SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday, 31 March 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2016


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2016 ini telah diadakan pada 24 Mac 2016 bersamaan 15 Jamadilakhir 1437 H yang bertempat di Auditorium, Wisma Pertahanan. Seramai 334 orang penerima anugerah ini yang terdiri daripada penjawat awam dan tentera dari pelbagai Bahagian / Jabatan/ Markas dan Unit yang terdapat di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia. Anugerah ini bertujuan sebagai menghargai jasa penjawat awam dan tentera yang berkhidmat dan juga sebagai memotivasikan lagi penjawat awam dan tentera  di dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan lebih efisien dan efektif.

Puan Nur Hamizah binti Mahat
Urusetia Terlibat
Urusetia Teknikal
Unit Naik Pangkat & Prestasi
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Cawangan Khidmat Awam

1. Encik Abdul Rahimi bin Ahmad Shamsuil
2. Puan Mariati binti Mohamad
3. Puan Roslinda binti Ismail
4. Cik Ruzanna Liyana binti Zawawi
5. Puan Rosmarina binti Zainudin
6. Puan Masturahaizar binti Zakaria
7. Encik Mohd Khairul Hafiez bin Mohamad Zabari

~ TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ~

Thursday, 24 March 2016

TAKLIMAT DAN SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BIL 2/2016


Pada 17 Mac 2016, telah berlangsungnya taklimat dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Puan Norhayati binti Hamzah daripada Bahagian Saraan. Tajuk taklimat ini adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 iaitu berkaitan Cuti Rehat.

Pihak Cawangan ini telah mengambil inisiatif dengan menjemput pegawai berkenaan untuk memberikan pencerahan mengenai tajuk pekeliling tersebut. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian/ Jabatan/ Briged/ Unit/ Markas yang mempunyai pegawai awam sahaja dan ianya telah mendapat sambutan yang baik daripada pegawai awam di setiap  Bahagian/ Jabatan/ Briged/ Unit/ Markas untuk pemahaman dan pencerahan yang lebih mendalam.

Diharap taklimat yang diadakan ini dapat memberikan pencerahan lebih mendalam dan bermanafaat bagi penjawat awam serta wakil agar dapat menjalankan tugas dengan baik dengan memberikan info-info yang terkini dan jelas kepada penjawat awam yang lain.









Friday, 26 February 2016

Taklimat dan Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Bil 1 / 2016


Pada tahun ini, wacana ilmu atau taklimat dan perkongsian ilmu bersama pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan pada 25 Februari 2016 dengan dimulai tiga (3) tajuk yang menarik dan bermanafaat bagi kakitangan Cawangan khidmat Awam. Tajuk ini dipilih adalah berdasarkan pada beberapa Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan pada Tahun 2015 dan Perintah Am Bab B. Bagi tajuk Perintah Am Bab B iaitu Elaun dan Kemudahan telah disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam yang tediri daripada Encik Fahizol bin Haris, Encik Mohammad Amarullah bin Azmi dan Encik Muhammad Hilfi bin Ab Latif manakla Puan Sharifah Nadia binti Syed Mohd Fadzil daripada Bahagian Perkhidmatan, Cawangan Dasar dan Perundingan pula memberikan pencerahan bagi dua (2) Pekeliling Perkhidmatan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015 ( Dasar dan Prosedur Pelepasan dan Perletakan Jawatan) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 (Exit Policy).



         
 Encik Fahizol bin Haris      


  Puan Sharifah Nadia binti Syed Mohd Fadzil                          
               
Para Peserta

Thursday, 25 February 2016

HILANGNYA PERMATA CKA

Encik Mohd Khairul Hafiez bin Mohamad Zabari

Selamat Maju Jaya di Tempat Baru
Cik Rosni binti Abd Ghani

Selamat Bersara. Segala keringat dan jasa yang diberikan sepanjang bersama terima kasih diucapkan.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan selalu.

Puan Sharifah Aidatul Akmar binti Shahed Ahmed

Selamat Maju Jaya di Tempat Baru
Puan Nur Jihan binti Mohd Aris

Selamat Maju Jaya diTempat Baru
Puan Masturahaizar binti Zakaria &
Cik Radha'tul Atikah binti Md Rahin

Selamat Maju Jaya di Tempat Baru dan dalam Kerjaya akan datang.
Puan Nur Shafiqah binti Norapandi

Semoga Berjaya di dalam Kerjaya akan datang
Semoga Berjaya di dalam Kerjaya akan datang
Puan Hasliza binti Mohd Yazan &
 Muhammad Khairul bin Nayan

Selamat Maju di Tempat Baru 
Cik Nazirah binti Shahimi & Cik Nur Fazdilah Saadah
Selamat Maju Jaya dalam Kerjaya masing-masing





Thursday, 11 February 2016

SISTEM eKEMUDAHAN

Sistem eKEMUDAHAN ini di bangunkan setelah mendapat kerjasama antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh oleh pegawai awam Kementerian Pertahanan telah bermula pada awal tahun 2016 di mana Projek Rintis (Pilot Test) sistem ini telah dilaksanakan bermula 09 Oktober 2015 hingga 31 Oktober 2015 iaitu hampir sebulan yang terdiri daripada beberapa Jabatan / Bahagian  dan Markas yang terlibat sebagai untuk menguji dan menilai keberkesanan penggunaannya.

