"Cuti ini adalah menghalang berlakunya wabak penyakit daripada merebak."Kadar Cuti
- Adalah sepanjang tempoh penahanan (Bergaji Penuh)
- Jika pegawai sakit, dikira sebagai Cuti Sakit.
Syarat-syarat
- Pegawai dalam perjalanan balik ke Malaysia ditahan di stesen kerantina kerana berlaku wabak penyakit merebak;
- Pegawai dikurung dirumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit
merebak di rumahnya; - Pegawai yang disyaki atau didapati menghidap penyakit merebak tetapi tidak melibatkan
kuarantin diberi Cuti Sakit Bergaji Penuh.
Keadaan Kerantina
- Kuarantin atas alamat rumah pegawai - Tujuan pembasmian kuman dan penutupan premis(tidak layak Cuti Kerantina)
- Kuarantin atas nama pegawai - Layak diberi Cuti Kerantina
- Kuarantin atas nama pegawai - Tidak layak diberi Cuti Kerantina
- Kuarantin anak bersama ibu/ bapanya - Perintah Kuarantin atas nama pegawai yangdikerantinkan.
* Kelulusan Cuti Kerantina tidak boleh diberi di mana arahan kerantina adalah atas anak pegawai atau ahli keluarga yang lain.
* Penjawat awam yang perlu mengasingkan diri di rumah bagi tujuan mengurangkan penularan penyakit boleh mendapatkan cuti sakit daripada pengamal perubatan jika mereka memerlukannya bagi tujuan berehat di rumah dan memilih tidak mengambil Cuti Rehat. (Surat Arahan KPK bertarikh 11 September 2009 semasa wabak H1N1).
Kemudahan Cuti Kerantina Hanya Layak Diberi Bagi Keadaan Berikut :
- Perintah Kuarantin dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa berdasarkan Seksyen 14 Akta 342.
- Perintah kuarantin mengarahkan pegawai berada di stesen kuarantin yang diwartakan oleh Menteri Kesihatan sehingga tamat tempoh kuarantin.
- Perintah kuarantin hanya terpakai kepada pegawai yang diarahkan oleh pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta 342 melalui perintah kuarantin.
Rujukan
- Perintah Am 24 Bab C
- KKM/171/BKP/09/41/0610(5) bertarikh 19 Jun 2013
- http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/perintah/BabC/babCMs08.html
No comments:
Post a Comment