SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday 19 June 2014

SESI PERJUMPAAN KSU BERSAMA PPT

Pada 16 Jun 2014 yang lalu, satu sesi perjumpaan bersama Skim Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, N32 dan N36 telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan dan dihadiri lebih dari 180 pegawai dari seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, YBhg. Dato' KSU tidak dapat hadir dan diwakili oleh YBhg. Dato' Dr Rothiah binti Haji Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan).


Majlis Perjumpaan ini diteruskan dengan Sesi Dialog Bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MinDef dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana semua PPT berpeluang untuk mengajukan soalan, pandangan dan cetusan idea. Walau bagaimanapun, hanya Encik Wan Mazlan bin Wan Mat dari Bahagian Perkhidmatan, JPA yang hadir manakala tiada wakil dari Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA. Pelbagai isu dan pandangan telah dilemparkan bagi menambahbaik skim perkhidmatan ini di MinDef.



Sesi Perjumpaan ini diadakan selama 1 hari mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan diikuti slot Perkongsian Ilmu dari Bahagian Kewangan, Unit Integriti dan Cawangan Pengurusan Psikologi, BPSM. Syabas buat Urusetia CKA yang telah menyelaras program ini.