Tanggal
14 Januari 2016, jam 4.30 petang, adalah detik yang dinanti-nantikan
oleh para peserta "The Biggest Loser Challenge" . Kini segalanya akan
terjawab bagi soalan Siapakah Pemenang "The Biggest Loser Challenge"
Cawangan Khidmat Awam? Di ruang legar Cawangan Khidmat Awam (CKA)
adalah dimana keputusan keseluruhan akan dipaparkan dan nama pemenang
akan di umumkan oleh pengelola program ini iaitu Encik Mohamad Syaiful
Naim bin Abd Sattar.
Menyingkap
kembali tercetusnya idea bagi program ini sewaktu di panteri, dimana
masing-masing menyatakan kebimbangan mengenai berat badan yang semakin
meningkat.Di ketika itulah munculnya idea dan semangat yang membawa
kepada Misi ini. Melalui pengelola dan kerjasama daripada warga CKA maka
keputusan diambil untuk mangadakan pertandingan ini pada ketetapan yang
telah dinyatakan dengan mengambil kira berat badan para peserta pada
hari pertama program ini dilaksanakan sebelum berat akhir di ambil kira
bagi proses penentuan pemenang.
Selama hampir tiga (3) bulan lebih para peserta mempamerkan semangat yang tinggi bagi menjayakan dan mendapatkan berat badan yang ideal atau kata lainnya berat badan yang di idam-idamkan. Program ini juga menunjukkan kesungguhan para peserta dalam memberikan saingan sihat antara satu sama lain. Pelbagai cara dan diet sihat yang dilakukan bagi memastikan berat badan dapat diturunkan dan inilah semangat warga CKA yang telah ditunjukkan dan sekaligus program ini juga telah mempereratkan lagi silaturahim di antara rakan sekerja.
Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengelola serta para peserta yang turut serta dalam menjayakan program budaya hidup sihat di Cawangan Khidmat Awam ini. Segala kerjasama dan budibaik tuan/puan dalam melancarkan dan menjayakan program ini amatlah dihargai.Dan Sekalung Tahniah kepada Encik Zaiham bin Hassim kerana telah muncul sebagai pemenang program ini sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,050.00.
Para Peserta
The Winner of Binggest Loser Challenge
Pengelola Program
Para Peserta Keputusan
No comments:
Post a Comment