Cawangan Khidmat Awam atau lebih dikenali sebagai CKA merupakan salah satu Cawangan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Cawangan ini terdiri daripada 5 Sel Perkhidmatan, Unit HRMIS, Unit Naik Pangkat dan Prestasi (UNPP), Unit Pengambilan & Persaraan dan Unit Urusetia. Setiap Sel dan Unit mempunyai peranan dan tanggungjawabnya yang tersendiri.
CKA kini diketuai oleh Encik Abdul Rahimi bin Ahmad Shamsuil, dibantu oleh 11 orang PSU, 3 Ketua Pembantu Tadbir dan hampir 55 orang Pembantu Tadbir serta 4 orang Pembantu Am Pejabat. Antara tanggungjawab Cawangan ini termasuklah :
Menguruskan pegawai Lantikan Baru dan penempatan;
Menguruskan Pengesahan Perlantikan, Pengesahan Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen pegawai awam MinDef;
Menyediakan Penyata Perubahan Gaji (Kew.8) Pergerakan Gaji Tahunan (PGT);
Menguruskan Pusingan Kerja;
Menguruskan kelulusan bagi tuntutan kemudahan pegawai awam MinDef;
Menguruskan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MinDef;
Menguruskan Sesi Dialog, Lawatan Mentor dan Program yang berkaitan;
Melaksanakan naziran buku perkhidmatan serta mengadakan Hari Semakan Buku Perkhidmatan di Markas dan Formasi berkaitan;
Menguruskan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pekerja Contoh dsb;
Menguruskan Urusan Kenaikan Pangkat;
Menguruskan Urusan Darjah Kebesaran dan Pingat;
Pemantau & Penyelia HRMIS;
Menguruskan Pengambilan; DAN
Mengurusakan Persaraan.
Cawangan Khidmat Awam adalah nadi BPSM dan sentiasa berusaha dalam memperbaiki mutu perkhidmatan bersama pelanggan dari masa ke semasa.