SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Wednesday 16 January 2019

CUTI SAKIT



" Diberikan kepada pegawai yang telah disahkan sebagai tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan supaya pegawai boleh berehat di rumah atau hospital untuk memulihkan kesihatannya."

Kadar Tempoh

  • 90 hari pertaman diluluskan oleh Ketua Jabatan.
  • 90 hari tambahan diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
  • Kedua -duanya apabila ditambah menjadi 180 hari dalam sesuatu tahun kalender

Syarat-syarat 

  • Pegawai disahkan tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan/ Lembaga Perubatan/ Panel Doktor.
  • Pengesahan dibuat di atas sijil sakit.
  • Mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan/ Ketua Setiausaha untuk kelulusan.
  • Semua Cuti Sakit hendaklah dihabiskan di hospital @ rumah pegawai.


Takrifan

"Sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan."

Perintah Am 6 (A) Bab F
"Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan tidak dapat hadir di pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai perubatan atau Panel Doktor dan menghantarkan Sijil tersebut kepada Ketua Jabatannya dengan seberapa segera yang boleh."
Apabila diterima permohonan-permohonan daripada mana-mana Ketua Jabatan atau Kuasa-kuasa tertentu seperti dalam Perintah-perintah Am Bab C atau Perintah Am 7 dalam bab ini supaya diperiksa kesihatan seseorang pegawai oleh sebuah Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan yang difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli-ahli Lembaga tersebut. Lazimnya, sesebuah Lembaga hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua (2) orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka, di mana boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut. Dalam keadaan-keadaan teristimewa dan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang memohon, Ktua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik seorang doktor prevent yang difikirkannnya sesuai sebagai ahli Lembaga Perubatan.

Apabila diterima permohonan-permohonan daripada mana-mana Ketua Jabatan atau Kuasa-kuasa Tertentu seperti dalam Perintah-perintah Am Bab C atau Perintah Am 7 dalam bab ini supaya diperiksa kesihatan seseorang pegawai oleh sebuah Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Periubatan Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan yang difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli-ahli Lembaga tersebut. Lazimnya,sesebuah Lembaga hendaklah mengandungi tidka kurang daripada dua (2) orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka, di mana boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut. Dalam Keadaan-keadaan teristimewa dan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang memohon, Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik seorang dokyor prevent yang difikirkannya sesuai sebagai ahli Lembaga Perubatan.


Takrif Panel Doktor
"Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevent yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh Seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan. (P.A 1(v) Bab F)
Takrif Doktor Prevent 
"Doktor prevent bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. (P.A 1 (i) Bab F)

Sijil Sakit Swasta

  • Sijil sakit swasta diberikan tidak melebihi 15 hari sebagai pesakit luar dalam sesuatu tahun kalender.
  • Manakala Sijil sakit swasta sebagai pesakit dalaman diberikan tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalender.
  • Sijil sakit selepas keluar wad perlu mendapatkan sokongan pegawai perubatan kerajaan jika jumlah sijil sakit swasta pegawai melebihi 15 hari. (JPA/43/9/27 Klt 3 (23) bertarikh 01 April 2008).
  • Kad rawatan/rekod rawatan tidak boleh digunakan untuk menggantikan sijil sakit, pegawai perlu mengemukakan sijil sakit. (Perintah Am (P.A) 17 (a) Bab C, SPP 5/1985, PP2/2006.


Sijil Sakit Swasta Oleh Hospital / Klinik di Singapura
  • Pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar negara boleh diberi Cuti Sakit dengan syarat pegawai itu dimasukkan ke hospital dan permohonannya disokong oleh sijil sakit dari seorang Pegawai Perubatan Kerajaan negara berkenaan.
  • Ketua Jabatan boleh menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik/hospital di Singapura bagi tujuan meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • Pegawai telah mendapat kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan. 
  • Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 2006
  • Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90 hari dalam sesuatu tahun kalendar dan 
  • Bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas. 

Rujukan



No comments:

Post a Comment