Tujuan Cuti Tanpa Gaji diberikan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
Kadar Cuti Tanpa Gaji
- 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan
- Had maksimum adalah 360 hari
Syarat-syarat Cuti Tanpa Gaji
- Syarat minimum layak memohon CTG : 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan.
- Telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakkan.
- Baki CTG boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum.
- Dicatatkan di dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
- CTG hanya boleh diambil semula selepas 4 tahun dari cuti yang dimohon pertama kali.
- Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.
- Pegawai tidak hadir bertugas selama satu (1) minggu secara berturut-turut, bermula dari hari Isnin dan melangkau hari Isnin berikutnya, pegawai tidak layak ke atas emolumen pada hari-hari pegawai tidak hadir bertugas termasuklah pada hari Sabtu, hari Ahad dan hari Cuti Umum yang terdapat dalam minggu tersebut (jika ada); atau
- Pegawai tidak hadir betugas satu (1) hari atau ketidakhadiran pegawai tidak secara berturut-turut dalam minggu yang berkenaan, pegawai layak ke atas emolumen pada hari Sabtu, hari Ahad dan hari Cuti Umum yang terdapat dalam minggu tersebut (jika ada).
No comments:
Post a Comment