- Halaman Utama
- Mengenai CKA
- Perkhidmatan
- Elaun dan Kemudahan
- Permohonan Cuti
- Cuti Perkhidmatan
- Cuti Sebab Perubatan
- Cuti Lain-lain
- Cuti Tidak Berekod
- Cuti Gantian
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti U. Kematian Keluarga
- Cuti Umrah
- Cuti Keagamaan
- Cuti Vaisakhi
- Cuti Pesta Keamatan
- Cuti Hari Gawai
- Cuti Mengambil Peperiksaan
- Cuti Dalam Sukan/Ohlaraga
- Cuti Rombongan Kebudayaan
- Cuti Mesyuarat MBK/MBJ
- Cuti Hadiri Mahkamah
- Cuti T.Khas (Perubatan)
- Cuti Menderma Organ
- Cuti Lat. Pasukan Sukarela
- Cuti Hadiri Persatuan/Latihan
- Cuti Lat.Syarikat Kerjasama
- Cuti Good Friday
- Cuti Tahun Baru Siam
- Cuti Lain-lain Kursus
- Cuti Sempena Deepavali
- Pengambilan
- Persaraan
- Pengesahan Lantikan
- Pengesahan Perkhidmatan
- Taraf Berpencen
- Lanjut Tempoh Percubaan
- Perkhidmatan Atas Talian
- Aktiviti
- Hubungi Kami
.
SELAMAT DATANG
Thursday, 30 May 2019
Monday, 13 May 2019
"TRAGEDI 13 MEI 1969"
Pada Tahun 1969, Malaysia bergelut dengan ancaman komunis di samping perhubungan antara kaum yang lemah. Penjajahan jepun dan pemerintahan British memupuk ketidakpercayaan antara kaum, dan beberapa pertempuran kecil antara kaum berlaku.
Menjelang hari mengundi pada 10 Mei, dua petugas parti politik dibunuh di Pulau Pinang dan ibu kota Kuala Lumpur. Salah seorangnya jentera UMNO manakala seorang lagi dari Parti Buruh yang dikaitkan dengan komunis.
Sehari sebelum hari mengundi, ribuan orang berarak di Kuala Lumpur untuk mengingati pekerja Parti Buruh tersebut. Keadaan di ibu kota tegang.
Keputusan awal menunjukkan parti pembangkang DAP dan gerakan yang didominasi bangsa Cina, menang banyak kerusi. Di Selangor - negeri terletaknya Kuala Lumpur- Dewan Undangan Negeri tergantung.
Pada 11 dan 12 Mei, penyokong parti pembangkang berarak di Kuala Lumpur sambil menghina kaum Melayu. Tercabar dengan tindakan itu, Pemuda UMNO bercadang berarak pada 13 Mei selepas waktu Maghrib.
Seramai 196 maut menurut laporan Majlis Gerakan Nasional (Mageran). Diplomat asing percaya angka sebenar lebih kurang 800 orang. Maut seramai 143 orang dari bangsa Cina, Melayu seramai 25 orang dan lain-lain bangsa seramai 28 orang.
Sebanyak 52 mati ditembak yang terdiri daripada 35 bangsa Cina, 10 bangsa Melayu, 7 orang lagi dari lain-lain bangsa. Seramai 182 cedera ditembak yang terdiri daripada 125 bangsa Cina, 37 bangsa Melayu, 18 orang dari lain-lain manakala seramai 259 orang cedera akibat senjata lain yang terdiri daripada 145 bangsa Cina, 90 bangsa Melayu dan seramai 24 lain-lain bangsa.
Seramai 9,143 orang telah ditangkap kerana melanggar perintah berkurung. Majoriti adalah dari bangsa Cina dan sebanyak 5,561 orang didakwa juga kerana melanggar perintah berkurung dan majoriti adalah bangsa Cina serta 45 orang didakwa kerana membunuh atau membakar secara khianat dan majoriti yang terlibat bagi dakwaan ini adalah orang Melayu.
Berikut gambar di ambil oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat, Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada Mei 15,1969. Sultan Ismail keluar dengan kameranya selepas menandatangani perintah darurat.
Berikut gambar di ambil oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat, Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada Mei 15,1969. Sultan Ismail keluar dengan kameranya selepas menandatangani perintah darurat.
