SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Tuesday 9 July 2019

KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN




" Cuti ini merupakan cuti tanpa rekod yang mana diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang bukan beragama Islam mengunjungi dan melaksana aktiviti keagamaan ditempat-tempat keagamaan" 

Kadar Tempoh
  • Maksimum Tujuh (7) hari; 
  • Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am;
  • Pengiraan bermula dari tarikh penerbangan sebenar mengunjungi dan melaksana aktiviti keagamaan ditempat-tempat keagamaan dalam atau luar negara;
  • Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, makna perkiraan tujuh (7) hari bermula pada hari bekerja berikutnya;
  • Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi dari tempoh maksimum yang diberikan atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon menggunakan :
  • Cuti Rehat
  • Cuti Rehat Khas
  • Cuti Tanpa Gaji  
  • Sekiranya tempoh cuti yang digunakan kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti tidak boleh dibawa ke hadapan.

Syarat-syarat

  1. Cuti keagamaan bermaksud bagi mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat ke agamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing;
  2. Pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang bukan beragama Islam dan dilantik secara tetap;
  3. Cuti Keagamaan adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan;
  4. Permohonan Cuti keagamaan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan;
  5. Cuti Keagamaan hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)




Rujukan
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2018



No comments:

Post a Comment