SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Friday, 26 February 2016

Taklimat dan Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Bil 1 / 2016


Pada tahun ini, wacana ilmu atau taklimat dan perkongsian ilmu bersama pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan pada 25 Februari 2016 dengan dimulai tiga (3) tajuk yang menarik dan bermanafaat bagi kakitangan Cawangan khidmat Awam. Tajuk ini dipilih adalah berdasarkan pada beberapa Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan pada Tahun 2015 dan Perintah Am Bab B. Bagi tajuk Perintah Am Bab B iaitu Elaun dan Kemudahan telah disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam yang tediri daripada Encik Fahizol bin Haris, Encik Mohammad Amarullah bin Azmi dan Encik Muhammad Hilfi bin Ab Latif manakla Puan Sharifah Nadia binti Syed Mohd Fadzil daripada Bahagian Perkhidmatan, Cawangan Dasar dan Perundingan pula memberikan pencerahan bagi dua (2) Pekeliling Perkhidmatan iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015 ( Dasar dan Prosedur Pelepasan dan Perletakan Jawatan) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 (Exit Policy).



         
 Encik Fahizol bin Haris      


  Puan Sharifah Nadia binti Syed Mohd Fadzil                          
               
Para Peserta

Thursday, 25 February 2016

HILANGNYA PERMATA CKA

Encik Mohd Khairul Hafiez bin Mohamad Zabari

Selamat Maju Jaya di Tempat Baru
Cik Rosni binti Abd Ghani

Selamat Bersara. Segala keringat dan jasa yang diberikan sepanjang bersama terima kasih diucapkan.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan selalu.

Puan Sharifah Aidatul Akmar binti Shahed Ahmed

Selamat Maju Jaya di Tempat Baru
Puan Nur Jihan binti Mohd Aris

Selamat Maju Jaya diTempat Baru
Puan Masturahaizar binti Zakaria &
Cik Radha'tul Atikah binti Md Rahin

Selamat Maju Jaya di Tempat Baru dan dalam Kerjaya akan datang.
Puan Nur Shafiqah binti Norapandi

Semoga Berjaya di dalam Kerjaya akan datang
Semoga Berjaya di dalam Kerjaya akan datang
Puan Hasliza binti Mohd Yazan &
 Muhammad Khairul bin Nayan

Selamat Maju di Tempat Baru 
Cik Nazirah binti Shahimi & Cik Nur Fazdilah Saadah
Selamat Maju Jaya dalam Kerjaya masing-masing





Thursday, 11 February 2016

SISTEM eKEMUDAHAN

Sistem eKEMUDAHAN ini di bangunkan setelah mendapat kerjasama antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh oleh pegawai awam Kementerian Pertahanan telah bermula pada awal tahun 2016 di mana Projek Rintis (Pilot Test) sistem ini telah dilaksanakan bermula 09 Oktober 2015 hingga 31 Oktober 2015 iaitu hampir sebulan yang terdiri daripada beberapa Jabatan / Bahagian  dan Markas yang terlibat sebagai untuk menguji dan menilai keberkesanan penggunaannya.

Tujuan Sistem eKEMUDAHAN

1. Memantapkan urusan permohonan kelulusan
2. Meningkatkan kecekapan penyimpanan rekod
3. Mengelakkan permohonan lewat dikemukakan
4. Mengoptimumkan penggunaan kertas selaras amalan GoGreen MinDef

Antara Permohonan Sistem eKEMUDAHAN

1. Permohonan Lawatan ke Luar Negara dan Cuti Haji
2. Permohonan Perubatan
3. Permohonan Elaun Pindah Rumah
4. Permohonan Subsidi TASKA
5. Permohonan Alat Komunikasi & Caj Panggilan (Di dalam proses pembangunan)

Sistem ini boleh dilayari dengan menggunakan paparan yang terbaik iaitu  Mozilla Firefox di web site http://ekemudahan.mod.gov.my


Bagi pengguna kali pertama menggunakan sistem ini, pengguna bolehlah rujuk panduan manual penggunaan sistem eKEMUDAHAN seperti dibawah bagi melancarkan dan memahami penggunaannya dengan lebih teratur serta memudahkan urusan permohonan anda.

