SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday 31 January 2019

PEKERJA SAMBILAN HARIAN




"Pekerja Sambilan Harian" bermaksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal).

Dasar Pengambilan Pekerja Sambilan
  1. Pekerja Sambilan Harian terdiri daripada warganegara Malaysia.
  2. PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pengkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa.
  3. PSH dibayar upah di bawah peruntukan Objek sebagai (OS) 29000
  4. Ketua Jabatan mempunyai kuasa dalam membuat pengambilan PSH dan boleh menggunakan kaedah pengiklanan yang bersesuaian dan menjimatkan kos.
  5. Tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.
  6. Calon yang hendak diambil sebagai PSH hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat SIjil Pelajaran Malaysia.
  7. Calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar.
  8. Pengambilan PSH hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upahan untuk kerja (rate for the job)
  • Waktu bekerja PSH adalah selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat
  • Sekiranya PSH diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat di dalam negeri, mereka layak menerima Elaun menjalankan Tugas Rasmi di dalam Negeri mengikut jenis tugas dan kelayakan akademik yang digunakan semasa menentukan kadar upah PSH. Elaun menjalankan Tugas Rasmi di dalam Negeri yang layak diterima oleh PSH adalah seperti berikut :
  • Elaun Perjalanan Kenderaan
  • Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing
  • Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam dan ;
  • Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih  
  • Kadar Elaun menjalankan Tugas Rasmi di dalam Negeri dinyatakan di Lampiran A
  • PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas
  • PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa
  • Ketua Jabatan dan PSH hendaklah mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut peraturan yang berkuat kuasa
  • Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH tidak menandatangani surat rasmi jabatan
  • PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan 
  • PSH tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang pencen yang berkuat kuasa 
  • Pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa; dan 
  • Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan seseorang PSH apabila perkhidmatannya tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat. 
Kadar Upah
  • Ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. 

  • Kadar upah adalah seperti berikut : 
  • Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian Kelayakan Akademik Upah (RM/Sehari)
  • Ijazah Sarjana Muda RM100.00
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma RM72.00 
  • Sijil Pelajaran Malaysia RM54.00 
Penamatan Perkhidmatan
  • Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan PSH dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga (3) hari. PSH juga boleh berhenti daripada perkhidmatan dengan mengemukakan notis bertulis mengikut tempoh yang sama.
  • Walaubagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan PSH dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut :
  • Didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi.
  • Kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan Ketua Jabatan terlebih dahulu
  • Gagal mematuhi syarat dalam surat tawaran atau peraturan yang ditetapkan; dan
  • Terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej jabatan. 
Rujukan
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011


No comments:

Post a Comment