SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Wednesday 17 July 2019

"MH 17 DALAM KENANGAN"





Ringkasan

Pada 17 Julai 2014, jam 10.31 pagi, pesawat penerbangan  Malaysia iaitu MH17 telah berlepas dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam yang dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.10 malam telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk Oblast, Timur Ukraine. Pesawat berkenaan telah terputus hubungan ketika berada kira-kira 30 km dari waypoint TAMAK, 50 km daripada sempadan Rusia-Ukraine. Pesawat MH17 membawa seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal, majoriti penumpang adalah dari Negara Belanda dan kesemua penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terkorban.

Merurut laporan awal pihak berkuasa Ukraine, pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter iaitu 33,000 kaki. Bangkai dan cebisan pesawat juga dilaporkan bertebaran dalam kawasan berdiameter 15 km iaitu 9 batu di perkampungan Hrabove, luar bandar Torez, Donetsk Oblast, Timur Ukraine.


Sumber Rujukan

  1. Penerbangan MH17


No comments:

Post a Comment