SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Wednesday 13 February 2019

CONTRACT FOR SERVICES



"Contract For Service (CFS) merupakan kontrak pembelian perkhidmatan daripada seseorang dan bukan kontrak mengambil seseorang bekerja. Oleh itu, individu yang diberikan kerja berkenaan tidak berstatus pegawai awam sebaliknya dianggap sebagai independent contractor yang menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh Kerajaan."

"Contract For Service (CFS) tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan Contract For Services dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu."

Definisi
  • Bayaran Perkhidmatan bermaksud bayaran kepada individu yang memberi perkhidmatan secara contract for service. Bayaran perkhidmatan ini tidak boleh disamakan dengan gaji yang diterima oleh pegawai awam;
  • Contract For Service bermaksud kontrak membeli perkhidmatan daripada individu dengan bayaran yang dipersetujui bagi skop kerja yang ditetapkan dalam tempoh yang ditentukan;
  • Gaji akhir bermaksud gaji pokok terakhir yang diterima oleh pegawai semasa berkhidmat dengan Kerajaan; dan
  • Pakar bermaksud seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran tertentu yang diiktiraf oleh badan profesional dari dalam atau luar negara atau organisasi antarabangsa ataupun tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan masyarakat. Pakar hendaklah dikalangan mereka yang mempunyai kelayakan akademik peringkat Sarjana Muda dan ke atas.
Dasar Pelantikan
  • Pelantikan contract for service hanya dibenarkan sebagai satu langkah jangka pendek bagi mendapatkan tenaga pakar atau mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Sekiranya keperluan adalah untuk jangka masa panjang, pelantikan hendaklah dibuat secara tetap atau contract of service.
Tempoh Kontrak

  • Tempoh perkhidmatan contract for service adalah maksimum dua (2) tahun bagi setiap kontrak.

Bayaran Perkhidmatan

  • Bayaran perkhidmatan untuk lantikan contract for service adalah dalam bentuk pukal dan tidak dipecahkan kepada komponen gaji dan elaun seperti mana yang dilakukan ke atas anggota Perkhidmatan Awam.

Elaun-elaun dan 
Lain-lain Kemudahan 
  • Akan dibayar elaun dan lain-lain kemudahan yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam ikatan perjanjian kontrak dengan Kementerian Kewangan.

Cuti

  • Pegawai adalah layak mendapat cuti rehat sebanyak 15 hari setahun bagi Pegawai Pakar atau yang setaraf dengan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 12 hari bagi bukan pakar untuk tempoh perkhidmatan kontrak ini. Cuti tambahan yang diambil melebihi kelayakan boleh dipertimbangkan tetapi bayaran perkhidmatan tidak dibayar untuk hari cuti berkenaaan.
  • Kemudahan cuti sakit jika diperlukan (Sijil Cuti Sakit disertakan) diberi sebanyak 10 hari setahun. Sekiranya cuti sakit diambil melebihi 10 hari, pegawai dibenar menggunakan cuti rehatnya. Walau bagaimanapun, cuti sakit yang diambil setelah kelayakkan cuti sakit dan cuti rehat digunakan sepenuhnya, maka bayaran perkhidmatan tidak dibayar untuk hari cuti berkenaan.

Ganjaran

  • Mencarum kepada KWSP - Tidak diwajibkan untuk mencarum kepada KWSP

Penamatan Kontrak
  • Kontrak perkhidmatan boleh dipendek atau ditamatkan oleh Kementerian/ Jabatan sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan atau atas sebab lain yang difikirkan wajar oleh Ketua Jabatan atau oleh individu itu sendiri. Penamatan kontrak hendaklah mengikut peruntukan dalam perjanjian.
Hal-hal lain
  • Individu yang memberi perkhidmatan secara contract for service tidak layak mendapat Imbuhan Tahunan, Bantuan Sara Hidup, Bayaran Lebih Masa, Kereta Rasmi Jawatan dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja.

Rujukan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Syarat-syarat Pelantikan secara Contract For Service
  • KK/BP/DS(S)10/173/265/465 Jld.1 (s.k. 1/2009)





Tuesday 12 February 2019

CONTRACT OF SERVICES


"Contract Of Service (COS) mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000."

Kaedah Pembayaran 
  • Terbahagi kepada dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu :
  • Peruntukan OS11000 - Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada pihak berkuasa melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA. 
  • Peruntukan OS29000 - Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walau bagaimanapun lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam perkhidmatan awam. Sebarang pewujudan di awah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan. 
Penambahbaikkan Kemudahan dan Faedah Pegawai Kontrak

  • Pegawai yang telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang empat (4) tahun boleh diluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak lebih 40 hari sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan. Bagi pesara yang dilantik kontrak, syarat tempoh perkhidmatan empat (4) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara.
  • Pegawai lantikan secara kontrak yang tidak layak kemudahan Cuti Haji bergaji penuh boleh dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 40 hari untuk tujuan mengerjakan haji dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Cuti Tanpa Gaji atas sebab yang lain tidak dibenarkan.
  • Kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tiga (3) hari berturut-turut bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat iaitu :
  • Suami/ isteri
  • Anak kandung 
  •  Anak Angkat yang sah di sisi undang-undang
  • Anak Angkat De Facto
  • Anak pelihara
  • Ibu kandung atau ibu angkat
  • Bapa kandung atau bapa angkat
  • Seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua 
  • Cuti Tanpa Rekod hendaklah : 
  • Bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat (5.30 petang); dan
  • Meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am 
  • Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut :
  • Selama tujuh (7) hari Cuti Tanpa Rekod
  • Cuti Tanpa Rekod bermula pada tarikh isteri bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat (5.30 petang); dan
  • Dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan 
  • Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan adalah 15 hari atau ½ daripada kadar cuti rehat yang berkelayakan pada tahun berkenaan, mana yang lebih rendah, terhad kepada maksimum 75 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kontrak dengan Kerajaan.
  • Kelayakan pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tidak tertakluk kepada tempoh kontrak satu (1) tahun.
  • Cuti Rehat yang dikumpul bagi GCR hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun / tamat tempoh kontrak dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B.
  • Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi Pesara :  



Rujukan