SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday 17 January 2019

CUTI MENJAGA ANAK


"Cuti menjaga anak ini memberi peluang kepada ibu untuk menyusu dan menjaga bayinya"
Kadar Cuti

" Kadar cuti yang diberikan tidak melebihi 1,825 hari sepanjang tempoh perkhidmatan"

Syarat-syarat

  • Boleh diambil secara sekaligus atau sebahagian daripadanya.
  • Bermula pada tarikh selepas tamatnya tempoh Cuti Bersalin atau bermula pada tarikh pegawai melahirkan anak.
  • Permohonan Cuti Menjaga Anak dikemukakan berserta perakuan bersalin kepada Ketua Setiausaha (KSU)/ Ketua Jabatan (KJ) 30 hari sebelum tamatnya tempoh Cuti Bersalin.
  • Direkodkan dalam rekod Kenyataan Perkhidmatan pegawai.

Peraturan Semasa Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15/2007

  • Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah merupaka kemudahan Cuti Tanpa Gaji;
  • Tempoh keseluruhan tidak melebihi 1,825 hari (5 tahun);
  • Boleh diambil sama ada secara sekaligus sebanyak 1,825 hari (5 tahun) atau sebahagian daripadanya;
  • Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekaligus, pegawai tidak layak mendapat kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi kelahiran anak yang seterusnya;
  • Sekiranya pegawai menggunakan sebahagian daripada 1,825 hari (5 tahun) bagi satu kelahiran, baki Cuti Menjaga Anak boleh digunakan bagi kelahiran anak yang seterusnya;
  • Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah mengikut tempoh yang telah diluluskan bagi kelahiran berkenaan. Permohonan pelanjutan tempoh Cuti Menjaga Anak hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan sebelum tamatnya tempoh Cuti Menjaga tersebut dengan syarat tempoh yang dipohon tidak terputus daripada tempoh yang telah diluluskan;
  • Tempoh kemudahan Cuti menjaga Anak akan bermula pada tarikh selepas tamatnya Cuti Bersalin bagi pegawai yang menggunakan kemudahan Cuti Bersalin; 
  • Tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh pegawai melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan sepenuhnya kemudahan cuti bersalin;
  • Tempoh Cuti Menjaga Anak merupakan tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan atau pengiraan kelayakan kemudahan yang lain;
  • Pegawai akan hilang kekananan bagi tempoh Cuti Menjaga Anak.
  • Pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak; dan
  • Kelulusan kemudahan Cuti Menjaga Anak hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkhidmatan Pegawai.

Rujukan




No comments:

Post a Comment