Tujuan Sistem eKEMUDAHAN

1. Memantapkan urusan permohonan kelulusan
2. Meningkatkan kecekapan penyimpanan rekod
3. Mengelakkan permohonan lewat dikemukakan
4. Mengoptimumkan penggunaan kertas selaras amalan GoGreen MinDef

Antara Permohonan Sistem eKEMUDAHAN

1. Permohonan Lawatan ke Luar Negara dan Cuti Haji
2. Permohonan Perubatan
3. Permohonan Elaun Pindah Rumah
4. Permohonan Subsidi TASKA
5. Permohonan Alat Komunikasi & Caj Panggilan (Di dalam proses pembangunan)

Sistem ini boleh dilayari dengan menggunakan paparan yang terbaik iaitu  Mozilla Firefox di web site http://ekemudahan.mod.gov.my


Bagi pengguna kali pertama menggunakan sistem ini, pengguna bolehlah rujuk panduan manual penggunaan sistem eKEMUDAHAN seperti dibawah bagi melancarkan dan memahami penggunaannya dengan lebih teratur serta memudahkan urusan permohonan anda.

Panduan Manual Penggunaan sistem eKEMUDAHAN

Manakala bagi Permohonan Pelindungan Insurans Kesihatan, sila rujuk perkara seperti dibawah untuk makluman lanjut.

SENARAI SYARIKAT INSURAN YANG BOLEH DIBUAT TUNTUTAN SEMULA BAGI PERMOHONAN LAWATAN KE LUAR NEGARA


  


Untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian polisi, jumlah premium dan pelindungan insurans kesihatan berkenaan sila layari web site : http://myarrehlah.my/index.php


Thursday, 28 January 2016

SISTEM ePERTUKARAN

Sistem ePERTUKARAN ini di bangunkan setelah mendapat kerjasama antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh oleh pegawai awam Kementerian Pertahanan telah bermula pada awal tahun 2016.

Tujuan Sistem ePERTUKARAN

1. Memudahkan urusan permohonan
2. Meningkatkan kecekapan penyimpanan rekod
3. Mengoptimumkan penggunaan kertas selaras amalan GoGreen MinDef

Adalah diingatkan bahawa para pengguna digalakkan untuk mengimbas dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu :

1. Sijil Perakuan Perkahwinan
2. Sijil Pendaftaran Kelahiran Anak
3. Dokumen-dokumen Sokongan Lain
 
Makluman, sistem ini boleh dilayari dengan menggunakan paparan yang terbaik iaitu Mozilla Firefox

Bagi pengguna kali pertama menggunakan sistem ini, pengguna bolehlah rujuk panduan manual penggunaan sistem ePERTUKARAN seperti dibawah bagi melancarkan dan memahami penggunaannya dengan lebih teratur serta memudahkan urusan permohonan anda.


Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan pertukaran sila layari web site http://epertukaran.mod.gov.my  



Friday, 15 January 2016

MISI TIGA (3) BULAN BERAKHIR

Tanggal 14 Januari 2016, jam 4.30 petang, adalah detik yang dinanti-nantikan oleh para peserta "The Biggest Loser Challenge" . Kini segalanya akan terjawab bagi soalan Siapakah Pemenang "The Biggest Loser Challenge" Cawangan Khidmat Awam? Di ruang legar Cawangan Khidmat Awam  (CKA) adalah dimana keputusan keseluruhan akan dipaparkan dan nama pemenang akan di umumkan oleh pengelola program ini iaitu Encik Mohamad Syaiful Naim bin Abd Sattar.

Menyingkap kembali tercetusnya idea bagi program ini sewaktu di panteri, dimana masing-masing menyatakan kebimbangan mengenai berat badan yang semakin meningkat.Di ketika itulah munculnya idea dan semangat yang membawa kepada Misi ini. Melalui pengelola dan kerjasama daripada warga CKA maka keputusan diambil untuk mangadakan pertandingan ini pada ketetapan yang telah dinyatakan dengan mengambil kira berat badan para peserta pada hari pertama program ini dilaksanakan sebelum berat akhir di ambil kira bagi proses penentuan pemenang.

Selama hampir tiga (3) bulan lebih para peserta mempamerkan semangat yang tinggi bagi  menjayakan dan mendapatkan berat badan yang ideal atau kata lainnya berat badan yang di idam-idamkan. Program ini juga menunjukkan kesungguhan para peserta dalam memberikan saingan sihat antara satu sama lain. Pelbagai cara dan diet sihat yang dilakukan bagi memastikan berat badan dapat diturunkan dan inilah semangat warga CKA yang telah ditunjukkan dan sekaligus program ini juga telah mempereratkan lagi silaturahim di antara rakan sekerja.

Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengelola serta para peserta yang turut serta dalam menjayakan program budaya hidup sihat di Cawangan Khidmat Awam ini. Segala kerjasama dan budibaik tuan/puan dalam melancarkan dan menjayakan program ini amatlah dihargai.Dan Sekalung Tahniah kepada Encik Zaiham bin Hassim kerana telah muncul sebagai pemenang program ini sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,050.00.


Para Peserta
 

  
 The Winner of Binggest Loser Challenge 

 
 

Pengelola Program

 

        Para Peserta                                Keputusan