SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Tuesday 12 February 2019

CONTRACT OF SERVICES


"Contract Of Service (COS) mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000."

Kaedah Pembayaran 
  • Terbahagi kepada dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu :
  • Peruntukan OS11000 - Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada pihak berkuasa melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA. 
  • Peruntukan OS29000 - Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walau bagaimanapun lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam perkhidmatan awam. Sebarang pewujudan di awah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan. 
Penambahbaikkan Kemudahan dan Faedah Pegawai Kontrak

  • Pegawai yang telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang empat (4) tahun boleh diluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak lebih 40 hari sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan. Bagi pesara yang dilantik kontrak, syarat tempoh perkhidmatan empat (4) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara.
  • Pegawai lantikan secara kontrak yang tidak layak kemudahan Cuti Haji bergaji penuh boleh dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 40 hari untuk tujuan mengerjakan haji dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Cuti Tanpa Gaji atas sebab yang lain tidak dibenarkan.
  • Kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tiga (3) hari berturut-turut bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat iaitu :
  • Suami/ isteri
  • Anak kandung 
  •  Anak Angkat yang sah di sisi undang-undang
  • Anak Angkat De Facto
  • Anak pelihara
  • Ibu kandung atau ibu angkat
  • Bapa kandung atau bapa angkat
  • Seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua 
  • Cuti Tanpa Rekod hendaklah : 
  • Bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat (5.30 petang); dan
  • Meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am 
  • Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut :
  • Selama tujuh (7) hari Cuti Tanpa Rekod
  • Cuti Tanpa Rekod bermula pada tarikh isteri bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat (5.30 petang); dan
  • Dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan 
  • Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan adalah 15 hari atau ½ daripada kadar cuti rehat yang berkelayakan pada tahun berkenaan, mana yang lebih rendah, terhad kepada maksimum 75 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kontrak dengan Kerajaan.
  • Kelayakan pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tidak tertakluk kepada tempoh kontrak satu (1) tahun.
  • Cuti Rehat yang dikumpul bagi GCR hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun / tamat tempoh kontrak dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B.
  • Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi Pesara :  



Rujukan


1 comment:

  1. ASSALAM, KALAU KONTRAK 29000 ADA HARAPAN UNTUK DISERAP KE TETAP TAK?

    ReplyDelete