SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday 25 June 2020

RAYA KLASIK CAWANGAN KHIDMAT AWAM 2020


Ucapan Aluan Pembuka Majlis oleh 
Ketua Penolong Setiausaha
Cawangan Khidmat Awam
Encik Mohd Hamidy Mohd Saleh


Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
Oleh Warga Cawangan Khidmat Awam





Fasilitator 
Acara-acara
bagi Warga Cawangan Khidmat Awam



Berlangsungnya Acara Lontar Pundi 
pada 10 Jun 2020









Pertandingan Chong Akak
yang berlangsung pada 11 Jun 2020
diantara Wakil-wakil Sel 




Antara Peserta-peserta





Penentuan Juara dan Naib Juara 
Pertandingan Chong Akak
Juara : Puan Nor Siti Hawa Mohd Norsaii
Naib Juara : Cik Puan Armi binti Sau'di



Pertandingan Acara Panahan Santau
yang berlangsung pada 10 Jun 2020








Majlis Penutup 
Di sertakan dengan Kejutan Video Ucapan daripada 
Keluarga-Keluarga Warga CKA yang jauh dimata, dimana 
Warga CKA yang tidak dapat Pulang Ke kampung Halaman


Antara Warga CKA 
yang mendapat Kejutan Video Ucapan Raya
dari pihak keluarga mereka yang jauh di kampung halaman.






"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
"Maaf Zahir dan Batin"
daripada kami 
Warga Cawangan Khidmat Awam 
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


Sunday 24 May 2020

SELAMAT MENYAMBUT ADILFITRI


Bulan Ramadhan menyucikan jiwa,
Kini Syawal menjelma tiba,
Tangan dihulur mohon ampun jua,
Selamat Hari Raya yang Mulia.
                                             -Sy-Ck@-
                                                                  -Stay Healthy, Stay Safe, Against Covid-19-


Tuesday 19 May 2020

APLIKASI MY SEJAHTERA DIBANGUNKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA BAGI MEMBANTU PENULARAN WABAK COVID-19

 Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk :
  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19;
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti  COVID-19; dan
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.



Rujuk :



Friday 15 May 2020

SEND OFF MANTAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERKHIDMATAN) KEMENTERIAN PERTAHANAN


SELAMAT BERSARA 
YBRS. DR. KARMINDER SINGH DHILLON
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERKHIDMATAN)
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
APRIL 2020

YBrs. Dr. Karminder Singh Dhillon
Bersama
Setiausaha Pejabat
Puan Azanorehan binti Borhan



YBrs. Dr. Karminder Singh Dhillon
Bersama
Pegawai dari Cawangan Khidmat Awam
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
yang terdiri daripada

Puan Wan Nor Hazlina binti Wan Abdul Ghani
Timbalan Setiausaha Bahagian (Perkhidmatan)

Encik Mohd Hamidy Mohd Saleh
Ketua Penolong Setiausaha
Cawangan Khidmat Awam

dan Pegawai CKA yang lain.




Turut serta bergambar pada hari terakhir YBrs. Dr. Karminder Singh Dhillon adalah Pegawai-pegawai di Bahagian Kementerian Pertahanan Malaysia


Monday 4 May 2020

PERUTUSAN PERDANA MENTERI 01 MEI 2020 (PKPB) DAN SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI



Kini, kita telah bersedia untuk memulakan pendekatan ketiga, iaitu membuka semua aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati. Dengan ini, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan. Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi.




