SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Monday, 1 July 2019

RIANG RIANG RAYA CKA 2019



TEMA RAYA CKA - RIANG KANAK-KANAK BERAYA







Antara Juadah pembuka selera











Ucapan dan Kata Aluan dari Setiausaha Bahagian 
(YBrs. Encik Mazlan Abd Mutalib)
 Ucapan Pegawai baru melapor diri ke CKA
Cik Roslina binti Ahmad Sukaimi



                        Wakil menerima cenderahati bagi isteri yang bertukar keluar ke tempat baru
                                                          Puan Norazura binti Johan





Penerima Best Dress
Puan Harzalina








                             
                                           Ucapan dan kata aluan KPSU dan sekaligus mengumumkan
                                                   Hiasan Raya Sel Terbaik bagi Riang Raya CKA







"KPSU En.Mohd Hamidy bin Mohd Saleh 
meneka gambar pegawai dan staf CKA 
sewaktu di zaman kanak-kanak





 
































Pemenang Tempat Keempat dan Ketiga bagi Hiasan Raya Sel Terbaik 
Sel KA 1 (PSU -Puan Noor Aiza binti Noor Azlan) dan 
Sel Ka 5 (PSU -Puan Shamshida binti Sahedan)



Pemenang Tempat Kedua bagi Hiasan Raya Sel Terbaik 
Unit Naik Pangkat dan Prestasi




Pemenang Tempat Pertama bagi Hiasan Raya Sel Terbaik 
Unit Pengambilan dan Persaraan



Wednesday, 19 June 2019

TAHNIAH CKA DI ATAS KEMENANGAN TEMPAT KEDUA BAGI PERTANDINGAN GERAI TERBAIK JAMUAN HARI RAYA BPSM 2019




Persediaan bagi Backdrop Jamuan Hari Raya Aidilfitri BPSM









                                      


                                       








                                                   
   Santai di Gerai CKA sebelum Majlis





                                                                                                         Dato' Mohd Zainy bin Mohamed Zain
                                                                                                          Mantan TKSU (U)






Tahniah CKA!!!



Tahniah!!!



Bergambar bersama YB Timbalan MenHan  dan Tetamu yang Hadir  



"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
'Warga CKA'





Wednesday, 5 June 2019

KEMUDAHAN TAMBANG MENGIRINGI JENAZAH DAN TAMBANG MENGURUS PEMINDAHAN BARANG BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH




"Pekeliling ini bertujuan memaklumkan penambahbaikan Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang bagi pegawai yang bertukar Wilayah "


Penambahbaikkan Kemudahan
  • Sebagai penambahbaikan, kemudahan tambang mengiringi Jenazah turut diberikan kepada Pegawai dan Ahli keluarga pegawai meninggal dunia di wilayah berkhidmat. Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang juga dipanjangkan kepada waris pegawai bujang sekiranya pegawai tersebut meninggal dunia di Wilayah berkhidmat.

WARGA CKA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Monday, 13 May 2019

"TRAGEDI 13 MEI 1969"















Pada Tahun 1969, Malaysia bergelut dengan ancaman komunis di samping perhubungan antara kaum yang lemah. Penjajahan jepun dan pemerintahan British memupuk ketidakpercayaan antara kaum, dan beberapa pertempuran kecil antara kaum berlaku.

Menjelang hari mengundi pada 10 Mei, dua petugas parti politik dibunuh di Pulau Pinang dan ibu kota Kuala Lumpur. Salah seorangnya jentera UMNO manakala seorang lagi dari Parti Buruh yang dikaitkan dengan komunis.

Sehari sebelum hari mengundi, ribuan orang berarak di Kuala Lumpur untuk mengingati pekerja Parti Buruh tersebut. Keadaan di ibu kota tegang. 

Keputusan awal menunjukkan parti pembangkang DAP dan gerakan yang didominasi bangsa Cina, menang banyak kerusi. Di Selangor - negeri terletaknya Kuala Lumpur- Dewan Undangan Negeri tergantung.

Pada 11 dan 12 Mei, penyokong parti pembangkang berarak di Kuala Lumpur sambil menghina kaum Melayu. Tercabar dengan tindakan itu, Pemuda UMNO bercadang berarak pada 13 Mei selepas waktu Maghrib.

