SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Wednesday 9 January 2019

CUTI REHAT


Takrifan Cuti 

" cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan* dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember "

* Kadar CR perlu diselaraskan apabila ada perkhidmatan yang tidak melayakkan

Dasar Cuti Rehat

Cuti rehat boleh diambil pada tiap-tiap tahun untuk tujuak kecekapan dan kepentingan pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh jadual giliran bercuti bagi pegawai di bawah jagaannya.

* Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai Cuti Rehat dalam tempoh seseorang itu cuti rehat


Syarat Kelayakan Cuti Rehat

  • Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan (dikira ke setengah hari berhampiran).
  • Boleh diambil pada bila-bila masa dalam sesuatu tahun.
  • Diluluskan oleh Ketua Jabatan.
  • Baki Cuti Rehat tahun pertama boleh dibawa sehingga ke tahun ketiga :
  • Tahun Pertama - 2006
  • Tahun Kedua   - 2007
  • Tahun Ketiga   - 2008
  • Baki CR tahun 2006 boleh dibawa sehingga tahun 2008, luput jika tidak digunakan pada akhir 2008

Kadar Kelayakkan Cuti Rehat Tahunan (PP 11/2015) mulai 1 Januari 2016



Peraturan Cuti Rehat

  • Naik tangga-gaji/ lebih 10 tahun khidmat mengubah kelayakan kemudahan cuti.
  • Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai cuti rehat.
  • Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan : PEMBERIAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR).
  • PP 18/2008  : Maksimum 150 hari GCR
  • PP 7/2003    : CR tahun semasa sahaja. 
  • PP 7/2003    : ½ daripada kelayakan CR tahun semasa atau maksimum 15 hari dalam setahun (mengikut mana yang kurang).
  • SPP 2/2017 : Kebenaran Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai Cuti Rehat pada tahun Persaraan (tempoh 12 bulan sebelum tarikh persaraan).

Pengiraan Kelayakan Cuti Rehat







Cuti Rehat Pegawai Kontrak

  • Mengikut Perintah Am 3 (b) Bab C - Pegawai kontrak berkelayakan mendapat cuti mengikut syarat-syarat dalam kontrak. Jika tidak dinyatakan, pegawai kontrak boleh diberi cuti atas dasar yang sama dengan pegawai yang setaraf mengikut Kelas yang berkenaan.
  • Mengikut Pekeliling Perkhidmatan 2/2008 (Contract of service) - Mengikut kelayakan pegawai tetap yang setaraf yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun.
  • Bagi tempoh kontrak yang kurang daripada setahun, kelayakan cuti ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu sahaja, dikira ke setengah hari yang berhampiran.
  • Baki cuti yang tidak diambil akan luput apabila sesuatu tempoh kontrak pegawai yang berkuatkuasa tamat.
  • Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan 2/2016 - Kadar kelayakan Cuti rehat tahunan bagi pesara Kerajaan yang dilantik secara kontrak adalah berdasarkan kadar kelayakan sehari sebelum bersara.

Penentuan Kelayakan Cuti Rehat

  • Terbahagi kepada 7 iaitu : 
  • Peletakan Jawatan
  • Pelepasan Jawatan
  • Pertukaran Pelantikan
  • Pertukaran Tetap
  • Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
  • Pertukaran Perkhidmatan
  • Pertukaran Sementara 






Rujukan
  1. Perintah Am (P.A) 1 (ii) Bab C
  2. Perintah Am (P.A) 2 (a) Bab C
  3. Perintah Am 3 (B) Bab C
  4. Perintah Am 7 Bab C
  5. Perintah Am 8 (B), (C) Bab C
  6. Perintah Am 9 (A), (C) Bab C
  7. Perintah Am 11 (A), (C) Bab C
  8. Pindaan melalui Pekeliling Perkhidmatan 9/1991
  9. Pekeliling Perkhidmatan 2/1980
  10. Pekeliling Perkhidmatan 9/1980
  11. Pekeliling Perkhidmatan 7/2003
  12. Pekeliling Perkhidmatan 2/2008
  13. Pekeliling Perkhidmatan 18/2008
  14. Pekeliling Perkhidmatan 23/2009
  15. Pekeliling Perkhidmatan 11/2015
  16. Surat Pekeliling Perkhidmatan 2/2016
  17. Surat Pekeliling Perkhidmatan 2/2017

2 comments:

  1. Lantikan 2.11.2009..
    Jawatan : Pembantu Tadbir N19
    Bila kah pegawai layak menikmati cuti 25 hari?

    ReplyDelete
  2. Hello
    Nak tumpang tanya
    Kalau penjawat am yang Ingin meletakkan jawatan di kerajaan, bolehkah CR dari tahun sebelum digunakan pada tempoh 30 hari notis peletakkan jawatan diberikan

    ReplyDelete