SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Friday, 14 December 2018

MAJLIS JAMUAN KENAIKAN PANGKAT DAN PERTUKARAN BAGI PUAN HAJAH FAUZIAH BINTI AHMAD





Cenderhati dari pihak CKA yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian BPSM
Encik Mazlan Abd Mutalib

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari Tenggara.
Tidak ternilai jasa baktimu,
Moga kekal berjasa kepada Negara.









   

Monday, 10 December 2018

HEBAHAN BERHUBUNG PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    ​Bersama ini dikemukakan Piagam Pelanggan BPSM terkini berkuat kuasa pada 30 November 2018 untuk perhatian pihak YBhg. Dato' / Dr / Tuan / Puan.




Thursday, 6 December 2018

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Tahun 2018

Seperti yang sedia maklum, tahun 2018 bakal melaburkan tirainya. Begitu juga Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah pun sampai ke peringkat bilangan ke 4 (suku tahun keempat) pada tahun ini.

Selaku urusetia Mesyuarat MBJ peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia, bahagian ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertananan selaku Tuan Pengerusi serta ahli - ahli mesyuarat.

Bahagian ini juga mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada Bahagian / Jabatan / Markas yang telah mencapai target takwim Mesyuarat MBJ peringkat Bahagian / Jabatan / Markas masing - masing. 

Sekian terima kasih

SEMOGA KITA KETEMU DI MBJ TAHUN HADAPAN 😄








Thursday, 8 November 2018

HARI BERSAMA PELANGGAN

Untuk makluman semua, bahagian ini telah turut serta menyertai 
Program Hari Bersama Pelanggan Tahun 2018
Bertempat di Kem Desa Pahlawan Kota Bharu, Kelantan pada 25 Oktober 2018.
Terima kasih kami ucapkan pada warga awam dan tentera di Kota Bharu.😊





Monday, 15 October 2018

SELAMAT DATANG TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (PERKHIDMATAN)

Kami mengucapkan selamat datang buat Puan Wan Nor Hazlina binti Wan Abdul Ghani ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.



Sudilah puan terima pantun kami:

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,
TERBANG SEIRING DITEPI KALI.
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
MOGA DIIRING RESTU ILAHI


Tuesday, 2 October 2018

PERTUKARAN KELUAR TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (PERKHIDMATAN)

Sekalung tinggi terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Zulkeflee bin Haji Sulaiman atas perkhidmatan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada kami selama kami berkhidmat bersama tuan.

Kami mendoakan agar Tuan sentiasa berada di dalam keadaan sihat sentiasa disamping seisi keluarga.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

TERIMA KASIH TUAN!!!