Panduan Manual Penggunaan sistem eKEMUDAHAN

Manakala bagi Permohonan Pelindungan Insurans Kesihatan, sila rujuk perkara seperti dibawah untuk makluman lanjut.

SENARAI SYARIKAT INSURAN YANG BOLEH DIBUAT TUNTUTAN SEMULA BAGI PERMOHONAN LAWATAN KE LUAR NEGARA


  


Untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian polisi, jumlah premium dan pelindungan insurans kesihatan berkenaan sila layari web site : http://myarrehlah.my/index.php


Thursday, 28 January 2016

SISTEM ePERTUKARAN

Sistem ePERTUKARAN ini di bangunkan setelah mendapat kerjasama antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh oleh pegawai awam Kementerian Pertahanan telah bermula pada awal tahun 2016.

Tujuan Sistem ePERTUKARAN

1. Memudahkan urusan permohonan
2. Meningkatkan kecekapan penyimpanan rekod
3. Mengoptimumkan penggunaan kertas selaras amalan GoGreen MinDef

Adalah diingatkan bahawa para pengguna digalakkan untuk mengimbas dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu :

1. Sijil Perakuan Perkahwinan
2. Sijil Pendaftaran Kelahiran Anak
3. Dokumen-dokumen Sokongan Lain
 
Makluman, sistem ini boleh dilayari dengan menggunakan paparan yang terbaik iaitu Mozilla Firefox

Bagi pengguna kali pertama menggunakan sistem ini, pengguna bolehlah rujuk panduan manual penggunaan sistem ePERTUKARAN seperti dibawah bagi melancarkan dan memahami penggunaannya dengan lebih teratur serta memudahkan urusan permohonan anda.


Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan pertukaran sila layari web site http://epertukaran.mod.gov.my  



Friday, 15 January 2016

MISI TIGA (3) BULAN BERAKHIR

Tanggal 14 Januari 2016, jam 4.30 petang, adalah detik yang dinanti-nantikan oleh para peserta "The Biggest Loser Challenge" . Kini segalanya akan terjawab bagi soalan Siapakah Pemenang "The Biggest Loser Challenge" Cawangan Khidmat Awam? Di ruang legar Cawangan Khidmat Awam  (CKA) adalah dimana keputusan keseluruhan akan dipaparkan dan nama pemenang akan di umumkan oleh pengelola program ini iaitu Encik Mohamad Syaiful Naim bin Abd Sattar.

Menyingkap kembali tercetusnya idea bagi program ini sewaktu di panteri, dimana masing-masing menyatakan kebimbangan mengenai berat badan yang semakin meningkat.Di ketika itulah munculnya idea dan semangat yang membawa kepada Misi ini. Melalui pengelola dan kerjasama daripada warga CKA maka keputusan diambil untuk mangadakan pertandingan ini pada ketetapan yang telah dinyatakan dengan mengambil kira berat badan para peserta pada hari pertama program ini dilaksanakan sebelum berat akhir di ambil kira bagi proses penentuan pemenang.

Selama hampir tiga (3) bulan lebih para peserta mempamerkan semangat yang tinggi bagi  menjayakan dan mendapatkan berat badan yang ideal atau kata lainnya berat badan yang di idam-idamkan. Program ini juga menunjukkan kesungguhan para peserta dalam memberikan saingan sihat antara satu sama lain. Pelbagai cara dan diet sihat yang dilakukan bagi memastikan berat badan dapat diturunkan dan inilah semangat warga CKA yang telah ditunjukkan dan sekaligus program ini juga telah mempereratkan lagi silaturahim di antara rakan sekerja.

Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengelola serta para peserta yang turut serta dalam menjayakan program budaya hidup sihat di Cawangan Khidmat Awam ini. Segala kerjasama dan budibaik tuan/puan dalam melancarkan dan menjayakan program ini amatlah dihargai.Dan Sekalung Tahniah kepada Encik Zaiham bin Hassim kerana telah muncul sebagai pemenang program ini sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,050.00.