Seramai 196 maut menurut laporan Majlis Gerakan Nasional (Mageran). Diplomat asing percaya angka sebenar lebih kurang 800 orang. Maut seramai 143 orang dari bangsa Cina, Melayu seramai 25 orang dan lain-lain bangsa seramai 28 orang.

Sebanyak 52 mati ditembak yang terdiri daripada 35 bangsa Cina, 10 bangsa Melayu, 7 orang lagi dari  lain-lain bangsa. Seramai 182 cedera ditembak yang terdiri daripada 125 bangsa Cina, 37 bangsa Melayu, 18 orang dari lain-lain manakala seramai 259 orang cedera akibat senjata lain yang terdiri daripada 145 bangsa Cina, 90 bangsa Melayu dan seramai 24 lain-lain bangsa.

Seramai 9,143 orang telah ditangkap kerana melanggar perintah berkurung. Majoriti adalah dari bangsa Cina dan sebanyak 5,561 orang didakwa juga kerana melanggar perintah berkurung dan majoriti adalah bangsa Cina serta 45 orang didakwa kerana membunuh atau membakar secara khianat dan majoriti yang terlibat bagi dakwaan ini adalah orang Melayu.

Berikut gambar di ambil oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat, Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada Mei 15,1969. Sultan Ismail keluar dengan kameranya selepas menandatangani perintah darurat.



Lengang Jalan Raja di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad

Sumber : Sultan Ismail Nasiruddin Shah



Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulu dikenali sebagai Jalan Batu 
adalah merupakan kawasan panas rusuhan 1969

Sumber : Sultan Ismail Nasiruddin Shah


Lengang Jalan Bukit Bintang yang biasanya sibuk
semasa perintah berkurung (Kuala Lumpur)

Sumber : Sultan Ismail Nasiruddin Shah


Berdasarkan papan tanda Hotel Odeon di belah kiri
dipercayai jalan di pudu semasa perintah berkurung, 
didapati tiada seorang pun berlegar di luar

Sumber: Sultan Ismail Nasiruddin Ismail


Pindah Kuasa

Pada 24 Jun, Parlimen digantung dan Majlis Gerakan ditubuhkan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussein. Kuasa berpindah dari Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman ke Tun Razak.

Parlimen bersidang semula pada tahun 1971 dengan Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Sebilangan sejarawan menganggap pemindahan kuasa ini bukti rusuhan tersebut sebenarnya sebahagian dari kudeta.



Tun Razak sebagai Pengerusi Majlis Gerakan Negara berada dan duduk ditengah

Razak percaya bahawa perpaduan tidak akan dicapai jika kekayaan tidak dikongsi dengan adil. Pada masa itu, bumiputera memegang 2.4% kekayaan negara.

Maka Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971, dilancarkan melalui tindakan afirmatif untuk meningkatkan pemilikian bumiputera. Semangat dasar tersebut diguna pakai ke hari  ini.

Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar negara, tapi menyebabkan trauma yang berpanjangan di kalangan saksi kejadian, mangsa yang masih hidup dan mereka yang kehilangan orang tersayang.

Malaysia boleh mengambil tauladan dari cara negara lain berhadapan dengan sejarah gelap mereka seperti di Afrika Selatan, yang melalui zaman Apartheid yang ditangani melalui sidang 'truth and reconciliation' bagi mencapai kemaafan. Dan Kerajaan Jerman pula memilih untuk menghadapkan mereka yang terlibat dalam jenayah di zaman Nazi ke muka pengadilan. Namun menurut pakar, apa pun kaedah yang diambil di Malaysia harus mengira faktor-faktor tempatan.


Sumber Rujukan

  1. Malaysiakini
  2. Buku 13 Mei "Before and After" by Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Pertama
  3. Keratan Akhbar

Wednesday, 8 May 2019

CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM





"JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.9 (18)" Bertarikh 25 April 2019

"Cuti ini diberikan sebagai memberi ruang kepada Pegawai Perkhimdatan Awam yang berketurunan Siam untuk menyambut perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) bersama keluarga"

Kadar Cuti
  • Sehari pada 13 April setiap tahun mulai tahun 2020.

Syarat-syarat

  • Pegawai Perkhidmatan Awam yang berketurunan Siam.