SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Sunday 27 October 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI



"Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan."


Ringkasan 

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan 'Gavali' yang bererti barisan.

Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Hari yang bermakna bagi penganut Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan keagamaan.

Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk memperingati datuk, nenek dan moyang yang telah meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan keluarga terdekat sahaja.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta mendapatkan restu ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil. Kemudian barulah mereka mula mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka juga diadakan untuk rakyat jelata.

"Kolam" asalnya dibuat daripada tepung beras yang tidak diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain kerana agama Hindu percaya bahawa Tuhan atau Atman wujud di dalam setiap ciptaan Tuhan di dunia ini. Maka, aspek mendalam ialah "kolam" merupakan cara termudah untuk memberi sedekah atau pun dilihat sebagai cara berkongsi sumber alam dengan benda hidup yang lain.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" atau juga dikenali sebagai "Rangoli" ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian, dan simbolik padanya. Ia merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu.


Sumber Rujukan

  1. Hari_Deepavali
  2. Perayaan Deepavali







Monday 21 October 2019

CUTI TANPA REKOD SEMPENA MENYAMBUT DEEPAVALI





"JPA.100-9/1/2 (57) bertarikh 18 Oktober 2019" 

 "Cuti ini diperuntukan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang beragama Hindu"


Kadar Cuti
  • Sehari iaitu pada hari berikutnya.

Syarat-syarat

  • Di Peruntukan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang beragama Hindu.
  • Terpakai bagi semua Negeri di Malaysia kecuali Sarawak, memandangkan Hari Deepavali bukan merupakan hari kelepasan am di negeri tersebut.
  • Peruntukan cuti adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja termasuk Cuti Tanpa Rekod dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya.
  • Hanya cuti kelepasan am yang jatuh pada hari kelepasan mingguan dibenarkan untuk dibawa pada hari berikutnya.
  • Hari Deepavali pada tahun ini (2019) jatuh pada hari Ahad, 27 Oktober 2019, maka Cuti Tanpa Rekod selama satu (1) hari kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu adalah pada hari Isnin, 28 Oktober 2019.
  • Bagi Negeri-negeri yang hari kelepasan mingguan adalah hari Ahad maka Cuti Tanpa Rekod Hari Deepavali adalah jatuh pada hari Isnin (28 Oktober 2019) iaitu pada hari yang sama dengan hari kelepasan am yang diganti.
  • Negeri-negeri yang hari kelepasan mingguan adalah hari Jumaat maka Cuti Tanpa Rekod Hari Deepavali adalah jatuh pada hari Isnin (28 Oktober 2019).