SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Friday, 24 April 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 12 MEI 2020

PKP Fasa 4

Teks Perutusan  Khas Perdana Menteri

YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA

23 APRIL 2020


Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Berdasarkan data-data yang dibentangkan kepada saya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, saya dapati bahawa usaha-usaha untuk membendung wabak COVID 19 masih perlu diteruskan. Walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke suatu masa kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.

Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.


No comments:

Post a Comment