ππ Assalamualaikum….. Hai semua.. Selamat sejahtera.. ππ
Okay guys sebelum tu, program ini bertujuan untuk membantu mereka yang terkesan serta terjejas kerana pandemic Covid-19. Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sejak setahun yang lalu. So, ramai sangat yang terkesan kan? Untuk itu, kami membuat inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka.
Sebenarnya program ini adalah kerjasama antara Cawangan Khidmat Awam, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan dengan Syarikat Cemerlang Hadapan Enterprise.
Apabila di gabungkan antara dua nama besar tersebut.
Maka terjadi lah nama program "CKA CARES"
Pihak kami sangat berbesar hati dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kami telah dikurniakan insan - insan yang pemurah dan sangat baik hati.
Anda semua memang awesome!!!!!!!!
Kami tak sangka kami dapat kumpul dana sebanyak ni, tak sampai seminggu pun, bermula dari 22 Jun 2021 sehingga 27 Jun 2021. Kami juga tak sangka masih ramai lagi orang yang baik hati untuk berkongsi rezeki. Serious anda memang terbaik!!!
Tapi kita hanya merancang..... ππ
Sepatutnya, kami nak ambil barang pada hari Jumaat (2 Julai 2021) dan nak agihkan pada hari Sabtu (3 Julai 2021) tapi...... PKPD lah pulakkkkk... π¨π¨
So...... terpaksa lah kami ubah masa dan tarikh sumbangan tu pada hari Jumaat (2 Julai 2021) itu juga sob sob sob πππ’
Berdesup, terus meeting adhoc online pada 1 Julai 2021. Bayangkan semua benda kami nak kena decide on the spot πππ. Alhamdulillah kami dapat kata sepakat macam yang kami rancang. Fuhhhhhhh berpeluh.... ππ
πππππππππππππππππππ
So hari yang kami tunggu - tunggu pun sampai..... YEAY!!!!!!..
Sebelum start, mulakan dengan bismillah... supaya langkah kita diberkati.ππ
Inilah ibu tiri kami... sibuk betul dia kan?? ππ Call supplier. Nak bagitahu yang kami dah sampai.
Barang pun dah ready.. so?? apa lagi angkat lah... |
Loading barang dulu masuk lori... |
| ππ | |
Yeay!! dah siap. Ni lah korang punya sumbangan.. ππ |
Ini lah sebahagian HERO kami. heheheh ππ |
Dah siap angkat barang apa lagi?? bergambar lah dulu geng >< |
π¨π¨π¨π¨ Okay, jomm kita pergi agihkan barang kepada mereka!! πππ
Tempat pertama yang kami tuju adalah Rumah Pangsapuri Baiduri, Cheras. Kat sana ada 16 buah blok perumahan dan kami hanya dapat beri sumbangan pada 120 buah rumah yang betul - betul memerlukan.
Dan bila kami sampai tu,, dah ada ketua - ketua blok yang menunggu kami dan ada juga penduduk setempat untuk membantu kami menurunkan barang. Mereka banyak menolong untuk meringankan beban kami menguruskan agihan barang. Erti kata lain memudahkan kerja kami kat sana.
Kami sangat bertuah tau. Ada penduduk setempat yang menyediakan makanan dan minuman sejuk buat kami untuk menyegarkan tekak yang haus ni. Hahahaha ππ. Ada juga yang buat kuih muih tradisional untuk kami makan. Senang cerita memang kenyang lah kami dekat sana sepanjang buat aktiviti tersebut. ππ
Nampak sedapkan kuih - kuih tu. Buat sendiri tau katanya. Sebab memang dia ada bukak gerai jual kuih muih.. Hehehehe.ππ
Jadi ini lah sedikit sebanyak gambar sepanjang program agihan tersebut enjoy semua...
Okay, bila barang dah siap susun, kita sanitize lah dulu. Apa - apa SOP kena jaga okay.
Ingat ❗❗ Walaupun kita dah ambil vaksin. Penjagaan diri dan kebersihan diri kena lah jaga ya. π
Kuat adik beradik ni angkat Beras, Telur satu papan, Tepung, Gula dan Sardin. ππ
Yang mana penerima tak dapat turun, Jangan Risau!!!!
Kami boleh hantarkan ke rumah. COD gituuuuu. So sumbangan tetap sampai ke tangan mereka.. πππ
Sayu hati kami bila mendengar cerita daripada makcik ini.. cacat penglihatan dan tinggal bersama anak. Tapi kan,, apabila anak dia pergi kerja, Tinggal lah seorang diri. Hati kami bertanya??? macam mana dia nak uruskan diri sewaktu anak dia bekerja? Hmmmmm hati dia tabah,, jiwa dia kuat. Tak seperti kami. Baru susah sikit dah mengeluh penat.. ππ
Semoga dia sihat sentiasa.
