"Contract For Service (CFS) merupakan kontrak pembelian perkhidmatan daripada seseorang dan bukan kontrak mengambil seseorang bekerja. Oleh itu, individu yang diberikan kerja berkenaan tidak berstatus pegawai awam sebaliknya dianggap sebagai independent contractor yang menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh Kerajaan."
"Contract For Service (CFS) tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan Contract For Services dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu."
"Contract For Service (CFS) tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan Contract For Services dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu."
Definisi
- Bayaran Perkhidmatan bermaksud bayaran kepada individu yang memberi perkhidmatan secara contract for service. Bayaran perkhidmatan ini tidak boleh disamakan dengan gaji yang diterima oleh pegawai awam;
- Contract For Service bermaksud kontrak membeli perkhidmatan daripada individu dengan bayaran yang dipersetujui bagi skop kerja yang ditetapkan dalam tempoh yang ditentukan;
- Gaji akhir bermaksud gaji pokok terakhir yang diterima oleh pegawai semasa berkhidmat dengan Kerajaan; dan
- Pakar bermaksud seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran tertentu yang diiktiraf oleh badan profesional dari dalam atau luar negara atau organisasi antarabangsa ataupun tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan masyarakat. Pakar hendaklah dikalangan mereka yang mempunyai kelayakan akademik peringkat Sarjana Muda dan ke atas.
Dasar Pelantikan
- Pelantikan contract for service hanya dibenarkan sebagai satu langkah jangka pendek bagi mendapatkan tenaga pakar atau mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Sekiranya keperluan adalah untuk jangka masa panjang, pelantikan hendaklah dibuat secara tetap atau contract of service.
Tempoh Kontrak
- Tempoh perkhidmatan contract for service adalah maksimum dua (2) tahun bagi setiap kontrak.
Bayaran Perkhidmatan
- Bayaran perkhidmatan untuk lantikan contract for service adalah dalam bentuk pukal dan tidak dipecahkan kepada komponen gaji dan elaun seperti mana yang dilakukan ke atas anggota Perkhidmatan Awam.
Elaun-elaun dan Lain-lain Kemudahan
- Akan dibayar elaun dan lain-lain kemudahan yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam ikatan perjanjian kontrak dengan Kementerian Kewangan.
Cuti
- Pegawai adalah layak mendapat cuti rehat sebanyak 15 hari setahun bagi Pegawai Pakar atau yang setaraf dengan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 12 hari bagi bukan pakar untuk tempoh perkhidmatan kontrak ini. Cuti tambahan yang diambil melebihi kelayakan boleh dipertimbangkan tetapi bayaran perkhidmatan tidak dibayar untuk hari cuti berkenaaan.
- Kemudahan cuti sakit jika diperlukan (Sijil Cuti Sakit disertakan) diberi sebanyak 10 hari setahun. Sekiranya cuti sakit diambil melebihi 10 hari, pegawai dibenar menggunakan cuti rehatnya. Walau bagaimanapun, cuti sakit yang diambil setelah kelayakkan cuti sakit dan cuti rehat digunakan sepenuhnya, maka bayaran perkhidmatan tidak dibayar untuk hari cuti berkenaan.
Ganjaran
- Mencarum kepada KWSP - Tidak diwajibkan untuk mencarum kepada KWSP
Penamatan Kontrak
- Kontrak perkhidmatan boleh dipendek atau ditamatkan oleh Kementerian/ Jabatan sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan atau atas sebab lain yang difikirkan wajar oleh Ketua Jabatan atau oleh individu itu sendiri. Penamatan kontrak hendaklah mengikut peruntukan dalam perjanjian.
Hal-hal lain
- Individu yang memberi perkhidmatan secara contract for service tidak layak mendapat Imbuhan Tahunan, Bantuan Sara Hidup, Bayaran Lebih Masa, Kereta Rasmi Jawatan dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja.
Rujukan
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- Syarat-syarat Pelantikan secara Contract For Service
- KK/BP/DS(S)10/173/265/465 Jld.1 (s.k. 1/2009)