Para Peserta
 

  
 The Winner of Binggest Loser Challenge 

 
 

Pengelola Program

 

        Para Peserta                                Keputusan
                                                                               

Tuesday, 1 December 2015

BENGKEL PENGUKUHAN PASUKAN DAN SEMAKAN PROSEDUR KERJA CAWANGAN KHIDMAT AWAM


    Pengenalan 

  Bengkel Pengukuhan Pasukan & Semakan Prosedur Kerja Cawangan ini telah diadakan   
 pada 20 November 2015 hingga 22 November 2015 yang bertempat di The Grand Beach Resort,  Port Dickson, Negeri Sembilan.


    Objektif Bengkel Pengukuhan Pasukan ini adalah untuk :

  1. Mengukuhkan pasukan dengan meningkatkan semangat dan jatidiri dikalangan warga Cawangan Khidmat Awam.
  2. Meningkatkan pemahaman warga Cawangan Khidmat Awam berkenaan peranan dan tugas masing-masing.
  3. Membentuk warga Cawangan Khidmat Awam yang sentiasa peka dengan kemahuan pelanggan dan berdisiplin serta berupaya bekerja secara berpasukan dengan berkesan.
  4. Memahami keperluan untuk berubah sebagai salah satu elemen yang penting bagi pembangunan individu dan organisasi.

   Melalui bengkel pengukuhan ini jua, telah diadakan beberapa Anugerah sebagai penghargaan
   dan meningkatkan lagi semangat bekerja dikalangan warga Cawangan Khidmat Awam. Di antara
   Anugerah tersebut adalah seperti berikut :


    ANUGERAH PENYAMPAIAN KHIDMAT PELANGGAN


                        ANUGERAH                                        PEMENANG
  1.  Staf Paling Mesra                          Puan Masturahaizar binti Zakaria
  2.  Staf Paling Lantang                   Puan Aida Faizura binti Abd Rahman
  3.  Staf Paling Sopan                         Puan Suraya binti Doll
  4.  Staf Paling Terlajak Laris      Encik Faizal bin Johan
    ANUGERAH PENYAMPAIAN STAF CAWANGAN KHIDMAT AWAM
                    
                        ANUGERAH                                        PEMENANG
  1. Staf Paling Aktif                                 Encik Khairul Hafiez bin Mohamad Zabari
  2. Staf Paling Sempoi                           Encik Azha bin Abd Aziz
  3. Staf Paling DiSayangi                  Puan Marliana binti Aminullah
  4. Staf Paling Meletop                         Puan Nur Hamizah binti Mahat  
  5. Staf Paling Menepati Masa      Puan Suraya binti Doll & Cik Tengku SriRatna binti    
                                                                                   Tengku Ahmad Fakruddin

~~Antara Coretan yang dapat di abadikan untuk tatapan dan kenangan bersama~~


          Puan Masturahaizar binti Zakaria    Puan Aida Faizura binti Abd Rahman

Encik Faisal bin Johan                      Puan Suraya binti Doll

Encik Mohd Khairul Hafiez                Encik Azha bin Abd Aziz
                                                          bin Mohamad Zabari 

 Puan nur Hamizah binti Mahat        Puan Marliana binti Aminullah



Sesi Kenali Diri Anda  
oleh Puan Lau Pek Jin






     Puan Lau Pek Jin                                En Zulkeflee bin Sulaiman
(Ketua Penolong Setiausaha Psikologi) (Timbalan Setiausaha Bahagian, BPSM)

Cabutan Bertuah disampaikan oleh Encik Abdul Rahimi bin Ahmad Shamsuil 
(Ketua Penolong Setiausaha)

Senaman Aerobik di pagi Hari sebelum memulakan aktiviti









 

Kumpulan Team Building yang menang Tahniah di Ucapkan








  ~~~SEMOGA WARGA CKA DAPAT MENGAPLIKASIKAN INTIPATI BENGKEL INI DENGAN JAYANYA ~~~