negara mengubah dan memperkukuhkan undang-undang anti-pengganas.

Kerja-kerja membersihkan WTC siap pada Mei 2002, yang mengambil masa 3.1 juta jam bagi membersihkan 1.8 juta tan serpihan dengan kos AS$750 juta (RM3.1 billion)

Pada 18 Novemver 2006, pembinaan One World Trade Center bermula di tapak WTC dan bangunan itu dibuka pada 3 November 2014.




Pesawat Penerbangan 175 United Airlines
merempuh ke dalam Menara Selatan WTC manakala
Pesawat Penerbangan 11 American Airlines
merempuh Menara Utara WTC




Kebakaran dan runtuhan 
One World Trade Center
102 minit setelah rempuhan berlaku




Sisa runtuhan 6 World Trade Center
Beberapa hari selepas kejadian




Runtuhan Pentagon 
separa akibat kebakaran
Pesawat Penerbangan 77 American Airlines 









Pemandangan Tribute in Light dari Jersey City
pada ulang tahun kejadian runtuhan World Trade Center (WTC) pada tahun 2004


Sumber Rujukan

  1. Serangan11 September 2001
  2. Selepas 18 tahun 11 September


Friday 6 September 2019

~ SELAMAT MAJU JAYA ~


Puan Humairah binti Salleh
Atas Kenaikan Pangkat ke C.C ( N22 Hakiki)




Selamat Maju Jaya di tempat baru
Encik Faisal bin Johan

~Semoga Pengalaman dan Ilmu Pengetahuan yang ditimba 
menjadi Bekalan dan Berjaya di tempat baru hendakNya...Aamiin~




Sunday 1 September 2019

SALAM MA'AL HIJRAH 1441












Ringkasan 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalender Hijjrah.

Kalender Hijjrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah s.a.w. Kalender ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi s.a.w.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang Nabi dan Rasul membentuk Kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.

Sumber Rujukan
  1. Awal_Muharam
  2. Doa-hijrah