- Halaman Utama
- Mengenai CKA
- Perkhidmatan
- Elaun dan Kemudahan
- Permohonan Cuti
- Cuti Perkhidmatan
- Cuti Sebab Perubatan
- Cuti Lain-lain
- Cuti Tidak Berekod
- Cuti Gantian
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti U. Kematian Keluarga
- Cuti Umrah
- Cuti Keagamaan
- Cuti Vaisakhi
- Cuti Pesta Keamatan
- Cuti Hari Gawai
- Cuti Mengambil Peperiksaan
- Cuti Dalam Sukan/Ohlaraga
- Cuti Rombongan Kebudayaan
- Cuti Mesyuarat MBK/MBJ
- Cuti Hadiri Mahkamah
- Cuti T.Khas (Perubatan)
- Cuti Menderma Organ
- Cuti Lat. Pasukan Sukarela
- Cuti Hadiri Persatuan/Latihan
- Cuti Lat.Syarikat Kerjasama
- Cuti Good Friday
- Cuti Tahun Baru Siam
- Cuti Lain-lain Kursus
- Cuti Sempena Deepavali
- Pengambilan
- Persaraan
- Pengesahan Lantikan
- Pengesahan Perkhidmatan
- Taraf Berpencen
- Lanjut Tempoh Percubaan
- Perkhidmatan Atas Talian
- Aktiviti
- Hubungi Kami
.
SELAMAT DATANG
Friday, 15 November 2019
Saturday, 9 November 2019
MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL
TEMA : NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA (SAMA DENGAN MAAL HIJRAH)
Ringkasan
Maulidur Rasul
Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.
Sehubungan ini, Allah S.W.T mengutuskan seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya ilahi. Islam yang kemudiannya telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan iaitu sebagai agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita menyakini akan kebenaran agama islam ini.
Nabi Muhammad SAW
Rasullullah S.A.W sebagai seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingannya. Maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyk-banyak (dalam susah dan senang)" (Surah Al-Ahzaab : 21)
Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kahidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) Dan mengkaji sendiri tentang manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah S.A.W. Dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Tema Maulidur Rasul
- 2019 : "Negara Rahmah, Ummah Sekahtera" (Tema sama dengan Maal Hijrah 2019)
- 2018 : "Menyantuni Umat Membawa Rahmat"
- 2017 : "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"
- 2016 : "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
- 2015 : "Perpaduan Nadi Transfromasi Negara"
- 2014 : "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"
Sumber Rujukan
Sunday, 27 October 2019
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
"Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan."
Ringkasan
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan 'Gavali' yang bererti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Hari yang bermakna bagi penganut Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan keagamaan.
Malam sebelum hari Deepavali merupakan hari untuk memperingati datuk, nenek dan moyang yang telah meninggal dunia dengan upacara sembahyang kecil di rumah di kalangan keluarga terdekat sahaja.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta mendapatkan restu ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil. Kemudian barulah mereka mula mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka juga diadakan untuk rakyat jelata.
"Kolam" asalnya dibuat daripada tepung beras yang tidak diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga lain kerana agama Hindu percaya bahawa Tuhan atau Atman wujud di dalam setiap ciptaan Tuhan di dunia ini. Maka, aspek mendalam ialah "kolam" merupakan cara termudah untuk memberi sedekah atau pun dilihat sebagai cara berkongsi sumber alam dengan benda hidup yang lain.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" atau juga dikenali sebagai "Rangoli" ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian, dan simbolik padanya. Ia merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu.
Sumber Rujukan
Monday, 21 October 2019
CUTI TANPA REKOD SEMPENA MENYAMBUT DEEPAVALI
"JPA.100-9/1/2 (57) bertarikh 18 Oktober 2019"
"Cuti ini diperuntukan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang beragama Hindu"
Kadar Cuti
- Sehari iaitu pada hari berikutnya.
Syarat-syarat
- Di Peruntukan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang beragama Hindu.
- Terpakai bagi semua Negeri di Malaysia kecuali Sarawak, memandangkan Hari Deepavali bukan merupakan hari kelepasan am di negeri tersebut.
- Peruntukan cuti adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja termasuk Cuti Tanpa Rekod dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya.
- Hanya cuti kelepasan am yang jatuh pada hari kelepasan mingguan dibenarkan untuk dibawa pada hari berikutnya.
- Hari Deepavali pada tahun ini (2019) jatuh pada hari Ahad, 27 Oktober 2019, maka Cuti Tanpa Rekod selama satu (1) hari kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu adalah pada hari Isnin, 28 Oktober 2019.
- Bagi Negeri-negeri yang hari kelepasan mingguan adalah hari Ahad maka Cuti Tanpa Rekod Hari Deepavali adalah jatuh pada hari Isnin (28 Oktober 2019) iaitu pada hari yang sama dengan hari kelepasan am yang diganti.
- Negeri-negeri yang hari kelepasan mingguan adalah hari Jumaat maka Cuti Tanpa Rekod Hari Deepavali adalah jatuh pada hari Isnin (28 Oktober 2019).
