Pada 5 Mac 2018, seramai 79 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 telah melapor diri ke Kementerian Pertahanan. Sesi lapor diri kali ini turut melibatkan seramai 10 orang pegawai dari Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai oleh Puan Hani Nazuha binti Kamaludin.
|
Ikrar 'Aku Janji' |
|
semua lantikan baharu berjanji untuk taat dan setia |
|
Amanat SUB BPSM pada 5 MAc 2018 |
Sepanjang urusan lapor diri berkenaan, beberapa siri taklimat telah diadakan termasuklah :
- Amanat SUB BPSM oleh Encik Mazlan bin Abd Mutalib;
- Taklimat ringkas oleh JPA disampaikan oleh Puan Hani Nazuha binti Kamaludin;
- Pengenalan Lapor Diri dan Urusan Cuti oleh Cik Siti Nazurah binti Sahadun; dan
- Taklimat eKemudahan, ePertukaran, Kemudahan Perubatan dan Pengurusan Buku Perkhidmatan oleh Puan Nor Siti Hawa binti Mohd Norsaii.
Sesi penyampaian Surat Arahan Penempatan telah disampaikan oleh Cik Siti Nazurah binti Sahadun, Penolong Setiausaha Sel KA2 dan diiringi oleh Encik Rizal Azwandy bin Hassan, Penolong Setiausaha Sel KA4 dan Puan Shamshida binti Sahedan, Penolong Setiausaha Sel KA5 pada 6 Mac 2018.
CKA mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pegawai-pegawai yang akan melapor diri ke Bahagian/ Jabatan/ Markas/ Briged dan Formasi di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment