"Tujuan Cuti diberikan adalah untuk memberikan kebenaran pegawai untuk tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan am."Kadar Cuti
- Tempoh berlakunya kecemasan am : Jam / Hari
Syarat-syarat
- Kecemasan am : Banjir, Tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, malapetaka-malapetaka lain, bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa.
- Terhalang perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
- Pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu oleh Pegawai Daerah atau Penghulu, Ketua Balai Polis, Pegawai Penerangan Daerah, Pegawai Kebajikan Daerah atau melalui siaran media massa.
Contoh Situasi Yang Membenarkan
"Contoh situasi terhalangnya perjalanan ke pejabat (banjir) mengikut lokasi sama ada banjir di rumah kediaman atau tempat lokasi sama ada banjir di rumah kediaman atau tempat pegawai berkhidmat"
- Sekiranya rumah kediaman dan juga tempat pegawai berkhidmat mengalami banjir pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
- Sekiranya rumah kediaman pegawai tidak mengalami banjir tetapi tempat pegawai berkhidmat mengalami banjir pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
- Sekiranya rumah kediaman pegawai banjir tetapi tempat pegawai berkhidmat tidak mengalami banjir pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.
- Sekiranya rumah kediaman dan tempat pegawai berkhidmat tidak mengalami banjir (tetapi pegawai dalam tempoh cuti rehat di lokasi kawasan banjir) pegawai layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa bermula pada tarikh selepas tamatnya Cuti Rehat yang telah diluluskan.
- Sekiranya rumah kediaman dan tempat pegawai berkhidmat tidak mengalami banjir (Tetapi pegawai bertugas luar pejabat di lokasi banjir yang menyebabkan pegawai terus berada di tempat tersebut) pegawai tidak layak kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab musabab kecemasan am kerana pegawai dianggap seolah-olah masih menjalankan tugas rasmi.
Rujukan
- Panduan Dalaman Bahagian Sumber Emel 06.01.2015
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1986
BAGIMANA KES..PEG/STAFF TIDAK HADIR BEKERJA DENGAN MAJUKAN SIJIL PERUBATAN KELINIK AWAM ATAU KERAJAAN (DIPERCAYAI INGIN TERUS BERCUTI PANJANG - CTH HARI DEPAVALI KHAMIS DAN INTERVAL HARI JUMAAT - SABTU AHAD PUBLIC HOLIDAY) ). INTERVAL TU (JUMAAT) BELIAU MAJUKAN MC DARI KELINIK AWAM/KEREJAAN ?...
ReplyDelete