Monday, 16 September 2019
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER
Ringkasan Sejarah
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembetukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membacakan Pemasyhuran Malaysia di Stadium Merdeka pada 16 September 1963. Berikut ialah teks pemasyhuran yang di baca beliau:
Dengan nama AllahYang Maha Murah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada Sembilan hari bulan Julai tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan “Malaysia”.
Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu;
Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu Perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang muktamad di dalamnya;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan-keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan bagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai Kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen;
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuatkuasa Perlembagaan itu pada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga;
Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini mengisytihar dan memasyhurkan bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai daripada Enam Belas hari bulan September tahun Seribu Sembilan Ratus Enam Puluh Tiga bersamaan dengan Dua Puluh Lapan hari bulan Rabiul Akhir tahun Hijrah Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh Tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul–Alamin akan kekal menjadi sebuah Negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini.
Lagu Malaysia
Malaysia selamanya adalah lagu yang dikarang oleh Bobby Gimby untuk meraikan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bobby Gimby menerima nama panggilan "The Pied Piper of Canada" selepas Perdana Menteri menamakan Gimby sebagai "Pied Piper dari Kanada".
Lagu itu dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ia adalah lagu rakyat dengan panjang 2 minit dinyanyikan oleh Choir of Marymount Vocational School (Singapura).
Pada hari sebelum penggabungan itu, ia telah di ajar kepada kanak-kanak sekolah sebelum penggabungan dan manjadi lambakan segera apabila disiarkan melalui gelombang udara di seluruh bahagian Malaysia.
Sumber Rujukan
Sumber Rujukan
Wednesday, 11 September 2019
18 TAHUN "TRAGEDI 11 SEPTEMBER 2001"
Pada awal pagi selasa, 11 September 2001, hampir 3000 orang terkorban selepas 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil Amerika Syarikat dengan dua merempuh bangunan Pusat Dagangan Dunia (One World Trade Center). Dimana Pesawat Penerbangan 11 Amerika Syarikat merempuh ke dalam Menara Utara Pusat Dagangan Dunia pada jam 8.46 pagi dan disusuli Pesawat Penerbangan 175 United Airlines merempuh Menara Selatan pada 9.03 pagi.
Pesawat Penerbangan ketiga pula iaitu 77 Amerika Airlines, merempuh Pentagon pada jam 9.37 pagi yang menyebabkan 184 orang terkorban manakala Pesawat Penerbangan 93 United Airlines, terhempas di sebuah padang di Shanksville, Pennsylvanis, pada jam 10.03 pagi yang mengorbankan seramai 40 orang penumpang. Ianya terhempas setelah para penumpang bertarung dengan pihak perampas dan dijangka pesawat berkenaan menuju sasarannya ke bangunan Kapitol iaitu tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat atau Rumat Putih.
Berikut jumlah kematian tidak termasuk perampas yang berlaku di dalam serangan yang didakwa oleh Amerika dilakukan oleh Al Qaeda pimpinan Osama bin Laden:
| Kematian (tidak termasuk perampas) | ||
|---|---|---|
Bandar Raya
New York
| World Trade Center | 2,606 |
| American 11 | 87 | |
| United 175 | 60 | |
| Arlington | Pentagon | 125 |
| American 77 | 59 | |
| Shanksville | United 93 | 40 |
| Jumlah | 2,977 | |
Kesan dari tragedi ini telah mengubah politik dunia dan banyak negara mengubah dan memperkukuhkan undang-undang anti-pengganas.
Kerja-kerja membersihkan WTC siap pada Mei 2002, yang mengambil masa 3.1 juta jam bagi membersihkan 1.8 juta tan serpihan dengan kos AS$750 juta (RM3.1 billion)
Pada 18 Novemver 2006, pembinaan One World Trade Center bermula di tapak WTC dan bangunan itu dibuka pada 3 November 2014.
Pesawat Penerbangan 175 United Airlines
merempuh ke dalam Menara Selatan WTC manakala
Pesawat Penerbangan 11 American Airlines
merempuh Menara Utara WTC
Kebakaran dan runtuhan
One World Trade Center
102 minit setelah rempuhan berlaku
Sisa runtuhan 6 World Trade Center
Beberapa hari selepas kejadian
Runtuhan Pentagon
separa akibat kebakaran
Pesawat Penerbangan 77 American Airlines
Pemandangan Tribute in Light dari Jersey City
pada ulang tahun kejadian runtuhan World Trade Center (WTC) pada tahun 2004
Sumber Rujukan
Friday, 6 September 2019
~ SELAMAT MAJU JAYA ~
Puan Humairah binti Salleh
Atas Kenaikan Pangkat ke C.C ( N22 Hakiki)
Selamat Maju Jaya di tempat baru
Encik Faisal bin Johan
~Semoga Pengalaman dan Ilmu Pengetahuan yang ditimba
menjadi Bekalan dan Berjaya di tempat baru hendakNya...Aamiin~
Subscribe to:
Posts (Atom)

















