SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Friday 18 January 2019

PEMAKLUMAN KEMUDAHAN PELINDUNGAN INSURANS BAGI TAHUN 2019





   Untuk makluman, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat edaran JPA(S) 187/20 Jld.18 (2) yang menyatakan bahawa kesinambungan kemudahan ini kepada pegawai Perkhidmatan Awam tidak terjejas semasa proses peralihan dan pelantikan syarikat penanggungan insurans yang baharu, mulai 1 Januari 2019 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak,Pegawai Perkhidmatan Awam yang akan keluar negara atas urusan persendirian boleh menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan mengikut peraturan-peraturan seperti berikut : 
  1. Secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) di mana pegawai hendaklah mendahulukan bayaran premium dan kemudian menuntut balik bayaran berkenaan daripada Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan resit berkaitan;
  2. Kadar premium yang ditetapkan adalah terhad kepada kadar premium mengikut negara dilawati seperti di Lampiran A; dan
  3. Pegawai yang membuat tuntutan bayaran balik premium dianggap telah menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara/ negara ketiga atas urusan persendirian bagi tahun 2019.
*Syarat-syarat pelaksanaan secara tuntutan bayaran balik masih lagi tertakluk seperti yang diperuntukkan dalam perenggan 4,5 dan 6  Pekeliling Perkhidmatan 6/2015 
   Sehubungan dengan itu, Kerajaan hanya menanggung kemudahan perlindungan insurans kesihatan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar. Bagi lawatan persendirian yang lain dalam tahun kalendar yang sama, perlindungan insurans kesihatan tidak ditanggung oleh Kerajaan. Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan pegawai Perkhidmatan Awam diwajibkan mengambil perlindungan insurans kesihatan atas tanggungan sendiri sebelum boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian.

 Sebagai langkah penambahbaikan, Jabatan/Bahagian/Unit/Markas/Briged/Pangkalan adalah dipohon untuk memenuhi keperluan perlindungan insurans tersebut sebelum memajukan permohonan keluar negara melalui sistem eKemudahan.mod.gov.my

   Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai perkara ini, boleh dikemukakan melalui email cka.bpsm@mod.gov.my atau terus berhubung dengan urusetia ekemudahan ditalian 03-2071 5401.


Rujukan





No comments:

Post a Comment