SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Saturday, 27 July 2019

SUKANEKA BPSM YANG BERLANGSUNG DI PADANG SETIAWANGSA PADA 27 JULAI 2019








Pendaftaran para peserta


Pembahagian Kumpulan mengikut Zon EKSA masing-masing







Antara Acara yang di Pertandingkan



Persiapan dan ketibaan para peserta serta tetamu



Taklimat kepada jawatankuasa urusetia EKSA
 oleh Ketua Jawatankuasa EKSA BPSM
Puan Nor Siti Hawa binti Mohd Norsaii





Setiausaha Bahagian dan MC yang bertugas
YBrs. Encik Mazlan Abd Mutalib dan Puan Nor Siti Hawa binti Mohd Norsaii


Para peserta Cawangan Perjawatan
Zon Al Nafis


Para peserta Cawangan Khidmat Awam 
Zon Al Farabi




Para peserta Cawangan Khidmat Awam dan Unit Urusetia Kewangan
Zon Al Farabi dan Zon Al Ghazali


Peserta kanak-kanak
bagi acara Beyblade


peserta kanak-kanak
terdiri dari anak-anak pegawai BPSM
















































































Keputusan Keseluruhan Acara yang dipertandingkan
TAHNIAH!!!


Tahniah Cawangan Latihan dan Cawangan Psikologi
Zon Al Qardhawi dan Zon Ibnu Battuta


Tahniah Adik-adik yang menang
bagi acara Beyblade


TAHNIAH Urusetia Jawatankuasa EKSA Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
kerana berjaya menjayakan Sukaneka BPSM

Terima Kasih di atas kerjasama semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan Sukaneka EKSA BPSM

SEKIAN :)




Thursday, 18 July 2019

SELAMAT BERSARA




Selamat Bersara 
Daripada Kami Cawangan Khidmat Awam
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semoga Dikurniakan Kesihatan yang Baik hendakNya
Puan Faridah 
Cawangan Khidmat Tentera

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) DI AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN


"Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di agensi Kerajaan Persekutuan Bermula 1 Ogos 2019"
Pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara.  


Tarikh Kuat Kuasa
  • Bermula 1 Ogos 2019

Pelaksanaan di Kementerian/ Jabatan

  • Dengan pelaksanaan WBF ini, waktu pejabat adalah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 40.30 petang.

  • Hari dan tempoh waktu bekerja sehari adalah seperti di Jadual 1 berikut : 

Hari dan Tempoh Waktu Bekerja





Selaras dengan pelaksanaan ini, maka WBF mengikut negeri adalah seperti berikut:



WBF Bulan Ramadhan
  • Selaras denganpelaksanaan WBF ini, Kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadhan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal.

  • Pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat sebanyak 30 minit berdasarkan WBF bulan Ramadhan seperti di Jadual 4 atau Jadual 5 di bawah, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan :





Syarat-syarat atau Garis Panduan

  1. WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB di semua kementerian/jabatan/agensi di seluruh negara;

  2. Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Walau bagaimanapun bagi perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut;

  3. WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan ketetapan di Jadual 1 di atas. Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi boleh menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang;

  4. Pegawai yang diarahkan menjalankan kerja lebih masa, bayaran lebih masa boleh dibayar tertakluk kepada peraturan semasa berkaitan Bayaran Lebih Masa;

  5. Pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar stesen dan kembali ke pejabat pada hari selesainya tugas rasmi tersebut, pegawai boleh pulang dari pejabatnya pada pukul 4.30 petang;

  6. Sekiranya pegawai dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar pejabat (dalam stesen), pegawai boleh pulang dari pejabatnya mengikut ketetapan berikut:
  • Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk mengikut waktu masuk WBF, pegawai boleh pulang mengikut waktu pulang WBF dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari;  
  • Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk, pegawai boleh pulang berdasarkan waktu tugasan rasmi bermula seperti berikut:
  • Jika tugasan rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 4.30 petang;  
  • Jika tugasan rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah antara pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari; atau 
  • Jika tugasan rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 6.00 petang.
        7. Pelaksanaan peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja menurut Perintah Am 5 Bab G           Tahun 1974 dan Surat Edaran JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2009, adalah dilaksanakan seperti berikut:
  • Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan bermula mengikut tempoh pelepasan yang dimohon oleh pegawai; atau
  • Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, kebenaran pelepasan dikira bermula pukul 9.01 pagi.
       8. Pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita mengandung seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan                  Bilangan 11 Tahun 2017 adalah terpakai dalam pelaksanaan WBF ini.


Tanggungjawab Ketua Jabatan
  1. WBF hendaklah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Bagi waktu bekerja selain daripada WBF, waktu bekerja adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan.

  2. Ketua Jabatan, atas kepentingan perkhidmatan boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk hadir ke pejabat pada masa yang dikehendaki dalam tempoh waktu masuk.

  3. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memantau waktu bekerja pegawai dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai di kementerian/jabatan/agensi masing-masing.

  4. Pada bulan Ramadan, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan pegawai mengisi borang seperti di Lampiran A untuk memilih tempoh waktu rehat yang bersesuaian dengan keperluan WBF pegawai;

  5. Kementerian/jabatan/agensi yang mempunyai perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkhidmatan kaunter tersebut tidak terjejas dengan pelaksanaan WBF.

  6. Perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan boleh membuat penyesuaian kepada waktu rehat pegawai dengan syarat masa rehat pegawai diganti pada hari yang sama. 



Wednesday, 17 July 2019

"MH 17 DALAM KENANGAN"





Ringkasan

Pada 17 Julai 2014, jam 10.31 pagi, pesawat penerbangan  Malaysia iaitu MH17 telah berlepas dari Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam yang dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.10 malam telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk Oblast, Timur Ukraine. Pesawat berkenaan telah terputus hubungan ketika berada kira-kira 30 km dari waypoint TAMAK, 50 km daripada sempadan Rusia-Ukraine. Pesawat MH17 membawa seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal, majoriti penumpang adalah dari Negara Belanda dan kesemua penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terkorban.

Merurut laporan awal pihak berkuasa Ukraine, pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter iaitu 33,000 kaki. Bangkai dan cebisan pesawat juga dilaporkan bertebaran dalam kawasan berdiameter 15 km iaitu 9 batu di perkampungan Hrabove, luar bandar Torez, Donetsk Oblast, Timur Ukraine.


Sumber Rujukan

  1. Penerbangan MH17


Tuesday, 9 July 2019

KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN




" Cuti ini merupakan cuti tanpa rekod yang mana diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang bukan beragama Islam mengunjungi dan melaksana aktiviti keagamaan ditempat-tempat keagamaan" 

Kadar Tempoh
  • Maksimum Tujuh (7) hari; 
  • Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am;
  • Pengiraan bermula dari tarikh penerbangan sebenar mengunjungi dan melaksana aktiviti keagamaan ditempat-tempat keagamaan dalam atau luar negara;
  • Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, makna perkiraan tujuh (7) hari bermula pada hari bekerja berikutnya;
  • Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi dari tempoh maksimum yang diberikan atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon menggunakan :
  • Cuti Rehat
  • Cuti Rehat Khas
  • Cuti Tanpa Gaji  
  • Sekiranya tempoh cuti yang digunakan kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti tidak boleh dibawa ke hadapan.

Syarat-syarat

  1. Cuti keagamaan bermaksud bagi mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat ke agamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing;
  2. Pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang bukan beragama Islam dan dilantik secara tetap;
  3. Cuti Keagamaan adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan;
  4. Permohonan Cuti keagamaan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan;
  5. Cuti Keagamaan hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan.

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)




Rujukan
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2018