SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Monday 18 March 2019

PELAKSANAAN MODUL CUTI UMRAH DI DALAM SISTEM EKEMUDAHAN


    Seperti mana sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 menjelaskan keputusan Kerajaan bagi kemudahan Cuti Umrah merupakan Cuti Tanpa Rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Pegawai yang ingin ke luar negara untuk menunaikan Umrah perlu memohon kelulusan  Cuti Umrah secara manual dan kelulusan ke luar negara (urusan persendirian) secara atas talian melalui Sistem eKemudahan.

         Sehubungan itu, dalam mempercepatkan proses permohonan pegawai awam untuk menunaikan Umrah, Sistem eKemudahan telah ditambah baik dengan pelaksanaan Modul Cuti Umrah. Justeru, YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan Cuti Tanpa Rekod bagi Menunaikan Umrah melalui sistem tersebut tanpa perlu menghantar permohonan secara manual ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mulai 15 Mac 2019. Surat kelulusan Cuti Tanpa Rekod boleh dijana melalui sistem apabila permohonan YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan telah diluluskan. Kelulusan Cuti Umrah hendaklah direkodkan ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan.

      Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Sel KA7, Cawangan Khidmat Awam, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian  03.2071 5401 / 5867 atau melalui emel cka.bpsm@mod.gov.my.


Rujukan

1. Surat Edaran MOD.500-7/3/2 JLD 2 (19) bth 13 Mac 2019
2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 03 Tahun 2017



No comments:

Post a Comment