SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Tuesday, 19 August 2014

LAWATAN KE TASKA SEKITAR MINDEF

Sedikit masa telah diluangkan untuk meninjau perjalanan TASKA yang diselia oleh BPSM MinDef pada 14 Ogos 2014. Lawatan ringkas ini bertujuan melihat dengan lebih dekat pusat asuhan dan jagaan ini.

TASKANITA (PERMATA)










TASKA MUM








TASKA KEMAS







Bagi yang berminat untuk menghantar anak ke Taska di atas, boleh terus menghubungi Taska berkenaan. Bantuan subsidi menanti bagi pendapatan isi rumah <RM5,000. Foto oleh KA7.



Sunday, 17 August 2014

MAJLIS PERPISAHAN 'KAK PIAH'...

Jumaat 15 Ogos 2014 telah diadakan satu majlis khas untuk meraikan persaraan Puan Rapiah binti Hussin dari Sel KA4...Selamat maju jaya kepada beliau dan CKA mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan...we will miss u soon... Foto oleh KA7.

Sedikit pemberian ikhlas dari Warga CKA...dari kiri Kak Piah, Encik Rahimi (KPSU) dan Encik Zulkiflee (TSUBK) 
Bacaan doa dari saudara Wafi...

Makan time...

Ucapan penghargaan dari pengurusan...

Thursday, 24 July 2014

IFTAR...

Majlis berbuka puasa telah diadakan pada 23 Julai 2014 dihadiri beberapa staf CKA. Majlis 'kecil-kecilan' ini diadakan di Setiawangsa...Foto oleh KA7

Makan-makan...  
Penohh mulottt...

Menung pe abe Wafi wey...

ehhh...kak Na da ade sepasang rupenyer...hihi
 

KELAHIRAN CAHAYAMATA...TAHNIAH!!!


Warga CKA mengucapkan tahniah kepada Encik Amirul Rehan dan isteri di atas kurniaan cahaya mata yang kedua pada 21 Julai 2014 yang lalu. Semoga baby 'boy' dengan berat 4.1 kg ini kekal sihat dan menjadi anak soleh, cemerlang yang boleh membanggakan agama, negara dan kedua ibubapanya....




Saturday, 12 July 2014

SEMAKAN MPK CAWANGAN

Proses semakan Manual Prosedur Kerja (MPK) telah diadakan pada 4 Julai 2014 melibatkan semua Penolong Setiausaha, Ketua Pembantu Tadbir serta  wakil Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Ia merupakan sesi perbincangan terakhir yang dibuat untuk menyemak sebelum dipanjangkan kepada Urusetia BPSM.



Deraf MPK terkini berjaya diselaraskan mengikut proses kerja terkini hasil perbincangan bersama ini. Foto oleh KA7.

MAJLIS PERPISAHAN STAF CKA

Jumaat 11 Julai 2014 telah diadakan majlis perpisahan ringkas buat Puan Ku Zaleha (Unit HRMIS) yang bertukar ke Terengganu dan Puan Khairidalina (Unit Naik Pangkat & Prestasi) yang bertukar ke JPJ Seremban.

Ucapan ringkas dari KPSU CKA



 Puan Ku Zaleha menerima cenderahati dari staf CKA


Puan Khairidalina a.k.a Dell sebak ketika memberi ucapan kali terakhir





Staf CKA berkumpul...


Apepun kami warga CKA mengucapkan terima kasih diatas segala jasa bakti yang diberikan sepanjang bertugas di CKA khasnya dan MinDef umumnya. Selamat maju jaya kepada Puan Khairidalina dan Puan Ku Zaleha. Foto oleh KA7. 


SEMAKAN SKT PERTENGAHAN TAHUN

Semakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2014 dan Manual Prosedur Kerja (MPK) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah diadakan pada 10 Julai 2014 di Regency Hotel, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Mesyuarat bermula jam 8.00 pagi di pengerusikan oleh TSUB(P&L) kemudian disambung oleh YBhg Dato' SUB BPSM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh KPSU dan PSU CKA termasuk Ketua Pembantu Tadbir.

Bergambar di meja sementara menunggu waktu berbuka...

Mesyuarat ditamatkan dengan majlis berbuka puasa dan solat terawikh di hotel yang sama. Syabas semua. Foto oleh KA7.