SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday, 10 January 2019

CUTI KECEDERAAN




" Cuti ini membolehkan pegawai yang mengalami kecederaan semasa bertugas untuk pulih daripada kecederaannya"

"Kadar tempoh cuti adalah sehingga pulih dari kecederaan atau tarikh akan dibersarakan."

Syarat-syaratnya 
  • Cedera semasa menjalankan tugas.
  • Menggunakan Cuti Sakit yang berkelayakan, sekiranya tiada lagi kelayakan Cuti Sakit, maka diberi Cuti Kecederaan (Bergaji Penuh).
  • Diperakukan oleh Lembaga Perubatan mempunyai harapan untuk sembuh dan kembali bertugas.
  • Diluluskan oleh Kuasa Tertentu melainkan dalam kes di Perintah Am 29.

Cuti Kecederaan di Bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja
  • Pegawai yang berkelayakan mendapat pampasan di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja kerana kecederaan semasa bertugas, boleh diberi cuti kecederaan oleh Ketua Jabatan bagi satu tempoh yang diperlukan tetapi tidak melebihi 90 hari.
  • Semua bayaran yang dibuat sebagai gaji penuh kepada pegawai yang mendapat cuti kecederaan di bawah Perintah Am ini akan dianggap sebagai bayaran berkala.
  • Seseorang pegawai yang terus uzur setelah tamat tempoh bergaji penuh yang diluluskan kepadanya, boleh mendapat faedah-faedah biasa di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja tersebut.

Rujukan 


No comments:

Post a Comment