Akak kenapa termenung? Akak sedih ya? Kita doakan yang baik buat mereka ya. |
Kami juga mendengar cerita dari salah seorang orang lama di sini. Katanya rumah pangsapuri ini didirikan pada tahun 1995. Seriously?? Sebaya dengan kami. Malah ada yang belum lahir lagi. |
Okay selesai sudah pemberian sumbangan di Cheras.
Tapi sebelum tu... bergambar lah dulu geng!! Buat kenang kenangan kan. Nanti ada lah cerita yang boleh kami share. ππππ
Bukan niat dihati untuk menunjuk atau riak, cuma untuk sesama ingatkan walaupun kita rasa diri kita susah tapi ada lagi orang yang lagi susah dari kita. Sama - sama kita membantu. Sama - sama kita "kongsi rezeki"
πππππππππππππππππππ
Okay dah selesai!! Eh tapi belum its a wrap lagi tau. Ada lagi satu tempat kami nak tuju Rumah Pangsa Taman Keramat Kuala Lumpur. Jadi selepas kami meminta diri dari tuan rumah (ketua - ketua blok) kami pun teruskan perjalanan kami dari Cheras ke Taman Keramat Kuala Lumpur.
Setibanya kami di Taman Keramat. Ketua blok dan penduduk setempat dah tunggu kami di tempat yang telah disediakan. Untuk pengetahuan semua, Rumah Pangsa Taman Keramat ini juga terdapat 16 buah blok dan hanya 50 buah rumah sahaja yang kami kenal pasti yang benar benar terjejas dek kerana PKP.
Untuk pengetahuan semua, dewan orang ramai sangat jauh daripada blok yang kami ingin memberikan sumbangan tambahan pula cuaca sangat terik. Jadi, kami mengambil inisiatif untuk letakkan barang sumbangan di tepi blok. Sejuk dan redup sikit kan? Hahaha ππ
Dekat sini, kebanyakkan 50 rumah yang terjejas itu adalah golongan warga emas dan juga golongan yang sedang berperang dengan covid - 19. Ada yang sedang berkuarantin di rumah sekeluarga. Jadi, kami terus hantar ke rumah - rumah yang kami kenal dah kenal pasti tersebut.
Kami bertanyaka di manakah cucu dia? Dia memberi tahu yang cucu dia pergi bekerja. Kami bertanyakan umur cucu dia. Dia memberi tahu umur cucu dia 18 tahun. Hmmmm baru habis SPM kan? πππ Dah pandai memcari rezeki untuk opah dia. Kalau kita? waktu umur macam ni masih lagi ada di bawah ketiak mak ayah kan? Masih lagi makan bersuap. Masih lagi minta wang dengan mak ayah kita kan.
Ingat lah yang dalam susah kita, ada yang lagi yang susah daripada kita.
Dalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain. Jangan berhenti melakukan kebaikkan. Sama - sama kita berkongsi sedikit rezeki kita.
πππππππππππππππππππ
Nak kata panas memang panas waktu itu. Nak kata penat memang lah sangat penat. Tapi ketahuilah jika kita melakukan kerja dengan ikhlas tanpa meminta sedikit pun balasan. Kita akan capai satu perasaan yang sukar untuk kita gambarkan. Melihat wajah ceria mereka, melihat senyuman yang mereka ukir. Dari situ kan,, hilang lah segala penat kita. Apa yang kami mahukan adalah mereka cukup makan pakai.
Okay semua!!!!! Tak yah lah sedih sedih ya tak dapat balik kampung. Yang penting selalu lah call orang tua kita ya.
So... tamat sudah lah program kita pada hari itu. Matahari pun sudah ingin melabuhkan tirainya. Kami pun pulang ke Kementerian Pertahanan untuk last briefing dan bergambar untuk kenang kenangan.
Ini lah orang kuat yang menjayakan program CKA Cares ini. Sangat - sangat senang untuk berbincang. Sangat - sangat senang untuk capai kata sepakat.
πππππππππππππππππππ
It's a wrap!!!!!!!
Yeay finally its done!!
InsyaAllah kami akan teruskan sumbangan ini dari masa ke semasa. Ini adalah kejayaan kita semua. Ingat tau!!! ini kejayaan kita semua yang menyumbang.
πππππππ
Terima Kasih semua!!!
πππππππππππππππππππ
nanti akan ada lagi tau tunggu habis PKPD kejap. ππ
No comments:
Post a Comment