Dengan
segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam no. rujukan JPA.SARAAN (S) 256/6/31 JLD. 6 (2) 17 Mac 2020 adalah berkaitan.
2. Merujuk kepada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020
mengenai COVID-19, semua pegawai adalah diarah untuk bekerja dari rumah.
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting
(essential services) di Kementerian/Jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bertugas di pejabat.
3. Bagi pegawai yang di arahkan untuk bekerja dari rumah, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi :
a) sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat/bekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan;
b) sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain; dan
c) memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.
4. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di para 3 melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Pegawai adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U (A) 395/1993)
No comments:
Post a Comment