May 1,2020
  1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.
  2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.
  3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dan dalma persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang diluar kawalan.
  4. Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara.
  5. Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, sila rujuk kepada Senarai Aktiviti Yang Dilarang yang telah disediakan. Melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini. Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab, mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk memulakan semula operasi.
  6. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kejersama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasaan akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalma usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.
Dipetik daripada dokumen pengenalan "SOP Pembukaan Semula Ekonomi" yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)



Friday 24 April 2020

PENANGGUHAN PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA 2020 (DSA 2020) DAN NATIONAL SECURITY ASIA 2020 (NATSEC ASIA 2020)

PENANGGUHAN PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA 2020 (DSA 2020) 
DAN NATIONAL SECURITY ASIA (NATSEC ASIA 2020)

Dengan segala hormat dan takzimnya saya mendoakan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/  Puan dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

2.      Susulan kesan penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan, dukacita dimaklumkan bahawa Pameran DSA 2020 dan NATSEC ASIA 2020 yang dijadualkan pada April 2020 telah ditangguhkan. Keputusan penangguhan ini dibuat oleh Kementerian Pertahanan setelah mengambil kira kepentingan kesihatan dan keselamatan delegasi, pempamer serta semua jemputan.

3.      Justeru itu, saya mewakili pihak penganjur memohon maaf atas keputusan yang tidak dapat dielakkan ini. Segala kesulitan yang dihadapi akibat dari penangguhan ini adalah amat dikesali. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/  Puan atas sokongan yang diberikan terhadap Pameran DSA dan NATSEC ASIA selama ini.

Sekian.


-Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas-


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 12 MEI 2020

PKP Fasa 4

Teks Perutusan  Khas Perdana Menteri

YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA

23 APRIL 2020


Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Berdasarkan data-data yang dibentangkan kepada saya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, saya dapati bahawa usaha-usaha untuk membendung wabak COVID 19 masih perlu diteruskan. Walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke suatu masa kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.

Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.


SALAM RAMADHAN 2020




 ~Semoga Ramadhan 2020 ini dikurniakan keampunan, barakah dan kesejahteraan serta memberikan sinar dan kebahagian yang berpanjangan untuk kita semua~


Sunday 12 April 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 28 APRIL 2020

PKP Fasa 3

Berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020. Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.



Wednesday 8 April 2020

LANGKAH TAMBAHAN BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT(PRIHATIN)


TEKS UCAPAN 
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA

LANGKAH TAMBAHAN BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

(Sila klik link di atas untuk Keseluruhan Teks Ucapan YAB Perdana Menteri)

Maklumat tambahan mengenai PRE PRIHATIN seperti berikut :
Sumber Rujukan : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Antara isi Kandungan Teks Ucapan YAB Perdana Menteri ialah :


Hasil daripada semua usaha tersebut, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakayat atau "PRIHATIN TAMBAHAN". Pakej tambahan berjumlah RM10 billion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.

Langkah-langkah tambahan yang diambil ialah:


  • Pertama, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
- Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 oranga pekerja.
- Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
- Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
-  Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
-  Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
  • Kedua, mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakkan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanafaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini. Kerajaan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 
Selain itu, Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank. Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka.

Disamping meringankan beban kewangan PKS, Kerajaan juga akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua bantuan yang telah diumumkan. Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah :

  • Pertama, memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%. Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan. Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan labih ramai peniaga menikmati kemudahan ini.
  • Kedua, mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti MARA, PETRONAS, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS.
  • Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan menguruangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagu bulan April 2020 hingga Jun 2020.Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.
  • Ketiga, membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020. Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah.

Wednesday 1 April 2020

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (PRE) PRIHATIN @ BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)



Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin telah dibentangkan oleh 
YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.


Antara Maklumat yang perlu Anda tahu mengenai PRE

  1. Prihatin matlamat-1- Lindungi Rakyat
  2. Prihatin matlamat-2- Sokongan Perniagaan
  3. Prihatin matlamat-3- Perkukuh Ekonomi
  4. Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia- Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  5. Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional

Pembayaran BPN dan Kriteria Kelayakkan

Maklumat lanjut boleh rujuk Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia dan Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional para (4 & 5 ) seperti di atas.


Sila Klik pada Gambar Untuk Paparan lebih Jelas

Dikategori manakah ANDA?



Sila Klik pada Gambar Untuk Paparan lebih Jelas



Sila Klik pada Gambar Untuk Paparan lebih Jelas