SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday, 3 January 2019

PEMBELIAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH


KELAYAKAN :

  1. Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi  dan setaraf;
  2. Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 53/54 dan setaraf;
  3. Pegawai-pegawai di Pejabat Anggota Pentadbiran;
  4. Juruiring/Pengiring Rapat/ Pengawal peribadi yang dikhaskan kepada Anggota Pentadbiran & pegawai lain yang layak disediakan dengan Juruiring/Pengiring Rapat/Pengawal Peribadi;
  5. Pemandu kereta Rasmi jawatan kepada kepada Anggota Pentadbiran & Pegawai Pengurusan Tertinggi gred Utama B/Khas A dan ke atas atau setaraf; dan
  6. Pegawai tertakluk kepada Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa oleh Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa ole Pegawai Pengawal iaitu: 
                   * pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 47 hingga 52 dan setaraf yang 
                      menyandang jawatan Ketua Bahagian/Seksyen/Unit di peringkat Ibu Pejabat dangan 
                      syarat tugas mereka perlu membuat panggilan rasmi serta-merta; dan

                   * pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas yang memegang 
                      jawatan Ketua Jabatan/Cawangan di Jabatan Persekutuan peringkat zon/negeri dengan 
                      syarat tugas mereka perlu membuat panggilan rasmi serta-merta.


KADAR KELAYAKAN PEMBELIAN ALAT TELEKOMUNIKASI DAN CAJ PANGGILAN:



PEGAWAI


KADAR
 (TERMASUK AKSESORI)


HAD CAJ BULANAN YANG DITANGGUNG OLEH KERAJAAN SEBULAN


Turus III dan ke atas/ setaraf serta Ketua Setiausaha Kementerian      
      
RM2,500
RM500

Gred Utama/ Khas ‘C’ hingga ‘A’ dan setaraf

RM2,000
RM350

Gred 53 dan 54

RM1,000
RM200

Gred 41 hingga 52

RM750
RM150

Juruiring/ Pengiring Rapat/ Pegawai Peribadi dan Pemandu Kereta Rasmi Jawatan 

RM375


RM50

Pegawai di Pejabat Anggota Pentadbiran

RM2,000


Pegawai di Pejabat Anggota Pentadbiran:

i) Turus III dan ke atas/  setaraf
ii) Gred Utama/ C hingga A dan setaraf
 iii)    Lain-lain gred untuk jawatan seperti
         di dalam
 tafsiran






RM500

RM350

RM200


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
  1.  Kemudahan diberi secara tuntutan bayaran balik tertakluk kepada had maksimum kelayakan   pegawai. 
  2.  Alat komunikasi adalah milik pegawai dan tidak perlu direkod dalam Daftar Harta Modal atau   Daftar Inventori;
  3. Pegawai bertanggungjawab sepenuhnya ke atas alat komunikasi mudah alih tersebut.
  4. Kementerian/ Jabatan tidak dibenarkan untuk membayar apa-apa caj yang berkaitan dengan perolehan/pembelian alat komunikasi mudah alih seperti bayaran pendahuluan, bayaran ansuran pembelian alat, caj tambahan bagi pakej alat komunikasi mudah alih bersekali dengan talian dan insurans memandangkan Kerajaan telah pun memberi bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih kepada pegawai.
  5. Sekiranya caj bulanan melebihi had maksimum, pegawai boleh memohon kelulusan daripada Ketua Jabatan supaya caj bulanan rasmi ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Pegawai perlu mengesahkan butir caj bulanan rasmi yang telah dilakukan melalui bil bulanan yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi. 


PERHATIAN!!!

Kelulusan ini dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan Pegawai; DAN
Permohonan baru layak dituntut selepas (2) dua tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya.


TATACARA PERMOHONAN ALAT KOMUNIKASI :
  1.    Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dengan;
  2.    Mengisi dan melengkapkan Borang yang dikehendaki seperti di Borang SAK(BK)  
       1/13a, Borang SAK(BK)1/13b atau Borang SAK(BK)1/13c;
  3.    Kemudian mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Cawangan      
       Khidmat Awam, Bahagian Sumber Manusia.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH PEMOHON

Pembelian alat komunikasi :
  1. Surat Iringan Ketua Jabatan;
  2. Borang SAK(BK)1/13a;
  3. Resit pembelian asal

Caj bulanan alat komunikasi:
  1. Surat Iringan Ketua Jabatan;
  2. Borang SAk(BK)1/13b;
  3. Bil bulanan

Caj bulanan pasca bayar @ nilai pra bayar:
  1. Surat Iringan Ketua Jabatan;
  2. Borang SAK(BK)1/13c

RUJUKAN
  1. Surat Arahan Kementerian Bilangan 1 Tahun 2013;
  2. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2012;
  3. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.2/2013

No comments:

Post a Comment