"Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di agensi Kerajaan Persekutuan Bermula 1 Ogos 2019"
Pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara.
Tarikh Kuat Kuasa
- Bermula 1 Ogos 2019
Pelaksanaan di Kementerian/ Jabatan
- Dengan pelaksanaan WBF ini, waktu pejabat adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 40.30 petang.
- Hari dan tempoh waktu bekerja sehari adalah seperti di Jadual 1 berikut :
Hari dan Tempoh Waktu Bekerja
Selaras dengan pelaksanaan ini, maka WBF mengikut negeri adalah seperti berikut:
WBF Bulan Ramadhan
- Selaras denganpelaksanaan WBF ini, Kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadhan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal.
- Pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat sebanyak 30 minit berdasarkan WBF bulan Ramadhan seperti di Jadual 4 atau Jadual 5 di bawah, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan :
Syarat-syarat atau Garis Panduan
- WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB di semua kementerian/jabatan/agensi di seluruh negara;
- Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Walau bagaimanapun bagi perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut;
- WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan ketetapan di Jadual 1 di atas. Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi boleh menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang;
- Pegawai yang diarahkan menjalankan kerja lebih masa, bayaran lebih masa boleh dibayar tertakluk kepada peraturan semasa berkaitan Bayaran Lebih Masa;
- Pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar stesen dan kembali ke pejabat pada hari selesainya tugas rasmi tersebut, pegawai boleh pulang dari pejabatnya pada pukul 4.30 petang;
- Sekiranya pegawai dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar pejabat (dalam stesen), pegawai boleh pulang dari pejabatnya mengikut ketetapan berikut:
- Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk mengikut waktu masuk WBF, pegawai boleh pulang mengikut waktu pulang WBF dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari;
- Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk, pegawai boleh pulang berdasarkan waktu tugasan rasmi bermula seperti berikut:
- Jika tugasan rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 4.30 petang;
- Jika tugasan rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah antara pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari; atau
- Jika tugasan rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 6.00 petang.
7. Pelaksanaan peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja menurut Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 dan Surat Edaran JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2009, adalah dilaksanakan seperti berikut:
- Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan bermula mengikut tempoh pelepasan yang dimohon oleh pegawai; atau
- Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan dikira bermula pukul 9.01 pagi.
8. Pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 adalah terpakai dalam pelaksanaan WBF ini.
Tanggungjawab Ketua Jabatan
- WBF hendaklah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Bagi waktu bekerja selain daripada WBF, waktu bekerja adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan.
- Ketua Jabatan, atas kepentingan perkhidmatan boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk hadir ke pejabat pada masa yang dikehendaki dalam tempoh waktu masuk.
- Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memantau waktu bekerja pegawai dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai di kementerian/jabatan/agensi masing-masing.
- Pada bulan Ramadan, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan pegawai mengisi borang seperti di Lampiran A untuk memilih tempoh waktu rehat yang bersesuaian dengan keperluan WBF pegawai;
- Kementerian/jabatan/agensi yang mempunyai perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkhidmatan kaunter tersebut tidak terjejas dengan pelaksanaan WBF.
- Perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan boleh membuat penyesuaian kepada waktu rehat pegawai dengan syarat masa rehat pegawai diganti pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment