SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday, 13 September 2018

KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MALAYSIA 2018 (PERINGKAT PERKHIDMATAN AWAM)

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menjalankan kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia 2018 (Peringkat Perkhidmatan Awam). Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesejahteraan psikologi penjawat awam secara keseluruhan.

3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menjawab kajian ini secara online melalui capaian https://goo.gl/forms/IzARCMW5acHmGmkD2​.




4.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini bermula pada 1 hingga 14 September 2018. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan kajian ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Wednesday, 15 August 2018

Lawatan Naziran Majlis Bersama Jabatan (MBJ) - Jabatan Perkhidmatan Awam

Pada 14 Ogos 2018, bahagian ini telah menerima kunjungan lawatan Naziran Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk makluman semua, bahagian ini merupakan urusetia kepada Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia.






Bahagian ini mengalu-alukan kehadiran Tuan - Puan dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tuesday, 14 August 2018

Lawatan Jawatan Kuasa Promosi Eksa

Jawatan Kuasa Promosi Eksa Pengurusan Sumber Manusia telah membuat lawatan Eksa ke Kumpulan Karang Kraf Shah Alam pada 8 Ogos 2018


"MEMBARAKAN JIWA DAN MINDA"















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENERIMA KUNJUNGAN KAMI

Thursday, 2 August 2018

LAWATAN PERTAMA DR. TKSU PENGURUSAN

Selamat datang Dr. Karminder Singh Dillon ❤
WELCOME BACK to MINDEF SIR!!














Kami warga CKA mengalu-alukan kehadiran Dr. ke Cawangan kami.

Tuesday, 31 July 2018

MAJLIS BACAAN YASSIN

Cawangan kami telah mengadakan majlis bacaan yassin yang diketuai oleh Ustaz Haslizam bin Omar dari Bahagian Perolehan pada 27 Julai 2018 (Jumaat) bertempat di ruang kerja CKA, BPSM.








MOGA KITA SAMA PEROLEH KEBERKATAN-NYA
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19 SECARA KONTRAK DI KEMENTERIAN PERTAHANAN


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini sedang menguruskan pengambilan secara kontrak jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 bagi mengisi kekosongan di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Sabah, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.

3.           Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan iklan jawatan tersebut untuk hebahan di Jabatan/Bahagian YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan. lkIan dan borang permohonan MINDEF-1/2018 juga boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman sesawang Kementerian, http://www.mod.gov.my/ms/mengenai-kami-2/kerjaya.html mulai 30 Julai 2018 (Isnin). Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Ogos 2018 (Isnin).

4.    Kerjasama YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.​

Sekian, terima kasih



BORANG PERMOHONAN

Monday, 2 July 2018

JAMUAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2018

Pihak CKA telah menganjurkan jamuan hari raya pada 28 Jun 2018 bertempat di ruangan kerja Cawangan Khidmat Awam, Tingkat 2, Wisma Pertahanan.

#harikemenangan #jemputmakansemua


















Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang hadir ke jamuan kami.

Maaf kalau ada kekurangan ya. ><