SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Monday 14 January 2019

PELAKSANAAN KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS ATAS URUSAN PERSENDIRIAN BAGI PEGAWAI AWAM KE LUAR NEGARA



Merujuk kepada surat bilangan JPA(S)187/20 JLD.16 (41) 
bertarikh 17 Ogos 2018

  Untuk makluman, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat edaran yang menyatakan bahawa Kerajaan telah bersetuju menyediakan kemudahan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara / negara ketiga atas urusan persendirian melalui Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2015 (PP 6/2015).
           
   Sehubungan dengan itu, Kerajaan hanya menanggung kemudahan perlindungan insurans kesihatan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar. Bagi lawatan persendirian yang lain dalam tahun kalendar yang sama, perlindungan insurans kesihatan tidak ditanggung oleh Kerajaan. Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan pegawai Perkhidmatan Awam diwajibkan mengambil perlindungan insurans kesihatan atas tanggungan sendiri sebelum boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian.

 Sebagai langkah penambahbaikan, Jabatan/Bahagian/Unit/Markas/Briged/Pangkalan adalah dipohon untuk memenuhi keperluan perlindungan insurans tersebut sebelum memajukan permohonan keluar negara melalui sistem eKemudahan.mod.gov.my

  Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai perkara ini, boleh dikemukakan melalui email cka.bpsm@mod.gov.my atau terus berhubung dengan urusetia ekemudahan ditalian 03-2071 5401.

No comments:

Post a Comment