Lengang Jalan Raja di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad
Sumber : Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulu dikenali sebagai Jalan Batu
adalah merupakan kawasan panas rusuhan 1969
Sumber : Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Lengang Jalan Bukit Bintang yang biasanya sibuk
semasa perintah berkurung (Kuala Lumpur)
Sumber : Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Berdasarkan papan tanda Hotel Odeon di belah kiri
dipercayai jalan di pudu semasa perintah berkurung,
didapati tiada seorang pun berlegar di luar
Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Ismail
Pindah Kuasa
Pada 24 Jun, Parlimen digantung dan Majlis Gerakan ditubuhkan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussein. Kuasa berpindah dari Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman ke Tun Razak.
Parlimen bersidang semula pada tahun 1971 dengan Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Sebilangan sejarawan menganggap pemindahan kuasa ini bukti rusuhan tersebut sebenarnya sebahagian dari kudeta.
Tun Razak sebagai Pengerusi Majlis Gerakan Negara berada dan duduk ditengah
Razak percaya bahawa perpaduan tidak akan dicapai jika kekayaan tidak dikongsi dengan adil. Pada masa itu, bumiputera memegang 2.4% kekayaan negara.
Maka Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971, dilancarkan melalui tindakan afirmatif untuk meningkatkan pemilikian bumiputera. Semangat dasar tersebut diguna pakai ke hari ini.
Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar negara, tapi menyebabkan trauma yang berpanjangan di kalangan saksi kejadian, mangsa yang masih hidup dan mereka yang kehilangan orang tersayang.
Malaysia boleh mengambil tauladan dari cara negara lain berhadapan dengan sejarah gelap mereka seperti di Afrika Selatan, yang melalui zaman Apartheid yang ditangani melalui sidang 'truth and reconciliation' bagi mencapai kemaafan. Dan Kerajaan Jerman pula memilih untuk menghadapkan mereka yang terlibat dalam jenayah di zaman Nazi ke muka pengadilan. Namun menurut pakar, apa pun kaedah yang diambil di Malaysia harus mengira faktor-faktor tempatan.
- Malaysiakini
- Buku 13 Mei "Before and After" by Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Pertama
- Keratan Akhbar
Wednesday, 8 May 2019
CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM
"JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.9 (18)" Bertarikh 25 April 2019
"Cuti ini diberikan sebagai memberi ruang kepada Pegawai Perkhimdatan Awam yang berketurunan Siam untuk menyambut perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) bersama keluarga"
Kadar Cuti
- Sehari pada 13 April setiap tahun mulai tahun 2020.
Syarat-syarat
- Pegawai Perkhidmatan Awam yang berketurunan Siam.
Monday, 6 May 2019
Thursday, 2 May 2019
BACAAN YASIN SEMPENA SAMBUT RAMADHAN SERTA MEMPERKENALKAN PSU BARU MASUK CKA
Meraikan Pegawai Baharu Masuk ke CKA
1. Encik Mohd Aidil bin Ibrahim
2. YBrs. Dr Syed Mohamad Syakir bin Syed Omar
3. Encik Mohd Soleh bin Mohd Sabri
MAJLIS PERPISAHAN PERTUKARAN DAN MERAIKAN MENDAPAT CAHAYA MATA 2019
pada tahun 2019 terdapat beberapa orang pegawai yang bertukar keluar dan mendapat cahaya mata iaitu :
1) Puan Nurul Waheeda binti Ahmad (bertukar keluar ke Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat);
2) Puan Siti Nazurah binti Sahadun (bertukar keluar ke SUK Melaka);
3) Encik Nasrul Hafiz bin Rahman (bertukar ke Bahagian Industri Pertahanan);
4) Puan Siti Aisyah Kheong binti Abdullah (bertukar keluar ke Bahagian Khidmat
Pengurusan);
5) Puan Napisah binti Mohamed (bertukar ke Bahagian Pembangunan);
6) Puan Tengku Nurdiyana binti Tengku Bahizalsah (bertukar ke Bahagian Pembangunan);
7) Encik Azirul Faizan bin Mohd Ariff (bertukar ke Bahagian Pembangunan);
8) Encik Mohamad Syaiful Naim bin Abd Sattar (Mendapat Cahaya Mata);
9) Encik Mohd Badrul Hissam bin Ahmad Sapri (Mendapat Cahaya Mata);
10) Puan Noorema binti Idris (bertukar ke Depot Simpanan Pertahanan)
Puan Siti Nazurah binti Sahadun
En. Azirul Faizan bin Mohd Ariff Pn. Napisah binti Mohamed
En. Mohamad Syaiful Naim En. Mohd Badrul Hissam
Puan Noorema binti Idris
Encik Nasrul Hafiz bin Rahman
Subscribe to:
Posts (Atom)